Selasa, 30 Disember 2008

Berita 'X-fail' pada 2008

Berita 'X-fail' pada 2008
Dec 30, 08 12:42pm

Pelbagai perkara penting berlaku sepanjang tahun 2008 yang dikategorikan sebagai "X-files" yang mewarnai kehidupan rakyat negara ini. Berikutan disajikan sepuluh berita terpenting sepanjang tahun ini.Adakah kehidupan masyarakat India semakin baik?Ekoran kejayaan perhimpunan 30,000 orang di Kuala Lumpur November tahun lalu, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mengharungi tahun ini dengan semangat yang tinggi walaupun lima pemimpin utamanya ditahan di bawah ISA manakala pengerusinya kini hidup dalam buangan di luar negara.Kebangkitan masyarakat India dan strategi Makkal Sakthi mereka, telah memberi kesan besar terhadap keputusan pilihanraya umum Mac lalu - di mana mereka beramai-ramai menolak BN. Bagaimanapun, Hindraf kini telah diharamkan, dan kini para penyokongnya terus dengan perjuangan mereka mendapat pembebasan pemimpin mereka.MIC menjadi hampir tidak relevan lagi - Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu tewas di kerusi Parlimen Sungai Siput yang dimenanginya sejak tahun 1974. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya dalam kabinet. Beliau kini jelas sedang berusaha untuk mengukuhkan semula pengaruhnya ke atas masyarakat India dengan melancarkan langkah penjanamaan semula parti ketiga terbesar dalam BN itu.Bagaimanapun, dengan keadaan kehidupan masyarakat India yang tidak banyak berubah, maka timbul persoalan sama ada MIC boleh benar-benar mendakwa yang ia mewakili mereka dalam kerajaan.

Skandal dalan BN Malaysiakini melaporkan Julai lalu bahawa dua pegawai kanan anak syarikat kerajaan, Pempena Sdn Bhd, terbabit dalam penyelewengan yang mengalihkan peruntukan jutaan ringgit dana untuk pembangunan pelancongan, kepada pihak lain.

Dalam reaksinya, Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman berkatak juruaudit dalaman akan menyiasat dakwaan tersebut.Beliau juga mendedahkan di Parlimen bahawa "beberapa pelabuaran dalam syarikat berkenaan meragukan". Satu laporan yang dikeluarkan dua minggu kemudiannya, mendedahkan bahawa syarikat berkenaan telahmembuat pelaburan yang meragukan yang terpaksa dilupuskan.Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut tentang portal e-pelancongan yang membabitkan RM10 juta.Kerajaan juga mengumumkan pembelian 12 unit helikopter Cougar EC-725 dari Eurocopter untuk menggantikan helikopter Nuri, pada kos RM1.6 bilion.Pengerusi Mentari Services Sdn Bhd, Kapten (B) Zahar Hashim, bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, mendedahkan "penyelewengan" berlaku dalam urusniaga tersebut dan wujudnya pilihan yang lebih menjimatkan.Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menyiasat perkara itu. Walaupun menolak berlaku sebarang penyelewengan, PAC berkata, tiada pemeriksaan dilakukan ke atas helikopter yang dicadang hendak dibeli itu. Ahli parlimen pembangkang mendesak supaya didedahkan laporan penuh mengenai siasatan tersebut.Sehingga ini, kerajaan telah menangguhkan pembelian helikopter sebut sehingga keadaan ekonomi negara mengizinkan. Bagaimanapun, persoalan yang dibangkitkan oleh Zahar masih belum terjawab.Pihak istana bersuara...

Pihak istana turut memainkan peranan penting selepas pilihanraya umum Mac lalu, berhubung pelantikan menteri besar di tiga buah negeri - Perlis, Perak dan Terengganu. Manakala dalam isu fatwa membabitkan senaman yoga, Sultan Selangor, Perak dan Negeri Sembilan menitahkan supaya sebarang keputusan fatwa yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum, dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja terlebih dahulu memandangkan hal-ehwal agama Islam berada di bawah bidang kuasa Raja.Manakala anak-anak Raja juga turut bersuara berhubung isu-isu penting semasa. Misalnya, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra menyentuh soal perpaduan dan istimewa orang Melayu ketika berucap di sebuah forum di Kuala Lumpur pada 12 April. Ekoran itu, Presiden MCA, Datuk Ong Ka Ting membantah kenyataan tersebut. Begitu juga dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, sebelum menyedari kemudiannya bahawa kenyataan itu telah dilaporkan di luar kontak.Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah turut dijemput berucap di beberapa persidangan, termasuk persidangan tahunan hakim-hakim Malaysia pada 19 April. Pandangannya urustadbir yang baik, perpaduan rakyat dan mengenai bidang kehakiman mendapat pandangan dan perhatian yang tinggi.Bagaimanapun, gesaan supaya dipulihkan imuniti kepada raja-raja berhubung prosiding sivil dan jenayah, tidak begitu mendapat sambutan dari pihak awam. Imuniti tersebut ditarik pada tahun 1993

baca lagi......

Sabtu, 13 Disember 2008

TERROR DI MUMBAI ADALAH OPERASI BENDERA PALSU PERISIKAN INDIA?

Pada Sabtu 29 November 2008, telah disiarkan satu tulisan di blog kudang Kepang mengenai peristiwa keganasan berdarah Mumbai, India, pada malam 26 November 2008, yang menyebabkan 164 orang terbunuh dan lebih 300 lagi cedera parah.

Di akhir tulisan itu penulis persoalkan sama ada keganasan di Mumbai adalah synthetic terror atau keganasan yang dilaksanakan secara operasi bendera palsu - atau secara baling batu sembunyi tangan - semata-mata untuk membolehkan sesuatu kuasa besar tertentu membuka lawang keempat Peperangan Antikeganasan (PAG) di benua Asia, khususnya di rantau Asia Selatan yang merangkumi India dan Pakistan.

Penulis mempersoalkan demikian kerana seluruh episod PAG - mulai Oktober 2001 di Afghanistan (AsiaTengah), mulai Januari 2002 di Asia Tenggara, dan mulai Mac 2003 di Iraq (Asia Barat) - adalah siri peperangan nuklear yang tidak direstui oleh PBB, semberono, pre-emtif dan berasaskan pembohongan serta kepalsuan.

Pembohongan dan kepalsuan ini sengaja dirancang, direka dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi perkakas propaganda – media cetak, media elektronk dan media digital – yang dikuasai oleh puak zionis.

Propaganda yang bertubi-tubi ini digunakan sebagai topeng kepada operasi bendera palsu yang dilaksanakan atau ditaja oleh kuasa-kuasa tertentu dunia.

Propaganda ini juga kini menyebabkan sebilangan komuniti dunia terkeliru lantas meyakini bahawa PAG memang benar-benar angkara teroris Islam antarabangsa.

Hakikatnya, PAG adalah angkara beberapa badan perisikan antarabangsa, termasuklah CIA (Amerika Syarikat), MI6 (Britain) dan Mossad (Israel).

PAG di Afghanistan kononnya untuk menghancurkan al-Qaeda yang dituduh tanpa bukti sebagai pihak bertanggungjawab meruntuhkan WTC di New York dan Ibupejabat Pentagon di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.

Hingga ke hari ini, al-Qaeda masih belum dimusnahkan, Osama ben Laden masih belum ditawan. Tetapi, Afghanistan dibom, musnah ranah, ramai rakyatnya terkorban, yang hidup pula diancam radiasi nuklear, AS serta sekutunya juga terus hadir di negara berkenaan.

PAG di Iraq kononnya untuk memusnahkan Saddam Hussein yang didakwa sebagai membina senjata pemusnah (WMD) yang mengancam komuniti dunia.

Hakikatnya, WMD langsung tidak ditemui di Iraq. Tetapi, negara itu dijajah, dimusnah, jadi kacau-bilau dan Saddam Hussein pula sudah dihukuman gantung sampai mati.

Sebuah agensi perisikan Australia dan agensi perisikan daripada sebuah negara ASEAN yang amat intim dengan puak zionis pula dipercayai terbabit dalam siri keganasan secara operasi baling batu sembunyi tangan di Asia Tenggara.

Menerusi operasi ini, termasuklah siri pengeboman di Indonesia, pihak yang fitnahkan sebagai pengangkaranya adalah Jemaah Islamiah (JI) di Indonesia, Barisan Bertindak Kebangsaan Moro (MNLF) di selatan Filipina dan Organisasi Pembebasan Pattani (PULO) di selatan Thailand.

Di Mumbai baru-baru ini, sekumpulan teroris Islam yang kononnya dikenali sebagai Deccan Mujahidin dan Lashkar-e-Taiba yang didakwa berpangkalan di Pakistan, telah difitnahkan sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan keganasan berkenaan.

Fitnah ini dipercayai disengajakan untuk membolehkan sebuah kuasa besar tertentu memerangi Pakistan atas alasan kononnya negara Islam itu melindungi teroris Islam antarabangsa.

Laporan terbaru oleh Associated Press (AP) Sabtu lalu mendedahkan hakikat ini. Agensi berita itu dipetik sebagai melaporkan bahawa seorang agen bernama Mukhtar Ahmed, yang bekerja bagi pihak Polis India di Kashmir, telah ditangkap.

Mukhtar didapati sebagai pihak yang membekalkan sim card telefon bimbit kepada Lashkar-e-Taiba yang dituduh terbabit dengan keganasan di Mumbai.

Penangkapan ini membuktikan bahawa agensi perisikan India yang sudah menyusupi Lashkar-e-Taiba adalah pihak yang menguasai pelaksanaan keganasan di Mumbai.

Kurt Nimmo daripada Prison Planet.com menulis bahawa tindakan perisikan India melaksanakan sesuatu operasi baling batu sembunyi tangan untuk difitnahkan kepada Pakistan serta beberapa organisasi yang kononnya teroris Islam antarabangsa, adalah perkara biasa.

Tulisan Nimmo disiarkan oleh portal berita http://www.thetruthseeker.co.uk/. Bacalah sendiri untuk mengikuti kisah selanjutnya.

Penulis menghuraikan perkara di atas secara ringkas kerana baru-baru ini negara kita juga cuba dikaitkan dengan keganasan yang terjadi di Mumbai.

Kita semua tahu itu adalah fitnah. Sesudah tragedi 11 September pun Malaysia difitnahkan sebagai salah satu lokasi yang digunakan oleh segelintir pihak yang kononnya meruntuhkan WTC di AS.

Kita wajar berwaspada. Kita juga mesti bertegas mematahkan fitnah seperti ini. Ini kerana fitnah, pembohongan dan kepalsuan adalah ciri-ciri utama operasi bendera palsu atau operasi baling batu sembunyi tangan.

Oleh itu, janganlah mudah kita terpedaya atau dipengaruhi oleh mana-mana propaganda pro-zionis yang berusaha memfitnahkah umat Islam sebagai teroris dan negara-negara Islam sebagai pelindung serta penaja teroris. Ketegasan kerajaan kita dalam hal ini amat disanjung tinggi. – Ruhanie Ahmad

baca lagi......