Sabtu, 19 Julai 2008

SeloKa TolongLAH ! UndurLAH....


Assalamualaikum...


"salam suara rakyat"


iniLAH satu ceritaLAH,

tersebutLAH satu kisah LAH,

dalam satu pilihanraya LAH,

kerajaan hampir-hampir kaLAH,

oleh kerana keputusan ituLAH,

anak-anak buah ramai yang dah beLAH,

tak tahan asyik dipersaLAH,

oleh kerana 5 kampung dah kaLAH,

nasib baik parlimen tak kaLAH,

jentera parti kini dah serba saLAH,

dalam diam tok ketua dipersaLAH,

bodohLAH...bodohLAH...dalam halus penolong tak nak mengaLAH,

dalam sindir tanpa rasa bersaLAH,

tak dapat cara baik cara jahat pun okLAH,

tok ketua disuruh mengaLAH,

penduduk pun sepakat jugakLAH,

heboh ke kampung sebeLAH,

meminta tok ketua mengaLAH,

tolongLAH...tolongLAH....tok ketua enggan mengaLAH,

I say no...no LAH,

Desakan rakyat wat tak tahu jeLAH,

Aku ketua..aku berkuasaLAH,

Rakyat pun berkumpulLAH,

Panggil jiran sebelah menyebeLAH,

Jerit tolongLAH..tolongLAH,

undurLAH...undurLAH,

dulu poster penuh hingga kampung sebeLAH,

sana sini semua undiLAH..undiLAH,

sekarang semua dah tukarLAH,

dah jadi undurLAH..undurLAH,

maka dek kerana tertekanLAH,

terus masuk ke bilik sebeLAH,

aku ngantukLAH...aku ngantukLAH,

nak tidoLAH...aku suke tidoLAH,

lalu menantu pun balikLAH,

seluruh rumah jadi bisingLAH,

tok ketua pun terjagaLAH,

hei you shutdownLAH,

menantu punya pasal aku hampir kaLAH,

jeritan rakyat makin kuat LAH,

tolongLAH tok..tolongLAH,

undurLAH tok...undurLAH,

keputusannya nanti kita tunggu saje LAH.

baca lagi......

Jumaat, 18 Julai 2008

Sindrom ramai yang 'gabra'


Ramai insan yang gabra bila....

DS Anwar kena tangkap

Shabery ada air liur pekat di tepi bibir

PAS bincang dengan UMNO

Sultan Pahang tegur blogger

Raja Petra kena tahan

Nombor Tajul Muluk YB Khairy ialah 7

Tun Mahathir keluar UMNO

DS Abdullah nak turun lagi 2 tahun

Bala tulis Akuan Bersumpah


Ingat elok ke gabra ni? Ni ada pengajaran buat semua tentang keburukan gabra yang Harimau dapat pagi tadi (sapa dah baca sila tutup mata).

Alkisahnya kat baling, kedah. Arakian ada satu famili, famili tu ada ayah dan mak mertua, anak dan menantu serta cucu. Satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu depan dia. Tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada..kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut..semua dh gabra..sambil pegang2 dada...ayah mertua dia pengsan..tk sedar..pastu macam sedar tk sedar..
menantu tadi gabra..lalu si mak mentua suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan.

Dia gabra jugak...pastu bini dia pun suruh sambil tolak2 bahu...mak dia suruh lagi...dah gabra sgt,

dia pun buat..dia letak kat telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap...
"MA ROBBUKA...." ""terkejut bini dan mak mertua dia..tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.."OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'"" sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia..


sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat..


nota : gabra adalah perkataan asli yang digunakan sewaktu tahun 80an. Gubra adalah tajuk filem dan Harimau percaya ia adalah sentuhan dramatik penulis skrip filem itu dari perkataan asal.

Wallaualam.

baca lagi......

Sabtu, 12 Julai 2008

MUBAHALAH

MUBAHALAH - Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Soalan; Apakah dia mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan;Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua.
Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.

Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).

Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran,

antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; ‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59).

Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas).

Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”.

Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).

Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah.

Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)

Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah.

Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat).

Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat).
(Tafsir al-Qasimi).Wallahu a’lam.

Rujukan;1. Tafsir Ibnu Kathir2. Tafsir Imam al-Qurtubi3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah az-Zuhaili).

baca lagi......

Khamis, 10 Julai 2008

Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Thu Jul 10, 08 4:35:35 pm MYT

Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan. -->
Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).

Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.
Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara.

Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.

Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini.

Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun.

Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan.

Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai.

Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior".
Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?
Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa �Ajam kecuali dengan taqwa."

Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu.
Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.
Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.

Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT.

Saya cuma sedut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu.

Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi.

Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.
Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.

Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.
Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.
Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.

Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi.
Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama�, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa.
Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.
Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.
Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.

Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat.
Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.
Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.

Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 � 2004, misalnya, tidak berunsur politik?

Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN.
Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.
Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.

Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan.
Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!

Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia.
Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.

Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas.

Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan

baca lagi......

Rabu, 9 Julai 2008

Liwat ka Lewat...?


Secara perubatan, kes ini memang lucu kerana mangsa mengambil masa yang lama serta membiarkan lubang najisnya diratah peliwat berulangkali! Sepatutnya baghal itu membawa bukti fizikal yakni lubang anusnya yang cedera berserta limpahan air mani peliwat, barulah ia memberi titik nokhtah serta buah pukul mati ke atas suspek! Ini tidak. Sekadar nak tunjuk lubang bontot yang kununnya sakit ketika membuang najis, bukanlah suatu hujah perubatan diliwat!Jika anda mencekup 10 orang di jalanan terutamanya orang Melayu, tujuh darinya mengalami masalah sakit lubang bontot ketika membuang air besar oleh masalah buasir.


Ini adalah fakta kerana kurangnya orang Melayu memakan sayur-sayuran.Jadi kalau setakat sakit bontot sebagai hujah utama kemudian nak dirawit ceritanya, susah la sikit. Pihak peguam bela mesti mencari bukti kesihatan di klinik peribadi serta universitinya dulu serta cerita dari kawan-kawannya. Jika melihat dari profil yang terkumpul tentu sahaja mudah mendapat saksi pembela.Haha… alamat jadi macam burung kasawari la jawabnya. Adakah mangsa liwat begitu gembira dan berlagak selebriti.


Tak tahukah ia akan beberapa pelakon skrip lama yang ditimpa bala Allah Taala?Sekiranya, pihak pendakwa mengusung tilam macam dahulu juga, kita akan melihat reaksi rakyat yang jauh lebih besar menyanggah usaha keji mereka di anjung kuasa.


Kajian selidik sudah pun mendedahkan betapa hanya 6% sahaja responden yang percaya dengan tuduhan terbaru ini.Apabila Mufti Perlis serta beberapa individu mencadangkan upacara ‘mubahalah’ sebagai satu lagi penyelesaian mudah dalam isu terbaru yang dilempar kepada DS Anwar Ibrahim, kita amat bersetuju dan memberi sokongan penuh.Mangsa liwat yang amat gembira itu mewakili satu generasi baru sistem pendidikan yang penuh dengan penipuan keputusan peperiksaannya.


Inilah contoh individu yang memang bukan tergolong dalam kelompok pintar. Biasanya mereka tidak pun menyerlah dalam sistem peperiksaan berkala sekolah ataupun PPD. Mereka hasil syufaat sistem geraf yang dimainkan sehingga meletup keputusan peperiksaan mereka.


Kajian Institut Integriti Malaysia mendedahkan betapa sejumlah besar para remaja sanggup bergelomang dan mengamalkan rasuah demi mencapai cita-cita mereka. Apatah lagi jika ditawarkan dengan peluang dan jawatan!Keadaan ini mungkin boleh menerangkan tentang si Saiful Bahri ini. Dengan profil personaliti dan jati dirinya yang tersiar dalam internet, memanglah ia seorang remaja yang umpama pepatah sudah katakan- bagai enau dalam belukar.


Pada tahap ini, kita merayu kepimpinan di atas supaya berhati-hati dan curiga akan tindak tanduk mereka terutama apabila melibatkan orang baru yang muncul ketika kita di ambang kuasa. Selidiki serta utamakan para reformis yang jujur hati budinya. Usah dipandang sangat pada perawakan serta kununnya status mahasiswa.... selanjutnya.


no2umno - Minta minta sekarang Sayfool dah tiada masalah SEMBELIT ... sukar membuang air besar. Masuk tandas tak sampai 3 saat ...urusan selesai.

Labels:
cilok & ciplak by no2umno

baca lagi......

Tahun Meliwat Malaysia 2008


Rakyat mengalu-alukan pimpinan Dato' Najib Razak kerana menonjolkan sifat 'good samaritanship' dengan menjadi pendengar setia luahan rasa saudara Saiful Bukhari yang mengadu sakit diliwat. Contoh kepimpinan ini harus diteladani, dan saya menyeru agar semua pimpinan BN mengambil iktibar dan membuka seluas-luasnya pintu untuk mendengar keluhan semua 'mangsa-mangsa liwat' walaupun pada awalnya mereka hanya hadir sekadar mahu memohon biasiswa sebab bengap dapat CGPA 1.8.
Saya ingatkan susah mahu berjumpa dengan 'Nombor 2' Malaysia ini (walaupun sesetengah pihak mengaku 'Nombor 2' sebenarnya Jeanne Abdullah) sebab ramai diantara rakyat yang menderita suami mereka ditahan dibawah ISA dalam keadaan anak nazak (kini sudah meninggal), yang hidup mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang dek harga minyak yang melambung, yang terpaksa mencari kerja lain gara-gara kilang permainan kereta 'remote-control' terpaksa ditutup dan jutaan lagi masalah yang dirasakan penting dan melibatkan kehidupan rakyat seharian tetapi tidak dapat berjumpa dengan Dato' Seri kerana 'sibuk'.
Malah di Parlimen juga Dato' Seri susah dilihat oleh mata-mata rakyat mahupun lensa kamera.
Mungkin kami silap, kerana jika Dato' Seri Najib boleh berjumpa dengan mangsa liwat atas dasar kemanusiaan beliau mungkin boleh juga berjumpa dengan kami yang sesak hidup kini? Tetapi kami bingung apabila beliau dan rakan-rakan seangkatan beliau mengangkat tangan untuk meluluskan usul menyokong kenaikan harga minyak di Parlimen. Menyokong kesengsaraan rakyat.
Apakah beliau begitu terkesan dan terguris perasaan kemanusiaan beliau apabila seorang budak diliwat oleh lawan politik Dato' Seri dan sekeras batu apabila melihat wajah tahanan ISA yang menatapi wajah puteri sulungnya yang sudah tidak bernyawa? Yang mana satukah lebih menyentuh perasaan Dato' Seri?
Tepuk dada tanya selera. Kalau nak jadi hero moraliti, jangan pilih kasih. kalau ikhlas nak tolong rakyat, tolong jangan memilih. Kepada Saiful, jangan bebankan diri saudara dengan angan-angan populariti kerana jalan ini akan mengakibatkan impian saudara berkecai seperti berkecainya tulang belulang akibat terkena C4.

baca lagi......