Ahad, 29 Jun 2008

EURO 2008: Pakatan Vs BN 7+0

EURO 2008: Pakatan Vs BN 7+0
Perlawanan persahabatan diantara BN dan Pakatan telah masuk ke separuh masa yang kedua. Pada pusingan pertama, team Pakatan telah merembat 6 gol melalui penyerang utama Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyerang kedua seorang bekas banduan, Lim Guan EngPada minit kedua puluh, Azizan Razak telah merembat gol yang ketiga, diikuti minit ke 25 pertahanan kanan Khalid Ibrahim menyumbang gol yang keempat.
Sejarah tercipta, apabila penjaga gol Pakatan Rakyat Ir Nizar Jamaludin telah membuat sepakan kencang dari gol Pakatan terus ke gol BN. Penjaga gol BN Tajul Rosli tersungkur di belakang tiang gol apabila keliru dengan sepakan yang dibuat.
Di hujung separuh akhir pertama, pertahanan kiri Pakatan Rakyat, Dr Lo Lo telah membuat rembatan keenam dengan dibantu rakan sepasukan, Nurul Izzah dan Wee Kah Cheong daripada team Pakatan.
Setelah berehat selama beberapa bulan, perlawanan diteruskan separuh masa kedua. Berlaku sedikit perubahan apabila penyerang kanan Pakatan, Anwar Ibrahim telah dibenarkan beraksi semula dipadang setelah digantung dan dikurung selama enam tahun.
Beliau memulakan perlawanan dengan memberi bola tanggung kepada rakan beliau Haji Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi telah melontar bola ke kanan dan disambut oleh pemain veteran Lim Kit Siang. Bola dipulangkan kembali kepada Anwar dan Anwar terus merembat tepat ke gol BN. Namun penjaga gol baru BN Mohamamad Mohd Taib berjaya menangkap bola.
Terdengar sorakan dari kelab penyokong pasukan BN yang diketuai menantu penyerang utamanya Khairi Brooks. Pasukan penyorak mereka telah boo pemain Pakatan kerana tidak berjaya menyumbang gol ketujuh. Pada minit kelima separuh masa kedua, sekali lagi penyerang kanan Pakatan membuat rembatan tepat ke galang gol BN. Namun sekali lagi Khairi Brooks dan ahli kelab penyokong BN menyorak Pakatan kerana bola telah melepasi gelanggang.
Namun, pada minit kelapan belas, pertahanan kanan BN Dato Yong Teck Lee telah merembat bola masuk ke gol sendiri. Pemain yang berasal dari Sabah ini telah membuat sepakan protes apabila tidak berpuas hati dengan penyerang utama mereka Wak Lah Bodowi yang melantik menantunya Khairi Brooks sebagai pengurus pasukan yang baru. Tindakan Dato Yong Teck Lee ini telah menyumbang gol ketujuh percuma buat Pakatan Rakyat.
Permainan terpaksa ditangguh sementara akibat pergolakan dalam pasukan BN. Pertahanan kiri BN, Ali Rustami telah menumbuk Dato Yong Teck Lee di tengah padang. Selain itu, pemain veteran BN, G Samy Vellu telah mencubit perut Yong. Pengurus pasukan yang baru Khairi Brooks juga telah menyepak curi belakang Yong.
Namu setakat ini, tiada kecederaan berat yang dialami Dato Yong. Maklumat terkini mendapati, beberapa pegawai BPR telah diarahkan oleh penyerang Utama pasukan BN, Wak Lah Bodowi untuk memulas telinga Yong yang dikatakan khianat pada pasukan.
Menurut pengulas bola sepak dunia, Ronaldo Hadhari, kejadian ini merupakan yang pertama di Malaysia. Ia mungkin terjadi disebabkan pasukan BN tidak pernah mengalami kekalahan sejak 50 tahun yang lalu.
Pasukan BN terkenal dengan permainan kotor mereka apabila kerap menyepak kangkang dan menyengkang kaki lawan di tengah padang.
Mereka juga sering merasuah pengadil lama T Rashitendam.
Menurut Ronaldo Hadhari lagi, pasukan BN pernah membunuh 15 pemain muda Pakatan yang diketui oleh Ibrahim Libya yang sedang menjalani latihan padang di Memali Baling Kedah. Malah mereka pernah bertindak mengurung penyerang kanan Pakatan, Anwar Ibrahim selama enam tahun di sebuah kurungan di Sungai Buluh.
Sekian berita utama dari Radio Kerinchi FM. Nantikan berita penting selepas ini.

baca lagi......

Khamis, 26 Jun 2008

Tanda-tanda kematian

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

baca lagi......

Rasulullah sudah ramalkan, Harga Barang Akan Naik.


Rasulullah sudah ramalkan, Harga Barang Akan Naik.

Yesterday 10:00 PMPEMUDA BERSIH
Sedar atau tidak, kita umat Islam berbangsa melayu ini amat jarang mungkin meneliti amaran, saranan dan ramalan Rasulullah berkaitan keadaan dan kondisi umat pada akhir zaman.
Ramalan Al Quran berkaitan pembakaran minyak di Hijaz, ramalan Rasulullah berkenaan keadaan pengepungan bumi Iraq (economic sanction), gencatan senjata umat Islam dengan bangsa eropah-Amerika, perkembangan system IT dan komunikasi awam dan sebagainya jarang sekali dikupas di masjid-masjid. Hebatnya Rasulullah iaitu insan wahyu terulung ini. Saya berminat mengambil potongan hadis sahih seperti yang dibawah untuk kita teliti.Bersabda Rasulullah SAW daripada Auf Bin Malik,“ Aku menghitung ada enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu; ……kemudian melimpahnya wang (harta) sehingga apabila seseorang diberi gaji seratus dinar maka ia tetap tidak puas….”( Riwayat al-Bukhari)Menurut Amin Muhammad Jamaluddin( 2004) , pada zaman Rasulullah satu dinar dapat membeli seekor kambing. Pada hari ini pendapatan 500 dinar tetap tidak mencukupi. Selain nafsu serakah, ia dipengaruhi oleh harga barang dunia yang semakin meningkat akibat salah tadbir ekonomi dan politik, penghakisan dan penyerapan bahan mentah secara wewenang serta sikap monopoli dan eksploitasi mata wang dunia demi kepentingan peribadi (perangai Yahudi). Jadi Rasulullah sudah nampak akan terjadinya senario hari ini di mana permintaan (demand) melebihi pengeluaran (surplus), inflasi meningkat serta sikap gaya mewah dan berlumba-lumba ke arah kemewahan berlaku. Mari kita letili sedikit fakta di bawah.Harga kertas dan alatan tulis akan meningkat hingga hujung tahun ini iaitu sehingga 50% ! ( Kata Alexander Lee jurucakap bagi penjual buku Selangor, Pertubuhan Percetakan akhbar wilayah Cina Pusat dan Selangor dalam The Star 22 Jun 2008). Akibatnya, pendidikan akan menjadi perniagaan. Buku ilmiah akan dikurangkan sebaliknya lambakan bahan picisan dan lucah memenuhi pasaran kerana hanya bahan sebegitu akan menjadi perhatian ramai di dalam suasana bahan pencetakan mahal. Jadi ia boleh mempengaruhi moral sesebuah negara juga.Kenaikan harga petrol adalah sebayak 41% dan diesel 63%. Akibatnya tarif elektrik naik. Harga barang naik. Gejala sosial dan jenayah akan menigkat. Lihat sahaja pada zaman Jepun sebaik sahaja Jepun memperkenal sistem matawang yang tiada nilai. Inflasi meningkat lebih 100% ! Jenayah meningkat. Jepun ambil tindakan mudah dengan membunuh sahaja pencuri atau dikerah ke Siam dan Burma membuat jalankeretapi maut.Kenaikan CPI ( Indeks Harga Pengguna) adalah disebabkan;kenaikan harga minyakdan krisis kekurangan makanan global.The Star juga melaporkan 22 Jun 2008 (mukasurat 22) mengenai kegelisahan dan bahana yang menimpa kini terhadap peniaga kecil mahupun peniaga sederhana modal. Akibat kenaikan harga kos (raw material), menyebabkan produk atau perkhidmatan terpaksa naik. Tetapi peniaga kecil dilarang menaikkan harga. Gaji pekerja kerajaan (awam) tidak segera dinaikan. Gaji pekerja swasta pula mestilah berdasarkan kenaikan gaji pekerja kerajaan kerana kos sara diri di tetapkan oleh kerajaan.Bayangkan kini kenaikan bahan asas untuk bahan pembinaan adalah sebanyak 15% hingga 20% secara umum. Untuk terperinci sebagai contoh kenaikan harga simen( 21%), pasir ( 14%), steel bar ( 60%) dan lain-lain lagi ( rujukan Master Bulders Assosiation Of Malaysia). Akibatnya tempat tinggal tiada jaminan. Sedangkan kehendak asasi manusia ialah tempat berlindung, udara, makanan dan pakaian. Ini hak setiap manusia dalam sesebuah negara. Rasuah dan salah moral di kalangan jurutera serta kontraktor akan berlaku. Bahan murah dan banyak akan digunakan. Akibatnya kes-kes seperti MRR2, Highland Tower dan sebagainya boleh berlaku. Banyak kehilangan nyawa dan kerugian berlaku hanya akibat kenaikan harga melampaui kemampuan individu. Lihat kenaikan harga makanan asasi negara ini di bawah.Indeks Harga Pengguna Sehingga Disember 2007Sayur sayuran 6.4 %, Makanan diproses 3.8 %, Makanan laut 3.0 %, Daging 3.0 %, Nasi, Roti & Bijirin 2.1 %, Minyak and Lelemak 1.2 %, Gula, Jam, Manisan, Coklat,Biskut1.0 %, Buah-buahan 0.7 %Senarai Barang Yang Mengalami Kenaikan KetaraCili Merah (+) 20.8 %, Tembikai (+) 15.3 %, Tembikai Susu (+) 9.2 %, Kajang Panjang (+) 8.7 %, Bawah Kecil (+) 6.9 %, Tomato (+) 6.3 %, Ikan Indian mackerel (+) 6.2 %, Ikan Hardtail scad (+) 4.9 %, Ikan Round scad (+) 4.7 %, Kailan (+) 4.5 %, Pizza (+) 4.3 %Tepung Gandum 107%, Tepung Beras 110%, Susu Pekat 75%, Telur 35%, Marjerin 64%Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Mengapa Kenaikan Harga Barang Melampau ( Oleh Dr Shafie Abu Bakar )Disebabkan oleh faktor-faktor yang dapat kita sebutkan sebagai faktor dalaman dan luaran.a) Faktor DalamanSebahagian dari faktor dalaman yang penting yang kenaikannya ketara memberi kesan kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan ialah:Pengkoporatan, Penswastaan dan Perjanjian Berat SebelahDapat dikatakan kerajaan mengambil langkah silap dengan pengkorporatan dan penswastaan projek-projek lebuhraya secara berterusan, terbuka dan berat sebelah kerana ia lebih mengutamakan syarikat konsesi daripaa kepentingan rakyat.Tinggi pendapatan ialah PLUS sebanyak RM15.91 bilion dikuti Jambatan Pulau Pinang RM1.7 bilion dan Elite RM1.05 bilion. Selain daripadanya keuntungan antara RM990 juta ke RM 300 juta.
Harta Negara/Rakyat Menjadi Milik SyarikatPetronas melonjak dengan keuntungan. Contoh bagi kunci kewangan berakhir 31 Mac 2007 Petronas mendapat untung sebanyak RM46.4 bilion mengatasi keuntungan Mac 2006 sebanyak RM 43.1 bilion (NST March 28, 2007: 4). Bagi tahun Mac 2005 keuntungan sebanyak 35.56 bilion (tertinggi sejak 30 tahun operasi sebelumnya) dan bagi Mac 2004 RM23.66 bilion (UM 1 Julai 2005: 21). Dengan keuntungan tahunan semakin meningkat sejak berpuluh tahun yang lepas (sejak 1970an), Petronas mengungkit ianya telah memberi subsidi kepada rakyat sejak sepuluh tahun lepas berjumlah lebih RM50 bilion (The Star, 28 October 2007: F25).
Jana Kuasa dan Sumber AirApi dan air adalah keperluan asasi bagi rakyat. Kedua-dua sumber ini perlu dikawal oleh negara untuk mengelak dari eksploitasi dan monopoli pihak swasta. Misalnya TNB turut berhasrat menaikkan tarifnya pada awal 2008 kerana minyak dan gas akan naik (UM, 20 Okt. 2007: 1), padahal bagi kunci kira-kira berakhir pada 31 Ogos 2007 TNB mendapat untung tertinggi 88% berjumlah RM4.06 bilion berbanding tahun sebelumnya hanya sebanyak RM2.16 bilion(The Star Biz, 26 Oct. 2007: 1).b) Faktor LuaranMemanglah diakui faktor luaran – dimaksudkan luar negara memberi kesan pada kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti kenaikan harga minyak yang kesannya bersifat global, kurangnya pengeluaran seperti gandum disebabkan kemarau dan bertambahnya populasi dunia. Misalnya walaupun pengeluaran makanan dunia tahun ini terbanyak iaitu 1.66 bilion ton melebihi 89 milion tan dari tahun lepas dan bertambah makmurnya penduduk seperti di Cina dan India yang mampu membayar lebih makanan (The Economist December 8, 2007: 81), dari satu pihak pula terdapat 36 negara dengan jumlah penduduk seramai 854 milion yang kekurangan makanan menyebabkan keperluan makanan masih tidak kecukupan (The Star October 21, 2007: N42). Bahan makanan yang sepatutnya untuk dimakan, tetapi bertukar fungsi kepada biofuel dan ethanol untuk bahan tenaga alternatif seperti hasil kelapa sawit, soya, jagung dan tebu. Ini menyebabkan harga makanan sedemikian meningkat tinggi. Termasuk inflasi akibat dari turunnya nilai dolar khususnya bagi negeri-negeri yang bergantung nilaian pada mata wang tersebut.Kenaikan harga barang dunia adalah disebabkan sikap manusia dan akan mempengaruhi sikap manusia juga. Manusia membina dunia menjurus kearah kebejatan, anak cucu manusia juga akan meneruskan nilai kebejatan malah lebih buruk lagi. Yang penting pemimpin yang mengurus ekonomi da politik perlu dididik bukan sekadar menjaga indeks, pengeluaran dan pencairan wang semata-mata

baca lagi......

Mengapa Bodoh Sangat Mereka Mengurus Harta Negara


Mengapa Bodoh Sangat Mereka Mengurus Harta Negara


Aku baru tahu rupanya bukan semua hasil dari telaga minyak di Malaysia ini milik Petronas. Rupanya sebahagian hasil petroleum berkenaan turut dimanipulasi oleh syarikat-syarikat minyak asing yang mendapat kontrak daripada Petronas untuk kerja-kerja cari gali.

Aku juga baru tahu rupanya negara kita mengeksport kesemua hasil petroleum kita ke luar negara. Kemudian Petronas membeli petroleum dari pasaran dunia dan menjualnya kepada Petronas Dagangan untuk agihkan kepada semua syarikat penjual minyak, termasuk syarikat luar seperti Shell atau Esso. Patutlah kita tak boleh kawal harga minyak dalam negara dan harga minyak kita naik ikut harga pasaran dunia, walaupun kita negara pengeluar minyak. Rupanya minyak yang kita guna sebenarnya ialah minyak yang dibeli dari pasaran dunia - bukan hasil daripada petroleum negara.

Aku juga baru tahu rupanya kerajaan BN kita memberikan subsidi petroleum kepada semua syarikat penjual minyak, termasuk syarikat dari luar negara. Patutlah kerajaan BN kita asyik mengeluh konon dah tak mampu nak bayar subsidi. Rupanya kerajaan BN kita terlalu pemurah.

Aku juga baru tahu, rupanya kerajaan BN kita tidaklah secerdik mana dalam bab menguruskan khazanah negara, termasuk bahan berharga seperti petroleum. Cara dia jual hasil petroleum rupanya tak banyak beza dengan cara depa jual ayak kat Singapore. Rupa-rupanya ini lah dia kerajaan yang dibangang-bangang, oph silap… dibangga-banggakan oleh Tan Sri Aziz Tapa dengan Tan Sri Aishah Ghani, veteran UMNO totok, oph silap lagi… tu
Blog Pemuda Bersih

baca lagi......

Khamis, 19 Jun 2008

Kerajaan Tidak Berlaku Jujur Di dalam Soal Subsidi Bahan Bakar

Kerajaan Tidak Berlaku Jujur Di dalam Soal Subsidi Bahan Bakar



Kerajaan mendakwa terpaksa membelanjakan hampir RM40 Billion untuk menampung subsidi bahan bakar. Ini adalah sebenarnya satu dusta ataupun, satu cubaan oleh kerajaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

Hakikatnya adalah,

• Kerajaan tidak menanggung satu senpun untuk subsidi bahan bakar.
• Subsidi bahan bakar juga tidak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan.
• Subsidi bahan bakar sebenarnya tiada.
• Yang ada hanyalah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan lain-lain subsidi tetapi bukan untuk bahan bakar.

Oleh yang demikian, kenyataan berikut oleh Menteri Kewangan Ke Dua adalah tidak tepat dan bersifat cuba mengelirukan rakyat.



Data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara jelas tidak seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke Dua, Menteri-Menteri Kabinet, Abdullah Ahmad Badawi dan juga oleh Khairy Jamaluddin di Persidangan Agung UMNO 2007.

Data Perbendaharaan Negara menunjukkan maklumat berikut,



Menurut Laporan Perbendaharaan Negara dalam carta 4.3 Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan 2008, jumlah subsidi yang ditanggung Kerajaan pada tahun 2007 ialah RM12.1 billion iaitu 9.8% daripada RM124 Billion Perbelanjaan Mengurus Kerajaan. Manakala pada tahun 2008, jumlah subsidi yang diramal oleh kerajaan ialah RM10.1 Billion atau 7.9% daripada jumlah RM129 Billion peruntukan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan yang diluluskan dalam belanjawan 2008.



Ini jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan mengurus subsidi bahan bakar tidak pernah termasuk didalam perbelanjaan kerajaan kerana,

• Data perbelanjaan mengurus oleh Perbendaharaan menunjukkan jumlah yang lebih kecil dan tentu sekali tidak dapat menampung jumlah subsidi yang kononnya berjumlah RM40 Billion.
• Jumlah subsidi bahan bakar juga tidak termasuk di dalam data-data lain di dalam akaun kerajaan seperti yang tercatat di dalam laporan tahunan Perbendaharaan Negara.

Oleh yang demikian, dari manakah datangnya subsidi tersebut? Subsidi tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.

Bahan bakar yang diguna untuk keperluan domestik diperolehi menerusi,

• Mekanisme tukaran minyak mentah negara.
• 400 tong minyak mentah berkualiti “Tapis Blend” iaitu minyak mentah berkualiti paling tinggi di tukar di pasaran global dengan keperluan minyak mentah dalam negara.
• Minyak mentah ini setelah diproses kepada petrol dan diesel di jual kepada rakyat pada harga yang ditentukan oleh kerajaan.
• Kerajaan memperolehi “keuntungan” bersih (kerana kerajaan tidak membelanjakan apa-apa) dari cukai yang dibayar oleh Syarikat Petroleum, Stesen-stesen minyak dan lain-lain pembekal.

Benarkah Minyak Mentah Malaysia Hanya Untuk Beberapa Tahun Lagi?

Kebelakangan ini, rakyat diberitahu bahawa sumber petroleum Malaysia akan berakhir dan negara akan menjadi pengimport bersih (net importer) bahan bakar ini. Ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikan harga minyak dan seterusnya menarik “subsidi” bahan bakar bagi menyediakan rakyat dengan harga semasa bila negara mula mengimport minyak untuk kegunaan tempatan.

Bagaimanapun, Laporan Tahunan Petronas 2006 mencatatkan bahawa sumber minyak mentah Malaysia cukup sehingga tahun 2024.



Hassan Marican, Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, pula menjelaskan kepada media bahawa pada tahun 2011 Malaysia akan menjadi net importer Petroleum kerana permintaan dalam negara akan melebihi keluaran minyak mentah negara. Ini bererti permintaan dalam negara akan melebihi 700 ribu tong sehari. Tetapi pada tahun 2011 dan seterusnya, negara akan masih mampu mengeluarkan 700 ribu tong minyak mentah sehari, itu tidak dinafikan oleh beliau.

Berdasarkan Laporan Tahunan Petronas semenjak 1980 melaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia semakin bertambah dan bukannya berkurang. Dalam tahun 1980. Dilaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia adalah sebanyak 3 billion tong, namun semenjak itu kita telah mengeluarkan lebih 4 billion tong dan hari ini kita hasih mengeluarkan sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari setiap hari selama 365 hari dan pada kadar ini boleh bertahan untuk 20 tahun lagi.

Sebenarnya, simpanan minyak mentah negara semakin bertambah dan bukannya berkurang. Pada tahun 2008, simpanan minyak mentah negara ialah 4 billion tong dan Malaysia berada di tempat ke 28 di dalam pemilik simpanan minyak terbesar dunia.



Minyak mentah Malaysia sebenarnya tidak akan kering dengan begitu cepat. Ini kerana Petronas, sebuah firma petroleum yang dimiliki oleh rakyat Malaysia melabur ratusan juta ringgit setiap tahun bagi mencari telaga minyak baru di seluruh dunia.

Menerusi pelaburan itu terhasilnya penemuan-penemuan baru dan menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu ini ialah 1:1.8 liter.

Ini bererti, bagi setiap satu liter yang digunakan oleh Petronas menemui 1.8 liter sumber baharu. Ini bermakna kadar penggantian adalah lebih besar dari kadar penggunaan.







Penurunan Harga Minyak Tidak Mustahil

Bagi mengoptimunkan perolehan kerajaan menerusi minyak mentah kerajaan sebenarnya tidak perlu menaikan harga minyak. Bahkan kerajaan boleh mengoptimunkan perolehannya dengan menurunkan harga minyak pada waktu yang sama.

Pengurangan Penggunaan Petrol dan Diesel

Harga petrol Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan negara-negara pengeluar minyak. Berdasarkan jumlah penduduk 26 juta orang dan kadar pengeluaran minyak mentah sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari, Malaysia mempunyai nisbah pengeluaran yang amat tinggi tetapi ianya tidak dinikmati oleh rakyatnya yang jauh lebih rendah dari negara-negara pengeluar lain.

Harga bahan bakar petrol dan diesel ini perlu diturunkan dan sememangnya mampu diturunkan. Antara proses-proses yang perlu diambil untuk menurunkannya adalah seperti berikut.

Peralihan daripada penggunaan Petrol dan Diesel kepada gas asli untuk kenderaan atau NGV perlu dilakukan kerana faktor-faktor berikut,

• Malaysia adalah negara ke 13 di dunia mempunyai simpanan gas asli terbesar. Pada tahun 2004, Dato’ Mustapha Mohamed mengumumkan simpanan gas asli Malaysia adalah sebanyak 89 trillion kaki padu.
• Walaupun kerajaan menggalakan penggunaan NGV kerana ia lebih bersih dan mesra alam tetapi kerajaan tidak mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan kemudahan ini. Akibatnya stesen NGV amat terhad dan tertumpu di sekitar Lembah Klang sahaja.
• Penggunaan NGV secara meluas oleh pemilik kenderaan akan mengakibatkan permintaan terhadap petrol dan diesel berkurangan.
• Kesannya negara boleh menjual lebih minyak mentah dan ini akan membawa lebih banyak pulangan.
• Menerusi pendapatan lebihan ini, harga petrol dan diesel dapat dikurangkan lagi.

National Petroleum Advisory Council

Penubuhan semula National Petroleum Advisory Council (NPAC) bagi mengumpulkan pakar-pakar bagi merancang guna sumber tenaga negara dan mementuk polisi-polisi tenaga Negara yang berkesan. NPAC ditubuhkan bersama dengan penubuhan Petronas tetapi ianya sudah tidak wujud lagi pada hari ini.





Petronas sering mencatat keuntungan besar dari setahun ke setahun. Dan sebagai sebuah syarikat yang menjaga khazanah milik rakyat Malaysia, struktur organisasi Petronas perlu bermatlamat menjaga kepentingan rakyat.

Oleh itu NPAC perlu dihidupkan semula dengan melantik tokoh-tokoh berwibawa dan bukan semata-mata ‘perlantikan politik’. Dengan erti kata lain, menghidupkan semula NPAC tidak bermakna jika sekadar mahu melantik tokoh-tokoh UMNO yang telah ‘expire’ seperti contohnya dengan melantik Abdul Rahim Thamby Chik atau Zainuddin Maidin.

Check And Balance Di Dalam Petronas

Pada hari ini, Tan Sri Dato’ Mohd. Hassan Merican memegang ketiga-tiga jawatan tertinggi Petronas iaitu Sebagai Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Sebelum ini dua jawatan ini disandang oleh individu berlainan

baca lagi......

Isnin, 16 Jun 2008

Data bukti kerajaan mewah, tetapi terus zalimi rakyat



Data bukti kerajaan mewah, tetapi terus zalimi rakyat


Kickdefella
Sun | Jun 15, 08 | 7:25:29 am MYT
Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

1. Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.

2. Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.

3.Hasil Bukan Cukai - Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.

4. Hasil Bukan Cukai - Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.

(Data ini diperolehi dari sumber Perbendaharaan Negara dan boleh dilihat umum di treasury.gov.my).

Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.

(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)

Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.

Sebaliknya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat.

Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.

Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi. - kickdefella.wordpress.com

baca lagi......

Khamis, 12 Jun 2008

Gaji menteri vs seruan 'ubah gaya hidup rakyat'

Gaji menteri vs seruan 'ubah gaya hidup rakyat'
Azamin Amin
Wed | Jun 11, 08 | 11:10:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan minggu lalu sehingga 41 peratus amat menjejaskan kehidupan dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia.



Namun dalam 'lelah' rakyat Malaysia mendepani kemelut kenaikan harga minyak ini, kelompok menteri yang mempertahankan keputusan kerajaan pula menasihatkan rakyat agar 'mengubah gaya hidup' bagi meringankan penderitaan.

Laungan kelompok menteri bagaimanapun tidak berdasarkan kepada hakikat yang sebenar kerana perbezaan taraf kehidupan antara menteri dan rakyat kebanyakan dari sudut pendapatan cukup ketara.

Pendedahan menarik berhubung gaji dan 'keistimewaan' para menteri di Malaysia ini merupakan satu renungan buat rakyat yang selama ini diseru menteri yang kaya supaya mengubah gaya hidup.

Pendedahan ini pernah disiarkan di dalam beberapa blog dan difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang dikenali sebagai pegawai kerajaan di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online tahun lalu yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.

Menurutnya, rekod tersebut adalah berdasarkan kepada pendapatan bulanan menteri kabinet pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.

Berikut adalah perbandingan gaji menteri dengan persoalan 'ubah gaya hidup' yang disarankan kepada rakyat::-

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:


1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-


1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Dan Menteri:-


1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber / wann _

baca lagi......

Jumaat, 6 Jun 2008

Aduh, minyak kat Malaysia.........!


Oleh xnazrix
http://www.tranungk ite.net/v7/ modules.php? name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=9866


Petikan dari: anakbapa.blogspot. com utk dikongsi bersama pembaca TKO

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen.( tapi selepas 5hb Jun 2008 harganya ialah RM 2.70 seliter maka jadi $ 3.375 segelen)



Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:

1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40 ( sebelum 5hb ), sekarang ni $3.375
45. United States $3.45

Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela, Iran, Arab Saudi dan Libya. Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.

Anak Bapa: Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja.

baca lagi......

Pengorbanan Malaysia Yang Terkorban....


Diadaptasi dari http://creamstudents.com


Pengorbanan Malaysia terhadap negara yang bernama singapura adalah lebih dari satu, dua mahupun tiga hingga terasa di fikiran saya Pulau Temasik itu sebenarnya berhutang seribu satu budi kepada Malaysia.

Apabila kisah tentang pulau batu putih ini dihangatkan, warga kedua-dua negara perlulah bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu2 lain yang bersangkut paut yang akan dikupas di dalam artikel ini. Ini bagi memastikan dan menyedarkan generasi terkemudian tentang sejarah perhubungan antara kedua-dua negara serta perjanjian-perjanjian yang terlibat. Pembaca sebagai hakim perlulah menjustifikasikan artikel ini berdasarkan pengetahuan serta tahap intelek yang mapan agar maksud dan intipati artikel ini dapat disampaikan dengan jelas.

Justeru itu, apakah pengorbanan BESAR Malaysia kepada Singapura?

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962

Dalam perjanjian air ini, Malaysia perlu membekal bekalan air mentah kepada Singapura sebanyak 250 juta gelen sehari secara berterusan.Harga yang dikenakan bagi 1000 gelen air adalah bersamaan dengan 3 sen. Malaysia sebaliknya perlu membeli air yang telah diproses dari Singapura sebanyak 50 sen bagi setiap 1000 gelen air.

Loji pemprosesan air ini diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) dan terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi. Perjanjian air 1961 akan berakhir pada tahun 2011 manakala perjanjian air 1961 akan berakhir pada tahun 2061.

Semakan harga air yang dikemukakan oleh Malaysia ditolak oleh Singapura atas alasan sepatutnya semakan dilakukan pada tahun 1986 dan 1987 iaitu selepas 25 tahun dari tarikh perjanjian berkuatkuasa dan bukan selepas dari tarikh tersebut. Dan sehingga ke hari ini, Singapura membuat keuntungan yang besar hasil dari penjualan air Malaysia ini kepada kapal2 yang berlabuh di pelabuhan negara berkenaan.

PERJANJIAN AIR 1990

Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar yang terletak di Daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing bagi dijadikan kawasan tadahan air. Di kawasan tersebut juga didirikan sebuah empangan yang dikenali sebagai empangan Linggiu bagi Singapura. Kawasan ini merupakan kawasan yang strategik dari segi keselamatan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut.Perjanjian ini akan berakhir pada tahun 2061.

PENUTUPAN PENGKALAN TLDM DI WOODLANDS

Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Woodlands yang telah beroperasi selama hampir 45 tahun terpaksa ditutup kerana kerajaan Singapura tidak lagi berhasrat untuk menyambung tempoh pajakannya yang berakhir pada awal tahun 1998, ada juga desas desus dan cadangan bahawa jika tempoh pajakan disambung,maka sewanya akan dinaikkan sehingga 3 kali ganda. Oleh itu Pusat Latihan Rekrut TLDM terpaksa dibina di Kota Tinggi dengan kos RM195 juta.

ISU PEMBANGUNAN TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA

Mengikut satu perjanjian pada tahun 1990 iatu perjanjian Malaysia-Singapura Points of Agreement(POA), Keretapi Tanah Melayu (KTM) perlu mengosongkan Stesen Keretapi Tanjong Pagar dan ia perlu beralih ke Stesen Keretapi Bukit Timah.

Tanah KTM di sepanjang laluan dari Bukit Timah hingga ke Tanjong Pagar perlu diserahkan kembali kepada Singapura manakala tanah KTM di Tanjong Pagar seluas 12 hektar yang terletak di dalam zon perdagangan utama Singapura akan diserahkan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura.

Keluasan asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen keretapi di Tanjong Pagar mengikut ‘Singapore Railway Transfer Ordinance,1918′ sebenarnya adalah 200 hektar(494 ekar) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun.

ISU PULAU BATU PUTIH

Tahun 1994, berlakunya satu pertindihan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih yang juga dikenal sebagai ‘Pedra Branca’ oleh Singapura telah dirujuk kepada International Court of Justice (ICJ).

Pihak Singapura telah mentadbir rumah api di atas pulau tersebut dengan kawalan tenteranya semenjak dari tahun 1850. Nelayan Malaysia tidak dibenarkan menghampiri pulau tersebut bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa belum membuat keputusan tentang pemilikan Pulau Tersebut.

ISU PULAU PISANG

Pulau Pisang terletak di Selat Melaka dan merupakan milik MAlaysia. Singapura semenjak dahulu sehingga sekarang masih menjaga operasi rumah api yang terdapat di atas pulau tersebut dengan kawalan tenteranya tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imegresen Malaysia. Adilkah begitu ?

ISU CENTRAL PRIVIDENT FUND (CPF)

Isu CPF atau kumpulan wang simpanan pusat milik warga Malaysia yang bekerja di Singapura sehingga sekarang belum selesai. Hanya warga Malaysia dari Sabah dan Sarawak yang boleh mengeluarkan wang CPF manakala yang berasal dari semenanjung tidak dibenarkan walaupun telah berhenti kerja. Mereka hanya dibenarkan mengeluarkan wang CPF setelah mencapai usia 55 tahun. Pada masa sekarang, terdapat hampir 100,000 orang pekerja Malaysia masuk bertugas setiap hari di Singapura.

ISU PENAMBAKAN LAUT

Banyak kesan negatif serta kerugian terhadap Malaysia yang terhasil akibat daripada tindakan Singapura melakukan penambakan laut bagi membesarkan wilayahnya khususnya di Pulau Tekong. Antara kesan negatif yang terhasil daripada tindakan ini adalah penyempitan Selat Tebrau menyebabkan arusnya menjadi laju dan mengakibatkan hakisan pantai di perairan Malaysia. Disamping itu, aktiviti penambakan ini juga menjejaskan ekologi hidupan laut yang akhirnya akan menjejaskan pendapatan nelayan pesisiran pantai Malaysia.

Kerja menambak ini telah membesarkan saiz Singapura sedia ada iaitu 690km persegi kepada 1.5 lebih besar dari saiz asalnya.

ISU PENCEROBOHAN RUANG ANGKASA JOHOR

Kebenaran penggunaan ruang udara antara Malaysia dan Singapura telah dibatalkan pada 18 September 1998. Sungguhpun demikian, banyak kali insiden melibatkan pencerobohan ruang angkara negeri Johor dilaporkan terjadi.

Dalam tahun 2002 sahaja, terdapat 5 kejadian dimana ruang angkasa negeri Johor telah diceroboh oleh jet-jet pejuang Tentera Udara Singapura atau lebih dikenali sebagai RSAF terjadi.Namun setakat ini belum ada permohoman maaf secara rasmi yang dilakukan oleh kerajaan Singapura apabila insiden pencerobohan secara haram ini berlaku.

ISU JAMBATAN BENGKOK

Isu ini merupakan antara isu yang agak popular suatu ketika dahulu. Namun kepopularannya telah bersemadi kini kerana pihak yang bertanggungjawab telah berjaya mengelabui pandangan mata dengan menimbulkan isu-isu panas lain yang hangat di pasaran. Sungguhpun sedemikian, hal ini tidak wajar dilupakan dengan begitu sahaja kerana ianya telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada Malaysia.

Atas desakan dan pressure daripada kerajaan Singapura, YAB Perdana Menteri sekarang melakukan satu tindakan pelik tetapi benar (antara ciri2 sejarah adalah pelik tapi benar) dengan membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok yang telah dipersetujui semasa mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir berkuasa satu ketika duhulu.

Perlu diingatkan disini bahawa pembinaan Jambatan Bengkok adalah KESELURUHANNYA berlaku didalam perairan Malaysia.Justeru tindakan YAB itu seolah olah tindakan meludah ke langit dan hanya membawa kerugian semata-mata kepada negara.

Akibat daripada pembatalan tersebut, kerajaan terpaksa mebayar ganti rugi kepada Syarikat Gerbang Perdana Selatan Bersepadu (GPSB) sebanyak RM 257.4 juta! Perlu diingatkan di sini bahawa duit ganti rugi tersebut merupakan hasil lelah dan peluh rakyat yang menyumbang kepada cukai bukannya disedekahkan oleh perdana menteri serta juak-juaknya.

Justeru, tindakan ini adalah satu tindakan pembaziran yang wajar diberi perhatian sepanjang masa kerana tanggungjawab mengingatkan adalah terletak di bahu rakyat dalam memperhatikan tindak tanduk mereka yang berkuasa agar tidak melebihi had dan garis panduan yang ditetapkan.

Popularity: 17% [?]

baca lagi......

Kelantan VS Johor


Berikut merupakan antara ucapan pembentangan awal wakil tunggal PAS iaitu YB Dr Ramli Kari di dewan negeri Johor dalam membandingkan kerajaan yang mentadbir dua negeri ini iaitu Kelantan dan Johor.



Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Utusan Malaysia edisi 2hb. November, 2005 telah menyiarkan senarai hutang kerajaan-kerajaan negeri kepada Persekutuan. Negeri Johor adalah merupakan penghutang tertinggi dengan jumlah hutang sebanyak RM598.35 juta berbanding Kelantan yang menduduki tangga ke 11 dengan hutang hanyalah sebanyak RM46.61 juta, itupun hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN Kelantan sebelum jatuh pada tahun 1990.

Sebelum ini pernah disiarkan di dalam akhbar kenyataan yang menyatakan antara negeri yang hampir muflis adalah Negeri Johor. Walaupun YAB Menteri Besar pernah menjelaskan bahawa aset Kerajaan Negeri jauh lebih besar dari hutang tersebut tetapi bagi saya, saya tetap menyatakan bahawa tunai di tangan yang mencukupi penting bagi memastikan pengurusan kewangan negeri berada pada tahap yang mantap dan efektif. Sebagai analogi, kita mempunyai aset seperti rumah, kereta, motosikal dan sebagainya tetapi kita tidak akan menggunakan motosikal bagi membayar yuran persekolahan anak kita. Di dalam mana-mana organisasi perniagaan, pengurusan dan kawalan aliran tunai cukup penting bagi memastikan kelangsungan dan dayamaju sesuatu organisasi. Bahkan didalam membuat keputusan pelaburan, kecairan atau mudahtunai adalah salah satu dari faktor utama yang akan diberikan perhatian dan pertimbangan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Dalam Bajet 2006 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM52.273 juta untuk membayar hutang Kerajaan Negeri. Ini bermakna Kerajaan Negeri memerlukan hampir 12 tahun untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM598.35 juta kepada Kerajaan Persekutuan, itupun jika tidak ada hutang baru dibuat dalam tempoh tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Johor belajar dengan Kerajaan PAS Kelantan bagaimana menguruskan kewangan negeri secara baik. Sebagai perbandingan dalam tempoh 12 tahun pemerintahan Kerajaan BN di Kelantan dari tahun 1978-1990 hutang yang dibuat adalah sebanyak RM732 juta tetapi dalam tempoh 12 tahun Kerajaan PAS Kelantan memerintah iaitu dari tahun 1990-2002 baki hutang yang tinggal hanyalah RM25 juta. Ini bermakna Kerajaan PAS Kelantan dalam tempoh 12 tahun telah membayar sebanyak RM482 juta kepada Kerajaan Persekutuan tanpa membuat hutang yang baru. Keadaan ini juga membuktikan Kerajaan Pas Kelantan pandai berjimat cermat dan pandai membayar hutang dan bukannya pandai membuat hutang.



Dari segi hasil balak pula, dalam tahun 1986 Kerajaan BN Kelantan telah mengeluarkan konsesi balak seluas 74,275 hektar dengan hasil cukai hanyalah sebanyak RM30 juta sedangkan Kerajaan PAS Kelantan dalam tahun 1995 mengeluarkan konsesi balak seluas 35,735 hektar sahaja, tetapi hasil cukai yang dikutip adalah berlipat ganda iaitu RM103 juta. Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini adalah contoh-contoh kecil bagaimana berkatnya negeri yang diperintah oleh seorang Ulamak yang sentiasa ingatkan hari pembalasan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Itulah sebabnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu BN lebih pandai mentadbir kerajaan negeri berbanding PAS tidak laku di Pilihanraya Kecil N.12 Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan.

p/s : saya selaku warga johor juga bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh YB D. Ini kerana walaupun pembangunan rancak dilaksanakan oleh kerajaan negeri johor, akan tetapi hutang yang diperbaharui saban tahun juga kian bertambah. Persoalannya, bilakah waktunya kerajaan negeri Johor dapat melangsaikan hutang tersebut? 20 tahun ? 40 tahun ? ataupun 100 tahun lagi ?

Apalah gunanya aset yang banyak tetapi aliran tunai tiada di tangan.

baca lagi......