Selasa, 29 Disember 2009

10 Peristiwa Penting 2009


Kami membawa anda kembali mengimbau peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun 2009. Berikut adalah 10 laporan terpenting yang mendapat liputan Malaysiakini sepanjang tempoh tersebut.


1-Kisah putera dan model remaja
Cerita mengenai pekerja asing didera bukanlah perkara baru di Malaysia. Begitu jugalah dengan tahun ini. Tetapi kes ini telah mencetuskan kemarahan di Jakarta, sebahagiannya kerana individu didakwa terbabit adalah dari kalangan istana.

Perkahwinan antara model remaja Indonesia - Manohara Odelia Pinot - dengan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berakhir dengan perpisahan apabila Manohara mendakwa dia telah menjadi mangsa dera, diculik serta dirogol.

Dengan bantuan ibunya, Manohara telah melarikan diri dari suaminya ketika menziarahi Sultan Kelantan yang sedang dirawat di Singapura.

Ekoran itu, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 31, telah memfailkan saman terhadap isternya dan ibu mertuanya itu - kedua-duanya kini berada di Jakarta - supaya memulangkan 'hutang' berjumlah RM1.1 juta. Beliau menang kes tersebut apabila Manohara dan ibunya gagal hadir di mahkamah.

Apa yang berlaku itu juga dipercayai ada kaitan dengan tindakan memecat Tengku Muhammad Fakhry dari Majlis Perajaan Kelantan September lalu. Bulan ini, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman terhadap abangnya - pemangku sultan sekarang - kerana memecatnya dari majlis tersebut


2-Penentangan terhadap PPSMI
Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) - dasar yang diwarisi daripada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enam tahun lalu terus menjadi duri dalam daging berterusan kepada kepimpinan negara.

Pada 7 Mac, dipimpin bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalanraya, mengharungi tembakan bertalu-talu meriam air dan gas pemedih mata untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Buat pertama kalinya, golongan seniman dan budayawan pelbagai bangsa - yang dilihat berdiam diri terhadap dasar kerajaan selama ini - bangkit menuntut pemansuhan PPSMI.

Malah, kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup secara terbuka mengeluarkan kenyataan bersama berhubung perkara itu.

Malah penentangan terhadap PPSMI turut menyaksikan pengemblengan tenaga antara Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dengan golongan pendidik Cina.

Akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa tunduk kepada desakan yang berterusan itu.

Dan pada bulan Julai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, akhirnya mengumumkan pemansuhan PPSMI secara berperingkat-peringkat.

Mulai tahun 2012, kedua-dua subjek berkenaan di sekolah rendah akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia bagi sekolah kebangsaan dan dalam bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Bagaimanapun, para penentangnya masih berpuas hati kerana menganggapnya bukan pemansuhan, sebaliknya satu penangguhan, dan masih meneruskan perjuangan mereka supaya PPSMI dimansuhkan serta merta.


3-Kematian dalam tahanan
Ada perkara yang tidak akan berubah. Kekerasan polis menduduk tempat ke-7 dalam siri 10 Berita Utama pada tahun 2003 dan 2004. Dan ia muncul lagi tahun ini.

Tahun 2009 menyaksikan satu lagi kes kematian tahanan polis - A Kugan, di mana laporan bedahsiasatnya mengunjurkan bahawa dia
dipukul ketika ditahan di sebuah balai polis Januari lalu.

Selepas kempen bersungguh-sungguh kumpulan hak asasi, seorang anggota polis akhirnya dihadapkan ke mahkamah 10 bulan kemudiannya atas tuduhan "menyebabkan kecederaan teruk" ketika cuba mendapatkan pengakuan mangsa.

Kematian Kugan telah menaikkan semangat kempen terhadap kes kematian dalam tahanan polis - seorang lagi mangsa ialah R Gunasegaran serta kes kematian pendatang tanpa izin di kem tahanan.

Kini tumpuan juga tertumpu kepada kes di mana enam orang ditembak mati oleh polis di Kulim Kedah pada Februari lalu, dan diikuti dengan satu lagi kes yang sama, membabitkan lima remaja di Klang, Selangor.

Ia menarik perhatian ramai kerana kakak salah seorang mangsa yang mati bertindak membunuh diri dengan meminum racun paraquat.

Bagaimanapun empat orang anaknya yang turut diberi minum racun tersebut, dapat diselamatkan.


4-Protes kepala lembu
Walaupun hanya seramai kira-kira 50 orang sahaja yang menyertai satu protes kecil, tetapi ia menjadi tajuk berita dan mendapat tumpuan amat meluas kerana ia turut menyentuh sensitiviti agama.

Pada 28 Ogos, satu kumpulan pendemontrasi mengarak satu kepala lembu dan meletakkannya di pintu pagar sekretariat kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu pemindahan sebuah kuil Hindu ke kawasan perumahan mereka di Shah Alam.

Lembu merupakan binatang suci bagi agama Hindu, dan ini telah menimbulkan bantahan sehingga mengundang campurtangan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, tindakan menteri berkenaan yang dilihat mempertahankan mereka yang mengadakan demonstrasi tersebut telah
menimbulkan rasa tidak senang dan Malaysiakini telah disalahkan kerana menyiarkan video mengenainya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan menyiasat Malaysiakini di mana ramai wartawan portal
berita tersebut telah disoalsiasat berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, 12 peserta demontrasi berkenaan telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan dan tuduhan mengadakan perhimpunan haram.


5-Teoh: Dibunuh atau bunuh diri?
Pada 16 Julai, kematian seorang pemuda telah menghancurkan apa juga kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang belum sampai setahun lagi usianya.

Nama Teoh Beng Hock menjadi sebutan apabila dia ditemui mati di luar bangunan SPRM Selangor di Plaza Masalam. Dia dikatakan jatuh dari tingkat 14 bangunan tersebut yang menempatkan pejabat SPRM. Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, disoalsiasat sebagai saksi berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN sebelum dia ditemui mati.

Kematiannya telah mencetuskan bantahan umum sehingga perdana menteri kemudiannya bersetuju supaya diadakan inkues punca kematian Teoh serta menubuhkan sebuah jawatankuasa diraja untuk meneliti prosedur siasatan SPRM.

Dua bulan inkues berjalan, pakar patologi Thai, Dr Porntihip Rojanasunand membuat kejutan apabila mendakwa wujud kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah homisid dan 20 peratus bunuh diri.

Pendedahan tersebut membawa kepada penggalian semula mayat Teoh dan bedahsiasat kedua dilakukan ketua jabatan forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, dengan disaksikan oleh Dr Pornthip dan pakar forensik British, Prof Peter Vanezis yang dilantik oleh SPRM.

Bagaimanapun, keputusan bedahsiasat itu masih belum diumumkan dan inkues tersebut telah ditangguhkan sehingga tahun depan.


6-Tahun pilihanraya kecil
Sebanyak sembilan pilihanraya kecil diadakan selepas pilihanraya umum 2008 di mana keputusannya menunjukkan bahawa BN masih
gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. BN tewas dalam enam pilihanraya kecil, termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya.

Seperti yang dijangkakan, BN berjaya mengekalkan dua kerusi DUN - Batang Ai (Sabah) dan Bagan Pinang (Negeri Sembilan), tetapi tewas kubu kuatnya - kerusi parlimen Kuala Terengganu - kepada PAS.

Kecuali prestasi menggalakkan BN dalam pilihanraya DUN Manek Urai, pembangkang berjaya menang dengan tambahan majoriti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Permatang Pauh.

BN bagaimanapun memberi tentang hebat di Manek Urai apabila PAS mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis - daripada 1,352 (2008) kepada hanya 65 undi. Tetapi kegembiraan BN itu tidak lama kerana ia tewas lagi di DUN Permarang Pasir.

BN bagaimanapun memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, di mana calon PKR menang dengan majoriti lebih besar, selepas mengetepikan saingan daripada dua calon bebas.

Kerusi Parlimen: Kuala Terengganu (won by PAS), Bukit Gantang (PAS) and Permatang Pauh (PKR).

DUN: Bukit Selambau (PKR), Batang Ai (PRS), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), and Bagan Pinang (Umno).


7-Ibu segala skandal

Mereka menggelarnya sebagai ibu segala skandal. Keseluruhan projek boleh menelan RM12.5 bilion wang pembayar cukai dan nasib beberapa ahli politik yang pernah memegang kuasa, kini "berada di hujung tanduk".

PKFZ bermula pada 1999 sebagai projek berharga RM1.96 bilion untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai sebuah hub pengangkutan laut serantau. Pada 2007, ekoran masalah dan penyelewengan yang berlaku, memaksa kerajaan menyuntik RM4.6 bilion untuk menyelamatkan projek tersebut.

Hanya selepas BN dilanda tsunami politik selepas pilihan raya umum 2008 dan diekori pelantikan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai menteri pengangkutan, maka satu siasatan dalaman dilakukan ke atas PKFZ.

Selepas memenangi pertandingan sengit bagi jawatan presiden MCA, Ong berusaha untuk memulihkan imej dan kredibilitinya dengan
menumpukan kepada siasatan PKFZ.

Pelbagai jawatankuasa ditubuhkan dan hasil siasatannya yang turut membabitkan ahli politik dan pegawai kanan kerajaan, telah memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan perlu.

Siasatan kemudiannya dipindahkan dari kementerian pengangkutan kepada sebuah jawatankuasa tertinggi yang dianggotai beberapa
kementerian.

Akhirnya, dua tahun selepas skandal tersebut didedahkan, empat orang - tetapi bukan orang politik - telah diseret ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka dilihat sebagai "ikan kecil". Peguam negara berjanji lebih ramai akan diseret ke mahkamah selepas tahun baru.


8-Krisis MCA tiada penghujungnya

Sejarah 60 tahun MCA terus menerus diwarnai dengan perebutan kuasa. Dan krisis terbarunya tercetus ekoran pertembungan kumpulan penyokong Ong dengan puak pimpinan timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Walaupun Chua berjaya memenangi jawatan timbalan presiden MCA, tetapi skandal video seks berterusan menghantuinya.

Ong, dalam berdepan dengan lawannya, telah bertindak membuka semula siasatan terhadap scandal seks Chua dan memecatnya daripada parti. Walaupun hukuman tersebut kemudiannya dikurangkan kepada penggantungan keahliannya , tetapi ia gagal untuk menyekat penyokongnya mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Tetapi para perwakilan parti telah membuat keputusan mengejut kerana bukan sahaja meluluskan undi tidak percaya terhadap Ong tetapi juga turut menolak usul untuk mengembalikan Chua ke jawatan timbalan presiden. Turut muncul ialah cakap-cakap bahawa wujud kuasa ketiga dalam krisis MCA itu.

Pendaftar pertubuhan kemudiannya membuat keputusan bahawa Chua masih merupakan timbalan presiden MCA. Ong dan Chua kemudian bersetuju menerima pelan damai yang mendapat restu perdana menteri.

Bagaimanapun ia masih gagal untuk menamatkan krisis MCA apabila Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan penyokongnya mahu EGM kedua diadakan bagi mendesak supaya pemilihan baru parti diadakan.

Ini memaksa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan. Selepas beberapa pertemuan, Liow akhirnya bersetuju untuk membatalkan EGM dengan tanggapan bahawa puak-puak yang bertelagah akan mencapai kata sepakat bagi mengadakan pemilihan parti yang baru.

Bagaimanapun, Ong dan Chua tidak komited tentang pemilihan baru parti. Menurut perlembagaan parti itu, dua pertiga atau 21 daripada anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA perlu meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan. Ekoran itu, Liow dan 12 anggota CC, menyerahkan surat peletakan jawatan mereka. Tetapi beliau mungkin tidak memperolehi jumlah yang mencukupi untuk tujuan tersebut. Dan dengan itu, kemelut MCA berterusan.


9-Najib berdepan tugas berat
'
Apabila Najib mengambil alih kuasa menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, ia telah meniupkan semangat baru, khususnya dalam Umno.

Namun, Najib menaiki hirarki parti itu ekoran penolakan secara terbuka kalangan pemimpin dan ahli Umno terhadap kepimpinan Abdullah.

Dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri, terbukti telah memainkan peranan besar dalam membuka ruang untuk Najib melangkah masuk ke Sri Perdana.

Bagaimanapun, imej Najib telah tercemar dengan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu dan tuduhan bahawa beliau adalah 'dalang' di sebalik rampasan kuasa di Perak.

Bagi berdepan dengan keraguan rakyat itu, pada permulaan pentadbirannya, Najib telah membebaskan 13 tahanan ISA, termasuk
pemimpin Hindraf. Beliau juga berjanji untuk mengkaji semula akta tersebut.

Beberapa bulan selepas mengambil alih teraju pemerintahan negara, termasuk memperkenalkan konsep 1Malaysia, Najib terpaksa berdepan pula dengan tugas berat menerajui negara berdepan dengan kemelesetan ekonomi serta menangani kehendak golongan minoriti dan pada masa yang sama memastikan sokongan berterusan orang Melayu.

Dengan tahun 2009 akan melabuhkan tirainya Khamis ini, Najib berdepan dengan satu lagi masalah - kes kehilangan dua enjin jet pejuang bernilai RM100 juta - yang lesap ketika beliau menerajui kementerian pertahanan.


10-Perak berwajah dua

Tanpa ragu-ragu lagi bahawa berita terbesar tahun ini ialah rampasan kuasa di Perak. Negeri itu menjadi gelanggang perang politik dekad ini selepas BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.

Apa yang berlaku di Perak mempunyai implikasi besar di segi perundangan kerana keputusan mahkamah - sebahagian besarnya
menguntungkan BN - telah menulis semula amalan selama ini mengenai kuasa sultan, speaker DUN, Suruhanjaya Pilihan Raya dan menteri besar.

Ekoran itu, rakyat Perak kini berdepan dengan dua kerajaan negeri, dua speaker, dua menteri besar dan dua persidangan berasingan dalam dewan undangan negeri (DUN) yang sama.

BN enggan tunduk kepada desakan supaya diadakan pilihanraya negeri yang baru kerana mereka memegang kuasa di negeri itu, manakala saman Pakatan yang mencabar kesahihan kerajaan negeri BN akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada masa ini, semua pihak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan itu mengenai siapakan menteri besar Perak yang sah. Tetapi apa juga keputusannya, ia merupakan sesuatu yang sementara - penentu sebenar ialah para pengundi di Perak dalam pilihanraya akan datang. Berita asal

baca lagi......

Sabtu, 12 Disember 2009

M'sia negara 'sumpahan minyak'


Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan

baca lagi......

Rabu, 11 November 2009

Semoga Mendapat Redha Ilahi selalu

baca lagi......

Jumaat, 23 Oktober 2009

intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama'


Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA

baca lagi......

Jumaat, 16 Oktober 2009

Sujud Tilawah dan Sujud Syukur...

Sujud tilawah

sujud yang dilakukan di luar sembahyang apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca oleh diri sendiri atau didengar daripada orang lain.

Namun begitu sebarang bentuk rakaman seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun tiada.

Ayat sajdah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat sajdah ini.

Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut. Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan ‘sajdah‘ di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.



Syarat:

Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah:
1-Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita, pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi mashaf uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi quran al-majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut.

2-Suci dari hadas, iaitu tutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x (SuhanaLlah walhamduliLlah walailahaillaLlah waLlahuakbar).

Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.

3-Tidak lama masa di antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut dengan sujud tilawah yang hendak kita lakukan itu.

4-Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.

Rukun:

Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.


1-Niat beserta takbiratul ihram
2-Berdiri atau duduk
3-Sujud sekali
4-Salam pertama

Antara Perkara Sunat:
1-Angkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram
2-Bertakbir (Allahu Akbar) ketika turun untuk sujud
3-Membaca ayat sujud sajdah: ‘Sajada wajhialillazi…‘
4-Bertakbir ketika bangkit dari sujud
5-Salam yang kedua

Fadhilat:
Syaitan menangis semasa kita sujud.

Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.


Sujud syukur
*Hanya sekali sujud sahaja. ia disunatkan diluar solat sahaja, ketika seseorang itu mendapat nikmat dan terhindar daripada bahaya.
*Rukun dan syarat sujud syukur sama sahaja dengan sujud tilawah / sajdah

baca lagi......

Jumaat, 2 Oktober 2009

Persoalan FIDYAH ....


Ramai yang bertanyakan tentang cara membayar fidyah bagi orang yang tidak mampu berpuasa disebabkan keuzuran tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Di bawah ini secara ringkas penjelasan pandangan-pandangan ulama dalam persoalan ini dan diterangkan juga tentang kadarnya dalam KG supaya mudah difahami dan diamalkan

1. Mazhab Malik dan al-Syafie berpendapat kadar fidyah ialah satu MUD (مد) bagi setiap hari yang ditinggalkan. Inilah juga pandangan Towus (طاووس), Said ibn Jubair, al-Thauriy dan al-Auzaie.


2. Mazhab Hanafi pula berpandangan kadar fidyah ialah sebanyak satu SO’ (صاع) Tamar, atau Barli atau setengah SO’ daripada Gandum yang diberi makan kepada orang-orang miskin.


3. Mazhab Hambali pula berpendapat satu MUD gandum atau setengah SO’ Tamar atau Barli. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, jld 32, ms 67)Kadar Fidyah dalam KG


Para ulama nampaknya berbeza pendapat dalam menentukan kadar fidyah. Ada yang kata satu SO’, ada pula yang kata satu MUD dan sebagainya. Kadar SO’ dan MUD itu pula berbeza-beza berdasarkan tempat.


Secara ringkas:

1. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (Jld 1, ms 350), berdasarkan mazhab al-Syafie menyebut:“(Fidyah) ialah memberi makan (orang miskin) bagi setiap hari satu MUD daripada makanan asasi setiap tempat. Disedekahkan kepada orang fakir… Adapun satu MUD menyamai sukatan yang memenuhi dua tapak tangan (حَفْنَة : ملء الكفين), dan seberat satu Ritl (رِطْلٌ) 1/3 berdasarkan Ritl Baghdad, ia menyamai lebih kurang 600 gram.”


Di dalam kamus al-Ghaniy (الغني) menyebut: Ritl menyamai 12 Uqiyyah (أُوقِيَّةً) atau 500 gram, dan ianya berbeza berdasarkan negeri.


2. Di dalam lamanweb islam-qa.com pula menyebut kadar fidyah itu ialah setengah (1/2) SO’ menyamai lebih kurang 1 kg setengah. Ini berdasarkan mazhab al-Hambali.


Pandangan Ulama SemasaDr. Yususf al-Qaradhawi berkata:
والفدية: طعام مسكين.قدره بعض الفقهاء بمقدار (مد) وهو ربع صاع وبعضهم بصاع من تمر أو طعام إلا القمح، فجعل منه نصف صاع.وبعضهم رأى إطعام المسكين ما يشبعه وهذا عندي هو الأرجح، وهو الذي أفتى به الصحابة وعملوا به مثل أنس، فقد أطعم بعد ما كبر عاما أو عامين عن كل يوم مسكينًا خبزًا ولحما وأفطر
Maksudnya:"Fidyah: Memberi makan orang miskin.Sebahagian fuqaha' berpendapat kadar fidyah ialah satu MUD bersamaan dengan 1/4 SO', manakala sebahagian yang lain berpendapat 1 SO’ Tamar, atau apa-apa makanan tidak termasuk gandum, jika dengan gandum ia menjadi 1/2 SO'. Sebahagian yang lain pula berpendapat (membayar fidyah dengan) memberi makan orang miskin dalam kadar yang mengeyangkan mereka. Inilah pandangan yang lebih rajih (benar) di sisiku (Dr. Yusuf al-Qaradhawi).


Inilah yang telah difatwakan dan diamalkan oleh beberapa sahabat seperti Anas setelah dia uzur kerana tua selama setahun atau dua tahun dengan memberi makan setiap hari yang ditinggalkan seorang miskin dengan makanan roti (makanan asasi) dan daging.”

(sumber: al-Qaradhawi: Taisir al-Fiqh (Fiqh al-Siyam), ms. 70-71)


Cara membayar fidyah Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:
أما كيفية الإطعام، فله كيفيتان: الأولى: أن يصنع طعاماً فيدعو إليه المساكين بحسب الأيام التي عليه، كما كان أنس بن مالك -رضي الله عنه- يفعله لما كبر.الثانية: أن يطعمهم طعاماً غير مطبوخ، قالوا: يطعمهم مد بر أو نصف صاع من غيره، أي: من غير البر، ومد البر هو ربع الصاع النبوي... لكن ينبغي في هذه الحال أن يجعل معه ما يؤدمه من لحم أو نحوه، حتى يتم قوله تعالى: وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين
Maksudnya: “Adapun cara memberi makan (orang miskin), terdapat dua cara: Pertama: Membuat makanan dan menjamunya kepada orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkannya, sepertimana yang dilakukan oleh Anas bin Malik RA ketika beliau uzur disebabkan tua.


Kedua: Memberi orang miskin makanan yang belum dimasak satu mud Barli atau setengah so’ dari makanan yang selainya (terdiri daripada makanan asasi), satu mud Barli menyamai ¼ so’ al-Nabawi…


Sewajarnya disediakan juga bersamanya lauk seperti daging atau seumpamanya, agar tertunainya firman Allah: “Dan ke atas orang-orang yang tidak mampu berpuasa, hendaklah dia memberi makan orang miskin.


”Bolehkah menggantikan fidyah dengan memberi duit?


Para ulama berbeza pendapat dalam masaalah ini. Lebih utama adalah memberi makan kepada orang miskin sebagai mematuhi asal arahan Allah SWT di dalam al-Quran.


Namun jika ada kesukaran yang tidak dapat dielakkan bolehlah seseorang mengambil pandangan mazhan Hanafi yang membenarkan dikeluarkan wang sebagai ganti memberi makan. Pandangan ini disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.


Wallahu a’lam

baca lagi......

Masalah FIdyah

Dasar fidyah ialah firman Allah Taala:"..Dan wajib atas orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dsbnya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.." (al-Baqarah:184)Hukum fidyah:Hukumnya adalah wajib berdasarkan firman Allah taala di atas

Jumlah fidyah yang wajib dibayarJumhur ulamak mengatakan bahawa fidyah adalah sebanyak satu cupak makanan asasi di negeri tempatnya tinggal, untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan.


Sebab-sebab Fidyah:


1. Para ulamak bersepakat mengatakan bahawa orang yang tidak berdaya mengerjakan puasa, adalah wajib membayar fidyah. Seperti orang tua yang lemah dan sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa. Selain dari ayat al-Quran di atas, Ibnu Abbas ada menjelaskan bahawa perkara ini adalah satu rukhsah (keringan) dari ALlah Taala.


2. Para ulamak juga bersepakat mengatakan bahawa orang yang menderita sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh juga diwajibkan membayar fidyah. Dia tidak lagi diwajibkan berpuasa. Dasarnya ialah firman Allah Taala:"..Dan Ia tidak menjadikan kamu menganggung sesuatu keberatan dan susah oayah dalam perkara agama.." (Al-Hajj: 78)


3. Bagi perempuan yang hamil atau menyusukan anak yang bimbangkan keselamatan anaknya, dia dibenarkan berbuka. Juga diwajibkan mengqadha' puasanya itu. Dan.. Menurut jumhur ulamak, dia juga diwajibkan membayar fidyah untuk setiap puasa yang ditinggalkannya. Ulamak Hanafi berpendapat sebaliknya, di mana perempuan di atas tidak perlu fiidyah.Masalah: Jika khuatirkan keselamatan diri sendiri.Dalam masalah ini, hanya wajib qadha' sahaja, tidak fidyah. Inilah pendapat semua ulamak. Dalilnya ialah ayat al-Quran di atas.


4. Mereka yang lewat mengqadha'kan puasa Ramadhan, sehingga datang Ramadhan berikutnya juga diwajibkan fidyah. Ini adalah pendapat Jumhur ulamak.


Sedangkan Hanafi, tidak berpendapat begitu. Mereka berpendapat tidak perlu fidyah.Dan jika kelewatan qadhak puasa itu kerana uzur, tidak wajib fidyah.


Masalah: Apakah fidyah bertambah dengan pertambahan tahun?

Menurut pendapat Ashah (terkuat) Syafi'i, ya bertambah dengan pertambahan tahun.

Alasan mereka ialah, kewajipan yang berbentuk harta tidak boleh disekalikan (jamak/himpunkan sekaligus).Maliki dan Hanbali berpendapat tidak berganda dengan pertambahan tahun. Mereka menyamakannya dengan hukuman hudud yang dikenakan sekaligus.-------------


Masalah: Kelewatan qadha' puasa hingga datang Ramadhan berikutnya -


Fatwa al-QardhawiDr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa sebahagian imam berpendapat dalam kes ini diwajibkan mengqadha' puasa berkenaan dan membayar fidyah satu mud untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan. Satu mud bersamaan dengan setengah kilogram lebih sedikit.Katanya,


inilah mazhab Syafi'i dan Hanbali yang berdasarkan kepada amalan sejumlah sahabat. Manakala sebahagian para imam yang lain tidak mewajibkan fidyah. namun qadhak tetap wajib dilaksanakan.


Masalah: Pendapat yang perlu diikutAl-Qardhawi mengatakan bahawa memberi fidyah adalah satu amalan yang baik, tetapi jika tidak membayarnya insyaallah tidak ada dosa atasnya. Ini adalah kerana tidak ada satupun riwayat yang sahih mengenainya dari Nabi s.a.w.


Kami berpendapat, kita di Malaysia ini, tidak ada salahnya kita beramal dengan mazhab Syafi'i, iaitu membayar fidyah atas kelewatan qadha' puasa.


Masalah: Ragu-ragu tentang jumlah puasa yang ditinggalkan

Hendaklah mengikut dugaannya yang lebih kuat dan yang lebih diyakininya. Namun, untuk menenangkan hatinya dan agar seseorang itu selamat dalam agamanya serta bebas dari tanggungan, maka hendaklah dia menentukan jumlah yang lebih banyak. Kerana ini akan mendapat tambahan pahala dan ganjaran.Sekian, wallahu a'lam.

zain y.s


Rujukan:

Mughnil Muhtaj, vol. 1, al-Khatib al-SyarbiniBujairimi Alal Khatib,vol. 2,

al-BujairimiI'anah al-Thalibin, vol 2,

al-SyathaFatawa Muashirah, vol 1,

al-Qardhawi Bidayatul Mujtahid, vol. 1,

Ibnu Rusyd

baca lagi......

Khamis, 30 Julai 2009

Masalah Khilafiah

http://ustazshauqi.blogspot.com/


Tadi ada seorang sahabat telefon saya untuk berbincang mengenai masalah yang berlaku di suraunya iaitu perpecahan yang ketara dalam kalangan jamaah sehingga ada yang mengambil sikap untuk tidak datang berjemaah di surau. Punca masalah tersebut ialah berlegar pada masalah khilafiah.

Contohnya , apabila imam membaca doa qunut semasa solat subuh


maka terdapat dalam kalangan jemaah yang menyatakan bahawa perbuatan imam itu tidak wajar kerana bercanggah dengan sunnah nabi.



Jelas sekali, apa yang berlaku menunjukkan betapa tidak fahamnya segelintir umat Islam terhadap masalah khilafiyyah. Sepatutnya isu seumpama ini tidak timbul lagi dalam suasana umat Islam menghadapi ancaman yang lebih besar dari musuh-musuh Islam. Ubat kepada masalah ini ialah ilmu iaitu hendaklah menuntut ilmu dengan lebih luas dan jangan taksub dan fanatik pada guru-guru tertentu sahaja.





Sabda nabi bermaksud: "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka akan difahamkannya perkara agama".



Justeru, dinukilkan di sini sebahagian dari tulisan Ust Saleh Hj Ahmad yang bertajuk "Khilaf Ulama Dalam Hukum Fiqh: Sebab dan Adab-Adabya" terbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang sebagai rujukan dan panduan.

KAEDAH MENANGANI MASALAH KHILAFIYYAH

Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa hukum-hukum fiqh ada yang disepakati para imam mujtahidin, ada yang hanya disepakati di kalangan ulama’-ulama’ mazhab berkenaan sahaja, ada yang berlaku khilaf di antara imam-imam mujtahidin dan ada juga berlaku khilaf di kalangan ulama’-ulama’ dalam mazhab yang sama.Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di atas kerana khilaf dalam perkara ijtihad dan hukum yang berasaskan kepada dalil-dalil zanni adalah suatu perkara yang tabi’iy bahkan pasti berlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelum ini.

Seruan untuk menyatukan mazhab-mazhab fiqh adalah suatu yang lucu, justeru memaksa orang lain meleburkan atau mengorbankan pandangan ijtihadnya untuk berada dalam satu mazhab sahaja.Ini tidak mungkin bahkan ianya bercanggah dengan konsep dan tuntutan ijtihad kerana seorang yang mampu berijtihad dan beramal dengan hukum yang dihasilkan oleh ijtihadnya bahkan tidak harus ia bertaqlid atau berpaling dari mazhabnya kepada pendapat orang lain.

Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat ulama’ mujtahidin yang menjadi pilihannya.

ADAB AL-IKHTILAF

Sebagai seorang muslim, kita perlu menghayati akhlak-akhlak Islamiyyah dalam semua keadaan sebagaimana yang diajar kepada kita oleh Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah. Adapun adab atau etika dalam berhadapan dengan masalah-masalah khilafiyyah khususnya bagi kita yang bukan ulama’ mujtahidin perlu sekali diberi penekanan agar tidak menimbulkan porak peranda dan kecelaruan dalam masyarakat.

Justeru itu penulis merasakan penting perkara ini diberi perhatian sewajarnya.

1. Setiap orang mesti membersihkan dirinya dari sebarang sentiment ta’asub mazhab secara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai factor memecahbelahkan Islam dan bukan sebagai agama-agama yang menasakhkan Syariat Islam, bahkan ia merupakan sebagai aliran pentafsiran dan pemahaman Syariah. Ia juga merupakan metod dan kaedahdan kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum. Kesemuanya bertujuan untuk mengetahui hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

2. Kita tidak harus merasa sempit dada dengan sebab wujud perbezaan mazhab kerana perbezaan dalam pemahaman dan istinbat adalah suatu perkara lumrah dan tabi’iy bagi akal manusia, maka sudah pasti akan berbeza dalam istinbat dan fahaman. Bahkan kita boleh berbangga dengan perbezaan ilmu fiqh yang ditinggalkan kepada kita sebagai suatu perbendaharaan fiqh yang amat berharga. Ia juga merupakan sebagai bukti betapa berkembang subur dan hidupnya fiqh, betapa luasnya pemikiran para fuqaha’ kita yang agong dalam melaksanakan kewajipan mereka memberi khidmat kepada Syariat Islam yang mulia.

3. Kita wajib menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh ulama’- ulama’ mujtahidin dalam berbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan mereka dan kita percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul ataupun salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan mereka.

4. Kita tidak harus memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalah khilafiyyah.

5. Kita tidak harus menentang amalan-amalan khilafiyyah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang kita anuti. Sebaliknya kita hendaklah menentang amalan-amalan yang bercanggah dengan hukum- hukum yang disepakati para ulama’. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah:“ لاينكر المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه “Maksudnya : “Tidak atau jangan dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha’. Dan sesungguhnya yang perlu dibantah ialah perkara munkar yang disepakati ulama’ atas pengharamannya”

6. Kita mesti beradab dengan ulama’ yang berbeza pandangan dengan kita, jangan celupar mulut melempar tuduhan kalimah bid’ah dalalah ke atas amalan-amalan yang khilafiyyah.

7. Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapatnya sebagai sesat, pembuat bida’ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing ada hujah dan alasan yang perlu kita hormati.

8. Kita jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang berlagak alim besar menghentam ulama’-ulama’ silam yang tidak sealiran dengan mereka, sambil menyeru masyarakat menentang amalan-amalan yang sudah mantap dalam masyarakat sedangkan amalan itu khilaf ulama’ padanya. Lebih dahsyat dari itu terdapat sebahagian mereka yang biadap menyeru supaya membakar kitab-kitab tua atau jawi lama kerana menurut pandangan mereka kitab-kitab tersebut menyesatkan. Subhanallah.

9. Kita sebagai seorang pendakwah, guru atau imam harus bijak dalam menangani masalah khilafiyyah. Amat bodoh kalau seseorang pendakwah membangkitkan perkara yang remeh-temeh dan khilafiyyah dalam ceramah-ceramahnya kerana ini boleh menimbulkan perpecahan dalam masyarakat dan tuduh-menuduh antara satu sama lain.

10. Sebagai seorang pendakwah, kita perlu memfokuskan syarahan dan pengajaran kepada persoalan pokok yang perlu kita berganding bahu dalam membangun atau meruntuhnya. Sepertimana yang diungkapkan oleh Syaikh Abd al-Rasyid Ridha:“ نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه “Maksudnya : “Saling bantu-membantu di antara kita dalam menegakkan perkara yang kita sepakati dan saling bertolak ansur dan bermaafan di antara kita dalam perkara khilafiyyah”.

11. Mengelak dari melakukan masalah yang dipertikaikan memang digalakkan berdasarkan kaedah fiqhiyyahالخروج من الخلاف مستحب( Keluar dari khilaf itu digalakkan)

BEBERAPA CONTOH MASALAH KHILAFIYYAH
1. Membaca doa Qunut.
2. Sembahyang sunat qabliah Maghrib.
3. Sembahyang sunat qabliah Jumaat.
4. Talqin mayat setelah dikebumikan.
5. Bacaan al-Qur’an dan tahlil dihadiahkan pahalanya kepada si mati.
6. Fidyah sembahyang.
7. Berwirid secara jama’ah selepas sembahyang fardhu.
8. Batal wuduk dengan sebab sentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
9. Membaca Usalli atau melafazkan niat sebelum takbir.
10. Bilangan rakaat sunat tarawih 20 atau 8
11. Membaca surah Yasin pada malam Jumaat
12. Maulid al-Rasul s.a.w.
13. Membaca Sayyidina dalam Salawat.
14. Imam berdoa lepas solat jama’ah dan makmum mengaminkannya.
15. Aqiqah dengan kambing sahaja.
16. Menyapu muka selepas memberi salam dan membaca:“ أشهد أن لا إله الاهو الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عنى لهم والحزن ““ بسم الله الذى لا إله الاهو الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عنى لهم والحزن
“KESIMPULAN
Perbahasan masalah khilafiyyah ini tidak wajar diperbesarkan dan saling menyalahkan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi menghukum bid’ah, khurafat dan kafir. Ini kerana khilaf dalam masalah furu’ suatu yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting bagi umat Islam ialah berganding bahu menegakkan Syariat Islam dalam diri, rumahtangga, masyarakat dan negara. Seterusnya memerangi kemaksiatan dan kemungkaran yang disepakati dan bekerja keras menegakkan yang ma’ruf yang diijma’ ulama’ di samping berlapang dada dan bertolak ansur ketika menghadapi perkara-perkara khilafiyyah dalam semangat persaudaraan Islam dan kesatuan ummah

baca lagi......

Khamis, 2 Julai 2009

Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa



Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:
"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini.

Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya,


walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.


Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.Latarbelakang PeribadiMengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).Berbeza PendapatSebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya.


Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:

Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.

Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.

Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.

Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.

Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing. Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi. Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008.


Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya.


Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO)

baca lagi......

Ahad, 17 Mei 2009

(265) Nizar vs Zambry - Pas MUNAFIK ? (update)


Saturday, May 16, 2009

Malam tadi baca Yaasin lagi. Itu untuk kekanda Sultan. Habis baca Yaasin, terus dengan majlis tahlil untuk arwah ibubapa wak pulak di masjid. Malam tadi juga ada tamu istimewa datang ke majlis wak. BERG !! Terima kasih kerana sudi datang dan jumpa wak buat pertama kali walaupun dalam hujan dari USM Penang.


Sori Berg..hang kena jumpa wak di masjid, bukan di meja hotel 5 bintang..wakakaka..!! Wak tanya, aduka tak ikut sekali ker? Tak ! katanya. Pasal apa ? Dia ada hal kena settle kat Gunung Semanggol. Wak bantai gelak..wakakaka..!! Ini mesti hal jin peliharaan tak cukup makan. Wak tanya, dia ada cakap ker asap rokok apa yg dia nak bagi kat jin dia ? Kalau setakat asap rokok gulung, buang karan ajer..

kurang-kurang pun Dunhill 2o batang sekatun..baru betul mantap !Tapi kat bawah ni wak nak perasap, komen sesedap rasa saja. Ingat wak ni 'papan tanda' jalan ker ? Keras dan tak reti nak jawab. Ni wak nak jawab, tolong baca sampai habis..samdol ni guna gantinama 'dap kafir',ini


komen dia..dap kafir said...
Dah dapat undi sikit dari orang kafir baru nak rujuk zaman Rasulullah. Tu yang dok kafirkan umno bekerjasama dengan mca dan mic rujuk sapa pulak ? Nak berpolitik, berpolitiklah tapi jangan jual maruah Islam kepada kafir


Bila sorang keling baru tanya tentang puasa sunat dah heboh, yang dok maki hamun saudara satu agama satu bangsa tak sedar diri.. MUNAFIK!

Ini jawapan Wak,

dah dapat sikit undi dr org kafir baru nak rujuk zaman Rasulullah,tu yg dok kafirkan umno bekerjasama dgn mca dan mic, hangpa rujuk sapa pulak?

Memanglah DAP tu kafir. Hang kata kami dapat sikit undi, maknanya Umno masih dapat banyak undi kafir la kan ? Cukup itu dulu. Ini nak bagitau pulak pada zaman Rasululullah, (Seerah Rasulullah) bila kita rujuk bab berkawan dengan kapir ni, kita kena tau pulak kapir macam mana yang buleh kita berkawan dan kapir macam mana pulak yang kita kena tentang.


Nak tahu kapir mana yang buleh kawan dan tak buleh kawan kena tengok pulak kapir ada berapa golongan ?


Paling asas kapir ada dua golongan, satu kapir harbi satu lagi kapir zimmi. Kapir harbi ni nak bagi tahu kat hang, jenis golongan kapir yang memang tak suka islam, bermusuh dengan islam, serta menentang islam.


Manakala kapir zimmi pula, yang sejenis lagi tu pulak adalah kapir yang faham islam, tak bemusuh serta tidak menentang islam. Dah boleh faham setakat ni ? Takpa wak sambung lagi..tak paham lagi...laa tu !!Yang buleh kita kawan jenis zimmi ni laa.


Dulu, DAP ni dia temasuk golongan harbi, pasai tu kami tak mau kawan, bila dia dah paham sikit-sikit pasal Islam, kita pun kawan dengan dia laa..dan masa yang sama kami cerita yang elok-elok pasal islam.


Dulu DAP kapir harbi, bila kawan dengan kami dia jadi zimmi, bukan macam hangpa (UMNO), hangpa dok kawan dengan kapir bukan nak bagi kapir suka dengan islam,


hangpa takutkan depa dengan islam sampai MIC & MCA kata kalau sokong Islam nanti kepala atas bawah semua kena potong, sapa yang cerita benda ni kalau bukan hangpa ! Mangkaq !Satu lagi kami tak pernah kapirkan hangpa pun, yang kata UMNO kapir pun dah masuk UMNO dah..pi la tanya Dato' Nakhaie Ahmad. Dia kan ada dalam Umno, dah jadi ahli Umno, pi la tanya dia !


Kalau kata Amanat Tok Guru Haji Hadi pun, dia tak kata orang UMNO kapir, dia kata dasar UMNO yang sama dengan dasar kapir, yang main isu kapir ni itulah suratkhabar hangpa la jugak , bukankah suratkahabr hangpa yang bagitau kat hangpa PAS kapirkan hangpa ?


Jadi istilah kapirkan UMNO ni datangnya daripada siapa kalau bukan dari UMNO yang spin media !Bila sebut ciri-ciri parti sekular hangpa pun terus terasa dikapirkan.


Mana la kami tau, yang tau kapir ker tidak hangpa la...sebab tu Rasulullah sebut " Antum A'lamu Biduniakum" yang maksudnya, "..kamu lebih tau pasal dunia kamu !


Nak rujuk mana, rujuk la kitab-kitab usul feqah, kaedah feqah. Kami cadangkan kat hangpa pi baca buku Feqah Dawlah karangan Prof Dr Yusof Qardhawi. Tau ka Feqah Dawlah tu apa dia ?Jikalaupun ada ahli dia (DAP) yang tak kapir, tapi dasar parti/perlembagaan dia tetap sekular macam Umno la jugak, tak percaya ?


Cuba rujuk perlembagaan UMNO fasal 3(3) asas dan tujuan UMNO kemudian rujuk pulak perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan!, hang mesti jumpa punya..itupun kalau hang pi rujuk.


Wak nak bagi tahu ni, kami ni dari mula PAS ditubuhkan memang dah rujuk zaman Rasulullah pun, cuma hangpa baru-baru ni ajer baru tau kata kami rujuk zaman Rasululullah. Ni wak nak perbetul sikit la ayat tu...yang paling tepat ialah rujuk sumber dari Seerah Rasulullah..baru la betul.

dap kapir tulis lagi, Nak berpolitik, berpolitiklah tapi jangan jual maruah islam kpd kafir La..


ni kami nak tanya hangpa, apa dia yang kami dah gadai, dan apa dia yang dah kami jual? Cuba beritahu dengan fakta sekali dan kami pun nak tanya hangpa juga, yang kununnya hebat mempertahankan maruah Islam.


Bila Menteri Kabinet yang diketuai Najib kata 3 orang anak yang asalnya beragama Hindu, dan bila bapak dia masuk islam dengan anak dia, kemudian menteri Umno kata ketiga-tiga anak itu kena serah kepada agama asal, yang tu jaga maruah Islam ka ?


Bila PAS kata akan laksana hudud (sebenarnya tanggungjawab semua orang islam untuk laksana termasuk UMNO), mula-mula ya..DAP pun tak suka ( mana nak suka pasal dok kena bohong dengan UMNO)


sekarang ni depa dah open, tiba-tiba MCA & MIC pulak hantar memorandum bantahan kepada PAS. Yang peliknya UMNO yang majoriti islam tak bantah sikit pun kawan-kawan kapir depa ni pi hantar memo bantah hudud, UMNO bukan Islam ka ? Yang biar kawan-kawan depa terus tak suka hudud ! Atau ada sebab lain ? Hangpa jawab la..kami tak tau sebab lain tu apa?

Ingat lagi dulu punya kes, kes yang berkaitan satu sekolah dimana cikgu-cikgu suruh murid-murid baca doa sebelum mula pengajian, tiba-tiba ada sorang dua orang bukan islam bantah (bukan semua),


maka Hishamuddin, masa tu Menteri jaga budak-budak ni kata hentikan baca doa sebelum mula mengaji. Ini ker yang jaga maruah islam ?

Sekolah agama rakyat hangpa pi tarik balik perkapita sampai banyak SAR lingkup, hangpa buat ni pasai nak jaga maruah islam ka ? Cukup yang ni dulu ! Harap dap kapir dah boleh faham kot ? Tak boleh jugak...?? Wak sambung lagi...baguih betul wak ni layan hang noo ! Takpa kalau hang boleh faham, pahala untuk wak...kalau hang tak paham2 jugak..bala untuk hang, pahala tetap untuk wak ! InsyaAllah.

Bila sorang keling baru tanya ttg puasa sunat heboh,


yg dok maki hamun saudara seagama dan 1 bangsa tak sedar diri, Awat la yang hangpa jeles sangat, kami tak pernah buat 'Jom Heboh' pun untuk nak bagitau kata ada orang india mai tanya pasal puasa sunat, hangpa la yang dok heboh. Kami biasa saja..tulis dalam blog nak kongsi ilmu sama-sama. Awat yang hangpa dengki kelawaq ni pasai apa ?


Pasal si keling tu tak tanya kat UMNO ? Tobat marhom dia tak akan tanya, pasal dah lebih 50 tahun depa kena bohong dengan hangpa ! Depa pun tau, nak tanya pasal islam, tak kan nak tanya dengan orang yang lawan islam ?


Memang tak buleh pakai punya !Maki hamun sedara seagama ? Amboi..mudah-mudah saja hangpa kata kami maki hangpa no, bila kena batang hidung hangpa ! Hangpa maki siap sebut lucah dan kotor, habis semua organ sulit laki perempuan hangpa pi selak, tak paa pulak ?


Yang "perak bangkit" dan bloggers UBN yang lain dok maki hamun kami, sah-sah hangpa tak kata maki kan, itu apa ? Dah tu hangpa kata untuk membela maruah Islam? Ayoyoyo..sudah la (dap kapir), hangpa ni dok ulang ayat yang sama saja bertengkar dengan kami ni, pasal berkawan dengan kapir ni kami dah letih habaq dah tapi hangpa tu saja yang tak reti-reti.Yang tak sedar diri tu hangpa la, kalau hangpa sedar diri hangpa tak kata kat kami " munafik ", hangpa tau ka munafik tu apa dia ?


Kami ni habeh-habeh nak tegor hangpa pun, kami sebut ciri-ciri munafik saja, tak dak kata terus munafik, pasal kami tahu had-had nak kata munafik nih..tapi hangpa siap kata "munafik" . Dasat hangpa noo !! Maknanya hangpa tau sungguh kami ni munafik..kalau tau sungguh kami munafik, kira hebat la..pasal Rasulullah pun bila nak tegor orang-orang munafik, dia sebut ciri-ciri saja bagi orang tu terasa. Apabila sahabat bertanya, pasal apa tak kata si fulan tu munafik ?


Rasululullah kata hanya ada padanya ciri-ciri saja pasal munafik ni benda dalam hati. Maka tugas memerangi munafik ni cukup dengan menyebut ciri-cirinya, bila dia terasa dan kalau dia sedar dia akan berubah.


Wallahuaklam.

baca lagi......

Jumaat, 17 April 2009

HUKUM ORANG KAFIR MEMBACA AL-QURAN

HUKUM ORANG KAFIR MEMBACA AL-QURAN

Baru-baru ini timbul isu berkenaan orang bukan Islam membaca atau membacakan ayat al-Quran dalam ceramah. Ada yang sampai membuat laporan polis. Ada yang berpendapat orang kafir mesti ditegah daripada membaca ayat al-Quran dalam ceramah mereka kerana ini menghina Islam. Ada yang mengatakan orang kafir haram membaca ayat al-Quran kerana makhrajnya salah. Mengeluarkan sesuatu pendapat haruslah bersumberkan dalil dan rujukan, bukan berdasarkan emosi dan perasaan.

Mereka mendakwa bahawa orang bukan Islam tersebut membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya bertujuan untuk menghina Islam.

Adakah orang yang mendakwa itu begitu hebat sehingga mampu membaca hati orang lain?. Kita tidak tahu apa niatnya. Kita tidak berupaya membaca hati orang lain sehingga mampu menyelami niatnya. Kita hanya boleh membuat penilaian berdasarkan apa yang nyata, hanya Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi di hati.

Saya sempat mendengar ceramah tersebut secara langsung. Ternyata pada zahirnya, tiada tanda atau gaya atau nada yang menunjukkan penceramah tersebut membaca ayat al-Quran bertujuan menghina Islam. Malah apa yang dapat saya katakan ini adalah suatu kemajuan yang positif dari sudut dakwah, kerana orang bukan Islam sudah mula berjinak-jinak dengan Islam dan sudah mula mesra dengan al-Quran. Selama ini mereka berprasangka buruk terhadap Islam dan al-Quran. Dahulu mereka fobia kepada Islam. Tetapi kebelakangan ini, mereka sudah membuka ruang hati mereka untuk mendekati Islam dan merujuk kepada al-Quran.

Mengapa harus mereka dilarang, sepatutnya mereka diberi ruang.Kalaulah makhraj dan sebutan salah yang dirunsingkan, maka apakah orang Islam sendiri semuanya membaca ayat al-Quran dengan makhraj yang betul dan mengikuti hukum tajwid yang tepat?. Adakah semua orang Islam fasih membaca al-Quran tanpa merangkak-rangkak?. Untuk mempertingkatkan mutu sebutan dan bacaan tentu memakan masa. Sekurang-kurangnya orang bukan Islam itu telah berusaha untuk membaca ayat tersebut setakat yang termampu.

Setakat yang saya dengar, terjemahan ayat yang dibacakannya dalam ceramah itu adalah betul. Melalui terjemahan ayat, diharap moga-moga dia akan dapat memahaminya. Manalah tahu pada suatu hari nanti, dia akan terbuka hati untuk memeluk Islam. Setidak-tidaknya dia mempunyai pandangan yang positif terhadap Islam.

Berkaitan isu ini, saya berpendapat ulama-ulama silam dalam fatwa mereka lebih terbuka dan berpandangan jauh, berbanding sesetengah golongan yang mendakwa kononnya mereka bertamadun (hadari) tetapi sebenarnya jumud fikiran. Mereka sepatutnya menampilkan Islam kepada orang bukan Islam dengan gaya yang ramah, bukan dengan nada yang marah, mendekatkan mereka kepada Islam, bukan menjauhkan mereka daripada Islam.

Di sini saya petik beberapa pendapat ulama-ulama silam yang bermazhab Syafii berkenaan hukum orang kafir membaca al-Quran. Fatwa-fatwa mereka ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan dakwah terhadap non-muslim pada masakini.

Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan ;“adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada membaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan yang demikian, sebagaimana kata al-Mawardi” (Mughni al-Muhtaj, jilid 1, halaman 72)Pengarang kitab I’anah al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut :“maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk Islam” I’anah al-Talibin, jilid 1, halaman 85)

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari berkata :“dan hanyasanya ditegahkan kafir daripada menyentuh mashaf karena haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis bersalahan dengan membaca Quran karena harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis” (Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112)

Syeikh Daud al-Fatani berkata :“dan keluar dengan kata muslim orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran karena tiada ia iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan Islamnya” (Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49)

Sumbangan oleh;Ustaz Azmi Ahmad

baca lagi......

Ahad, 1 Mac 2009

Serangan bermula esok....MALAYSIA

Bulan Februari hampir berlalu dan episod menyedihkan seperti pengkhianatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan rampasan kuasa di Perak bolehlah dijadikan iktibar kepada penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Anggaplah bulan Februari sebagai bulan pembersihan dan bulan Mac pula sebagai bulan menyerang. Asyik-asyik kena serang je, eloklah kita pilih strategi menyerang dan ramai yang bersetuju menyerang adalah pertahanan yang terbaik.Ketika ini Pakatan Rakyat teruk diasak bertubi-tubi oleh pelbagai fitnah dan tohmahan seperti derhaka, pengkhianat dan macam-macam lagi label yang diberikan oleh media totok UMNO.

MB Selangor terpaksa berdepan dengan SPRM berhubung pertuduhan rasuah dan salahgunakuasa. MB Perak digulingkan setelah 3 ADUN Pakatan Rakyat belot. KM Pulau Pinang diasak dengan tuduhan anti Islam. MB Kedah terpaksa menangkis fitnah exconya membuat surat layang menghina Sultan Kedah dan MB Kelantan cuba dimalukan oleh Raja Katak, Ibrahim Ali.

Najib memerlukan modal besar untuk menghadapi Pemilihan UMNO pada Mac depan dan kejayaan merampas Perak secara haram belum memadai baginya. Selangor kini cuba diintainya dan tengah menunggu peluang untuk merampasnya secara haram.

Tindakan Tan Sri Khalid mendedahkan segala penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Khir Toyo telah mengejutkan puak-puak UMNO di Selangor dan khabarnya jika didakwa di mahkamah peluang Khir Toyo untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO makin tipis. Senang hatilah Mukhriz dan Khairi pasal saingan korang dah tumbang.

Tok nak cadangkan sedikit penambah baikan kepada Tan Sri Khalid supaya membongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh Muhamad Taib, bekas MB Selangor dan Ketua Penerangan UMNO.

Kerjasama rakan-rakan bloggers diperlukan dan sebagai permulaan insiden letupan kilang mercun yang beroperasi secara haram di Sungai Buloh dan telah menggorbankan belasan nyawa perlu disiasat semula oleh SPRM.Benarkah dakwaan Mat Taib@Mike Tyson memiliki saham di dalam Syabas dan lain-lain syarikat pembekal air sehingga rundingan air di antara kerajaan negeri Selangor dengan syarikat-syarikat pembekal air ini gagal.

Biarpun tawaran yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor itu berpatutan iaitu dengan nilai keuntungan yang bakal mereka terima sebanyak 12%. Khabarnya syarikat-syarikat pembekal air ini mahukan keuntungan 300%. Tokey judi kat Gentingpun tak dapat keuntungan sebanyak ini. Memang proksi Mat Taib tamak dan sanggup menyusahkan rakyat Selangor. Eloklah dibuat laporan kepada SPRM agar persepsi Suruhanjaya itu lembu UMNO tidak benar?

Mulai bulan 3 ini tok cadangkan bloggers semua membentuk kesatuan di peringkat nasional dan kita sama-sama mengumpul bukti dan mendedahkan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Hishamudin yang terpaksa berdepan dengan tentangan hebat daripada PAS, PKR, NGO-NGO seperti Gapena, PIBG, tokoh-tokoh akademik yang membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dan BI.Gerakan ini atau GMP perlu diperhebatkan dengan sokongan kesatuan sekerja seperti CEUPACS, NUTP dan MTUC. Pemimpin-pemimpin mahasiswa juga perlu menyahut seruan memartabatkan semula Bahasa Melayu dengan menyokong GMP.

Pada 7 Mac, jika kita benar-benar menyokong GMP, marilah kita beramai-ramai menyertai demonstrasi yang diadakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Soal demonstrasi haram atau tidak tidak timbul kerana UMNO sering mengadakan demo, siap bawa budak-budak sekolah lagi.

Jika UMNO membantah,kita paparkan semula gambar UMNO buat demo dengan kanak-kanak. Jangan lupa CEO TNB, Che Khalib dapat award CEO of the yearpun pasal anjurkan demo bantah pembinaan Carrefour di Kota Damansara. Siap bawak budak sekolah lagi dan TV3 ada menyiarkan demo itu di dalam Buletin Utama.Tok juga nak minta rakan-rakan bloggers mengumpulkan bukti berapa banyak sekolah di seluruh negara yang terbengkalai dan lewat untuk disiapkan.

Setahu Tok kaum keluarga Hishamudin juga diberikan projek menyiapkan lebuhraya DUKE bernilai berbilion ringgit dan tok seperti warga Malaysia yang lain nak tahu ada tak kaum kerabat Hishamudin terlibat dengan projek membina bangunan-bangunan sekolah. Mungkin ramai yang tidak tahu Hishamudin adalah sepupu kepada Najib, TPM @ Menteri Kewangan.Rakyat tengah sengsara dengan kemelesetan ekonomi,ramai yang menganggur,korang pulak perabih duit rakyat.

Mulai tahun ini,berapa banyak Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh membazirkan duit rakyat dengan mengindahkan bangunannya dan kita mulakan dengan negeri Pahang kerana Najib pernah jadi MB di sini. Eloklah solan ini semua ditanya oleh MP-MP Pakatan Rakyat dan didedahkan di dalam blog-blog. Tak kena gaya Hishamudin akan disiasat oleh SPRM dan besar kemungkinan tak dapat bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Hishamudin bolehlah diibaratkan orang kanan kepada Najib.

Tok nak cadangkan MB Kedah menurut jejak langkah MB Selangor mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika memerintah Kedah.Tok heran UMNO Kedah yang sibuk memainkan isu surat layang menghina Sultan Kedah. Korang kata Exco Kedah yang tulis surat tu. Kalau betul apasal korang tak buat report polis dan dedahkan nama exco tu. Nampak sangat nak buat modal untuk kempen Pilihanraya Kecil Bukit Selambau. Korang sekarang dah kamceng dengan polis, eloklah pindahkan aje cawangan korang kat balai polis. Jangan sampai rakyat menyampah nanti ada pulak kambing, baghal atau keldai yang dihantar di balai polis. Baghal@keldai@ kambing tu pulak ada tulis nama PDRM. Macam yang berlaku kat Shah Alam hari tu.Di Perak pula,hampir pasti BN nak boikot sidang tergempar DUN Perak.

Eloklah macam tu. Bolehlah kita bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh Perak. lepas tu MB haram zombie boleh pencen. Korang agak-agak SPR nak ke isytiharkan pilihanraya. Bab ni tok musykil sikit. Tok dengar citer di Selangor jika MB Selangor dipenjarakan, Sultan akan menolak calon yang dikemukakan oleh PKR dan menerima Dr Hasan Ali sebagai MB yang baru. Jika ini berlaku huru-haralah negeri Selangor seperti yang berlaku di Perak dan jalan penyelesaian terbaik selepas ini Dr Hasan Ali tolak tawaran itu dengan berhemah dan serahkan kepada PKR pilih calonnya. Selepas ini untuk menunjukkan korang semua bersatu, buatlah khidmat komuniti bersama-sama.

Semua ADUN PKR, PAS dan DAP turun padang menyertai program ini.Najib tika dan saat ini sibuk membina kemnya di Pahang dengan menjadikan Ismail Said, MP Kuala Krau sebagai orang kanannya. Setahu tok UMNO Bahagian Kuala Krau hari tu mencalonkan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda dan bukannya Mukhriz yang dipilih Najib kerana Mukriz anak Mentornya Tun Dr Mahathir. Kau jangan salah pilih geng sudahlah najib. Setahu Tok juga ada sumber yang mendedahkan Khir Toyo telah memberikan rasuah kepada perwakilan UMNO di Kuala Krau untuk mencalonkannya. SPRM siasat ke tidak perkara ini?Khabarnya Najib akan melantik Ismail sebagai Menteri kerana sebelum ini kempunan tidak dicalonkan sebagai timbalan menteri biarpun dah 2 penggal jadi MP. Ismail Sabri 2 penggal jadi MP Bera dah dapat jadi Menteri Belia dan Sukan. Saifuddin Abdullah baru jadi MP Temerloh dah jadi timbalan menteri. Ada sumber memberitahu nama Ismail dah dicalonkan Tok Nan dan disingkirkan di saat akhir kerana Rosmah nakkan kawan baiknya Maznah jadi timbalan menteri. Ismail Said pernah menjadi Ketua Pemuda Pahang dan exco Pemuda Malaysia ketika Hishamudin menjadi Ketua Pemuda.

Khabarnya Tok Nan MB Pahang akan digantikan oleh calon pilihan Najib, Shakar Shamsudin kerana beliau orang Pak Lah dan ADUN Kerdau, Zaharudin Kasim juga turut menerima tempiasnya kerana mempunyai hubungan erat dengan Pak Lah dan pernah menjadi Ketua Penaja UMNO Putrajaya. Ramailah orang Pak Lah dan Khairi yang akan dicantas oleh Najib setelah beliau menjadi PM.Kem Najib jugalah yang memerangkap Norza Zakaria. orang kuat khairi dengan pertuduhan rasuah dan kem Najib jugalah yang mencantas Wan Farid, seorang lagi hulubalang khairi sehingga tewas dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.Persaingan di antara Khairi dan kem Najib belum tamat kerana khairi baru sahaja mendapat tonik baru setelah mendapat sokongan ketua pemuda Johor, Datuk Razali Ibrahim. Ketua Pemuda WP, Perak, Kelantan dan beberapa negeri lain turut menyokong Khairi.Kem Najib yang selama ini menyokong Mukhriz terpaksa bekerja keras dan dalam persaingan hebat ini siapa yang tewas akan kehilangan semuanya dan eloklah korang mintak borang masuk PAS atau PKR. Kalau malu, korang boleh mintak borang keahlian DAP.

Pemilihan UMNO semakin hebat dan setelah Konvensyen BN ditangguhkan, ramai yang menjangkakan pemilihan UMNO turut ditangguhkan bagi menghadapi PRK di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.Jika Pak Lah berundur sekarang, masa depan politik Khairi dijangkakan akan berakhir. Masa depan anaknya, Kamarudin sebagai jutawan segera juga akan berakhir.

Scomi akan jadi maggi mi. Pak Lah juga yang gigit jari. Paling suspen apakah orang kuat Khairi seperti Ismail Sabri dan Saifuddin Abdullah akan lompat menyertai kem Najib yang dianggotai Jamaluddin Jarjis, Ismail Said, Hishamudin, Zahid Hamidi, Shakar Shamsuddin.

Kita sama-sama tunggu dan lihat. --

baca lagi......

Rabu, 25 Februari 2009

Apa sebenarnya isu di Perak ni? mari kita tgk....

Oleh kazrat


Di atas kertas, kerajaan negeri Perak telah bertukar daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. Saman DS Nizar di mahkamah tinggi baru bermula. Speaker V Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN telah memutuskan penggantungan Dato' Dr. Zambry dan enam Exco pilihannya. Lapan belas dan dua belas bulan tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN. Pemuda UMNO telah membuat laporan Polis dan laporan kepada SPRM menuntut supaya Speaker disiasat kerana salahguna kuasa.


http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2980
DS Nizar sudah berangkat meninggalkan kediaman rasmi MB manakala Dato' Dr. Zambry telah pun masuk pejabat MB dan selesai mengadakan mesyuarat Exco kali pertama. Judicial review terhadap keputusan aneh SPR menolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering masih di mahkamah untuk tempoh yang tak dapat nak dijangka.Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian sebagai Kerajaan Negeri Perak yang sah. Dato' Dr. Zambry juga berulangkali menyebut bahawa perlantikannya sebagai MB oleh DYMM Sultan adalah sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Kini ada dua Menteri Besar Perak dalam satu masa. Logiknya, keadaan itu memang tak logik.



Kumpulan awal sembilan demostran Kuala Kangsar telah ditangkap, direman, dan diikat jamin sementara menunggu sebutan kes dan perbicaraan di mahkamah. Kumpulan kedua menyusul seramai tiga orang. Ditangkap di rumah masing-masing, direman dan diikat jamin. Sebutan kes yang dijadualkan pada 20 Februari telah ditangguhkan ke 20 Mac kerana pendakwa masih belum menyerahkan fail pendakwaan ke mahkamah. Dua aktivis PKR dan dua orang bloggers ditangkap dan akan didakwa di bawah akta mesin cetak.



Lebih seratus laporan polis dibuat di seluruh negara oleh UMNO dan persatuan Melayu yang bercirikan UMNO menuntut siasatan dan tindakan pihak berkuasa ke atas DS Nizar, Karpal Singh dan beberapa nama di pihak Pakatan Rakyat kerana menderhaka dan menghina Sultan Perak. Demostrasi halal juga diadakan di merata tempat oleh UMNO dan persatuan yang ada kaitan dengan UMNO, berlatarkan pembelaan hak dan ketuanan Melayu serta Kedaulatan Raja-Raja.



Pemimpin Pakatan Rakyat turun padang hampir setiap hari bertemu orang ramai dan memberikan penerangan tentang isu ini. Istilah rampasan kuasa, kerajaan kudeta, coup de'tat, konspirasi Najib dan bermacam-macam istilah lain berkumandang saban hari. Beberapa nama tiba-tiba menjadi popular termasuk Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim (SUK), Dato' Ahmad Kamal Md Shahid (Penasihat Undang-Undang Negeri), Dato' Seri Panglima Mohd Annuar Zaini (Ahli Dewan Negara Perak) dan Dato' Abd Rahim Mohamad Nor (Setiausaha Sulit DYMM Sultan). Empat nama besar ini dikaitkan sebagai penggerak utama konspirasi rampasan kuasa arahan Najib dan Zahid.



TV, radio dan akhbar perdana yang dikuasai UMNO riuh rendah memainkan isu ini dengan gegak gempita yang memang diramalkan. DS Anwar diperlecehkan dengan misi 916 yang bertukar arah. Karpal pengkhianat negara. DS Nizar penderhaka Raja. Pakatan Rakyat menuju kehancuran. Rakyat telah sedar dan bergerak kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Bukit Selambau dan Bukit Gantang menghangatkan suasana, diikuti Bukit Lanjan yang tiba-tiba muncul menambah luka kepada episod duka. SPRM tumpang sekaki mengintai populariti untuk anugerah taat setia kepada UMNO dengan kes Tan Sri Khalid Ibrahim. Tiga kontena fail kes Khir Toyo hilang dicuri toyol. Selang sehari menyusul kisah yang lebih bogel daripada Elizabeth Wong apabila anakanda kepada Pesuruhjaya SPRM ditangkap di Australia kerana koleksi bahan lucah kanak-kanak bawah umur. Drama ini jadi semakin 'heavy'.



Berbalik kepada krisis di Perak, apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat? Besar sangatkah isunya? Berat sangatkah kesnya? Rumit sangatkah krisisnya?
Sebenarnya ini hanyalah fenomena biasa di pentas politik. Gelombang yang lebih besar pernah berlaku sebelum ini seperti Tragedi 13 Mei serta krisis perlembagaan 1983 dan 1993 yang menelanjang dan menghenyak Raja-Raja. Kemudian berlaku ledakan reformasi menyusuli pemecatan DS Anwar daripada kerajaan dan UMNO. Cuma kes bagi krisis terbaru ini adalah kali pertama dalam sejarah Perak. Mungkin kerana itu rakyat merasakannya sebagai suatu yang sangat besar.



Sebagaimana Pakatan Rakyat mahu menumbangkan BN, begitulah juga BN, sentiasa mencari peluang dan kesempatan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat. Sementelah BN ada senjata yang lebih baik dan lebih banyak untuk menyakiti PR, maka lebih mudahlah misi mereka. Pakatan Rakyat negeri Perak hanya ada seorang MB dan 10 Exco bersama dua setiausaha MB dan dua belas pegawai khas MB/Exco. Dalam kerajaan itu UMNO ada Dato' SUK, Dato' LA, Dato' SU Sulit Sultan, Dato' Panglima Annuar Zaini, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan dan sebahagian besar DO yang bertuankan Barisan Nasional. UMNO juga ada TV, radio dan akhbar harian yang taat setia 24 jam 365 hari setahun melaksanakan segala kehendak dan cita-cita politik mereka. UMNO juga ada Polis, SB, BTN, JASA, KEMAS, FRU, SPR, SPRM dan semua jentera pelaksana/penguatkuasa yang gerak mereka berpada hanya dengan satu petikan jari pemimpin UMNO. Itulah realiti politik Malaysia. Pakatan Rakyat umpama pasukan bolasepak Sekolah Kebangsaan Pangkor yang nak bertarung dengan Manchester United FC.
Isunya cuma BN mahu ambil alih kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. By hook or by crook matlamat itu mesti dicapai. Apa jua peluang yang terbuka mesti dimanfaatkan. Kesempatan yang datang tidak harus dilepaskan. Tajol telah usahakan di peringkat awal selepas PRU12 tetapi gagal. Waktu itu Harussani sudah berperanan namun PAS gagal dipujuk. Wang berjuta tidak dipandang oleh YB Pakatan Rakyat.






Pada 20 Ogos 2008, SPRM (ketika itu masih BPR) berjaya melaksanakan tugas memerangkap dua Exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak melalui petugas veteran yang bernama Imran. Kejayaan itu adalah aset besar BN untuk meneruskan misi mengambil alih kuasa. Ugutan dan tawaran bersilih ganti datang kepada dua Exco itu. Kalau tak sokong BN, mereka akan disabitkan bersalah di mahkamah dan hilang segala-galanya. Kalau mahu ikut BN, kes mahkamah boleh dirunding penyelesaiannya. Dalam kes bunuh Altantuya, Razak Baginda lagi boleh dibebaskan tanpa bicara, inikan pula kes kecil terima rasuah yang tidak diminta. Selajutnya, Jamaludin dan Osman cuma perlu buka akaun bank di Singapura atau di mana saja asalkan luar negara. Beres.
SPRM telah berjaya menukarkan nisbah kerusi DUN antara BN dan PR daripada 28:31 kepada 30:29. Kedudukan itu sudah cukup untuk BN membentuk kerajaan dengan kelebihan satu kerusi, namun keadaan akan lebih selesa jika kelebihan kerusi itu ditambah satu atau dua lagi. Hee Yit Foong telah menyediakan dirinya untuk jadi sasaran BN sejak awal lagi apabila dia memprotes partinya dalam banyak perkara, daripada tuntutan kerusi exco untuk wanita hingga kepada isu Camry yang tidak diperuntukkan kepada Timbalan Speaker. Kisah pertembungan pendapat yang berlarutan antara Hee dengan Ngeh menambahkan leleh liur BN terhadap OKU itu. BN tidak pernah berhenti mengasak dengan pujuk dan ancam.



Hee menukar nisbah kerusi DUN Perak kepada (BN)31:28(PR) dalam senyap dan tersembunyi. Ngeh dan Nga berjaya diyakinkan bahawa Hee tidak hilang seperti yang dihebohkan. Telefon tak diangkat hanya kerana Hee terlupa membawanya ketika keluar rumah menziarahi kakaknya. Hee tetap bersama DAP! Begitulah skrip mantap yang dibangunkan oleh BN.



Dalam riuh rendah misteri kehilangan tiga ADUN itu, tiba-tiba Dato' Nasa Bota muncul mengejut masuk PKR. Kedudukan kembali (BN)30:29(PR). Guruh yang berdentum di langit menyebabkan Pakatan Rakyat menterbalikkan tempayan untuk menakung hujan yang bakal turun. Malangnya angin yang kuat telah membawa awan berhujan di tempat lain. Ada teori yang menyatakan bahawa Dato' Nasa juga sebahagian dari skrip Dato' Najib. Keterujaan pada hijrah Dato' Nasa melekakan perhatian Pakatan Rakyat terhadap tiga sejoli yang sedang diandam oleh jin beragas BN. Analisis lain mengaitkan SPRM sekali lagi sebagai penyelamat BN. Bapak si lucah di SPRM itu dengan pantas menyediakan fail untuk memasung Dato' Nasa dengan pertuduhan rasuah. Maka Dato' Nasa pun surrender tanpa mempedulikan kekecewaan Datin Umi. Score-board bertukar kembali ke angka (BN)31:28(PR).



Ketika itu Speaker DUN telah memaklumkan kekosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering kepada SPR. Ada surat perletakan jawatan yang telah ditandatangani semasa pembentukan kerajaan pada bulan Mac 2008. Dari segala sudut undang-undang, surat itu sah tetapi SPR terpaksa akur kepada kemahuan bos politiknya iaitu BN lalu mengumumkan tiada pilihanraya kecil di dua kawasan itu. Pakatan Rakyat terjerat lagi.



Pilihan terakhir ialah membubarkan DUN dan mengembalikan kepada rakyat untuk memberikan mandat baru yang lebih jelas, sama ada kepada PR atau kembali kepada BN. DS Nizar mengadap mohon perkenan. Tuanku Sultan bertempoh hingga esok hari. Petang hari yang sama, Najib mengumumkan BN akan membentuk kerajaan di Perak dalam sidang media yang dihadiri tiga sejoli dan Dato' Nasa.



Detik inilah bermulanya krisis. Kecelaruan yang rumit untuk difahami dan sukar dijangkau oleh andaian, analisis dan jangkaan. PR dengan hak dan maruahnya. BN dengan kehendak dan budayanya. Sultan dengan daulat dan survivalnya. Rumit dan celaru.



Krisis boleh dielakkan jika Tuanku Sultan perkenankan permohonan DS Nizar untuk membubarkan DUN. Tamatlah pertikaian tentang siapa yang ada majoriti dalam DUN. Keputusan pilihanraya menentukan sama ada rakyat mahukan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Tuanku selamat daripada 'sembah derhaka' dan sebarang tohmahan. Tiada himpunan di Bukit Chandan. Tiada saman di mahkamah. Tiada demonstrasi UMNO di seluruh negara. Tiada ungkitan sejarah derhaka. Tiada ugutan peluru hidup. Tiada dan tiada.



Misteri krisis ini berlegar di istana. Seluruh dunia tahu kehebatan Tuanku Sultan dan Raja Muda dengan latarbelakang undang-undang dan sains politik peringkat tertinggi dalam kerjaya dan pendidikan. Terasa mustahil keputusan tidak memperkenankan pembubaran DUN dan memperkenankan perlantikan MB baru itu muncul dari pertimbangan normal kedua-dua payung negeri itu. Lalu timbullah pelbagai andaian dan tanggapan.



Rakyat tidak pelik tentang perangai dan budaya UMNO. Sepak terajang politik UMNO sudah ditonton selama lebih 50 tahun. Rakyat sudah khatam malah menghafal strategi dan taktik politik UMNO yang serba boleh itu. Sesama sendiri di dalam UMNO itu pun mereka bercakaran, berbunuhan, rasuah dan saling menjatuhkan maka tentulah lebih dahsyat lagi percaturan mereka dalam perang melawan musuh.



Yang pelik ialah keputusan istana. Keganjilan itu merangsang seribu siasatan oleh rakyat serta mengundang pelbagai tanggapan dan tuduhan. Persepsi negatif yang pertama ialah ugutan Najib berkaitan seorang puteri Tuanku yang menguasai Gamuda. Menyusul kemudiannya tuduhan yang lebih dahsyat iaitu ugutan menyingkirkan Raja Nazrin sebagai bakal Sultan. Ugutan itu dikaitkan dengan kononnya Tuanku sendiri dinaikkan ke takhta melalui rencana Dr. Mahathir walau pun sebenarnya tidak berhak ke atas takhta. Rakyat diberitahu rupanya bonda Tuanku Sultan tidak berdarah raja, maka hak bersinggahsana di takhta sepatutnya berpindah kepada waris yang lain. Begitu juga dengan Permisuri Bainun yang juga bukan berdarah raja. Maka Raja Nazrin kononnya tiadalah berhak bergelar Raja Muda namun mantan Perdana Menteri menyusun segalanya dengan sempurna sehingga tiada siapa berani mempertikaikannya. Najib umpama mengacukan pistol ke kepala Tuanku dan berkata "sama ada Tuanku mengikut apa yang patek mahu atau Raja Nazrin tidak akan menaiki takhta". Dipetik daripada artikel Accept Najib Or Lose The Throne (DI SINI).



Pelbagai dakwaan yang berlegar di mulut rakyat sekarang ini memang sukar dipercayai dan tidak dapat disahkan ketulenannya, namun keganjilan titah dan perkenan istana telah mengundang semua bualan itu. Jika benar begitu maka malanglah bumi tercinta ini dan hancurlah nasib seluruh warganya di tangan Najib dan UMNO yang durjana. Jika bukan begitu siratannya maka apalah agaknya yang tersemat di minda Tuanku?



Terdapat juga analisis yang merumuskan bahawa drama berat ini adalah cara Tuanku nak mengajar Najib dan UMNOnya. Lantaran itulah Tuanku berpesan kepada DS Nizar dengan membacakan ayat Quran yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan hambanya yang sabar". Kegelojohan UMNO perlu ditangani dengan teliti dan sempurna. Menentang UMNO secara terbuka memang bahaya. Risikonya terlalu besar berdasarkan rekod kesanggupan UMNO menderhakai Raja tanpa sedikit pun rasa hormat dan belas. UMNO ada pengalaman dan kemahiran memanipulasi semua jentera kerajaan dan seluruh rakyat bangkit menentang istana bermula daripada perderhakaan Dato' Onn Jaafar hingga kepada penderhakaan Abdullah Badawi, Idris Jusoh dan Shahidan Kasim. Juaranya sudah tentulah Mahathir Mohamad dengan kejayaan melucutkan immuniti sekelian Raja-Raja melalui pindaan perlembagaan.



Analisis itu meyakini kebijaksanaan Tuanku Sultan sementelah kepakaran Tuanku adalah di bidang perundangan. Tuanku amat arif betapa UMNO yang kepingin sangat untuk berkuasa itu, tak akan aman dengan perkenan yang dipaksakan itu. Tuanku tahu sempadan kuasanya berhubung lantik dan lucut memanda Menteri Besar negerinya. Oleh kerana UMNO itu jenis bantah yang tak boleh ditegah maka Tuanku turuti dahulu kemahuan mereka. Tuanku arif betapa DS Nizar boleh membawa kes ini ke mahkamah tanpa melibatkan istana. UMNO perlu jawab dan pertahankan diri tanpa boleh bersandar kepada Tuanku lagi. Tuanku juga amat arif peruntukan Undang-Undang Tubuh tentang Speaker. UMNO terlupa hal itu kerana kemaruk yang tak tertahan lagi. Biarkan ... biarkan! Biar UMNO layari ombak ganas dan lautan bergelora yang mereka sendiri menempahnya. Tuanku akan tersenyum puas di jendela istana. Kalau UMNO masih mahu bicara soal maruah, mereka akan merafak sembah mohon perkenan agar dipulangkan mandat ini kepada rakyat jelata. Pohon Tuanku membubarkan DUN.



Krisis ini besar tetapi isunya sedikit saja. Puncanya UMNO tamak kuasa. Tongkat bernama kuasa itu telah berjasa kepada mereka berpuluh tahun lamanya. Dengan kuasa, mereka boleh hidup senang lenang menjarah harta negara dan kederat rakyat. Hilang kuasa menjadikan mereka tak keruan gila. Itulah puncanya.



Pertikaian yang menjadi nyawa krisis ini juga sedikit saja. Perdebatan dan rujukan ke mahkamah hanya berkaitan Fasal 16(6), 16(7), 18(2)(a), 18(2)(b), 36A(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak. Krisis ini akan panjang tempohnya jika UMNO terus angkuh terhadap undang-undang dan takut kepada undi rakyat. Jika UMNO memang jantan dan percaya sokongan rakyat masih gagah bersama mereka, ayuh bubarkan DUN dan turun bertarung di gelanggang. Kalau jantan

baca lagi......