Ahad, 25 Januari 2009

Budaya konsumer punca kemelesetan ekonomi

MALAYSIA KINI -HISHAMUDIN RAIS

Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun.
Krisis kali ini lebih buruk daripada zaman kemelesetan tahun 1929.Kita hanya membaca zaman kemelesetan pada 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Kita mengetahui hanya melalui surah sejarah, tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu. Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu.
Zaman kemelesetan besar di Amerika Syarikat berlaku 80 tahun dahulu. Lapan puluh tahun dahulu Tanah Melayu masih bawah penjajah Inggeris. Getah baru sahaja sampai dari Brazil pada 1902. Sistem ekonomi kapitalis belum melebar.
Jual-beli duit ringgit belum menjadi budaya. Malah banyak warga langsung tidak memiliki duit. Bertukar-tukar barangan masih lagi budaya ekonomi. Masyarakat konsumer yang kita lihat di sekeliling kita hari ini masih belum wujud.Rumah kita di kampung memakai lampu damar, kita memasak dengan kayu dan mengambil air dari perigi. Kita ke sawah setahun sekali. Di pekan, lampu jalan memakai lampu minyak pam. Kereta satu benda yang ajaib – kalau bernasib baik kereta melintasi kampung kita – kita berkumpul berkerumun untuk melihatnya.
Saya sendiri belum wujud pada 1929. Apa yang saya tulis ini hanyalah menyambung surah daripada arwah ibu dan ayah saya. Zaman itu telah lama berakhir. Hari ini kita melihat zaman itu sebagai Zaman Dahulu, kita panggil zaman ini Zaman Lampau atau Zaman Tok Kaduk.
Apakah ini tepat?Sebelum menjawab soalan itu, kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini.Untuk ujian pertama, sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul?Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut, maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumerisme – budaya yang lahir daripada sistem ekonomi kapitalis.
Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset.Jangan dengar cakap-cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat daripada krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis, mana mungkin hanya Malaysia terselamat! Ini mustahil. Jaminan politik ini pembohongan.
Ia betul-betul macam penafian bahawa Najib Razak tidak mengenal Altantuya Shaariibuu. Bohong.Fakta: Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada 2008 tetapi tahun lalu lagi. Inilah fakta rasmi kerajaan Amerika Syarikat. Negara Iceland telah jatuh muflis. Tiga syarikat kereta yang terbesar di dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis. Di United Kingdom, syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar “beli satu kereta, dapat satu percuma”. Ini kerana tidak ada lagi orang yang ingin membeli kereta.
Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan. Trend ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai. Satu demi satu bank besar dan syarikat kewangan gergasi tutup kedai.Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh, ertinya pendapatan negara kita kurang.
Tahun lalu indeks komposit bursa saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa? Bukankah Abdullah Ahmad Badawi berasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang? Hari ini indeks komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum? Apakah kalau indeks naik maknanya ekonomi baik - jika indeksnya turun, tidak ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka semua telah jadi rabun dan buta.Tahun hadapan kita akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami – ia bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan.
Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh. Maknanya, kalau dulu kita boleh membeli kapal selam dari Perancis dengan harga 10 ringgit sebuah. Hari ini kapal selam yang sama harganya menjadi 12 ringgit. Duit ringgit rupanya dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya.
Titik sebenar pertanyaan: apakah ada jalan untuk menghadapi krisis ini?Pasti ada. Sebelum ombak krisis ekonomi ini menggelora sampai kita wajib menilai kembali budaya konsumer yang kita rayakan. Budaya ini ialah budaya pembaziran yang sedang membawa laknat kepada umat manusia.
Kita wajib kembali melihat bumi ini sebagai rahmat untuk kita bercucuk tanam. Tidak ada jalan lain kecuali kita menghidupkan tanaman yang boleh kita makan. Bukan menanam getah atau sawit untuk dieksport agar negara dapat membeli kapal selam. Ini kerja bodoh.Di Amerika Syarikat dan di Eropah – berjuta-juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja, mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit, mereka tidak membeli barang. Apabila mereka tidak membeli barang – kilang kita yang membuat barang akan ditutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang pekerjaan dan kita pula tidak ada duit.
Beginilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis.Lingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk diruntuh-rantahkan. Bumi tempat kita bercucuk tanam dan memakmurkan tanaman untuk makanan.
Kita wajib memisahkan diri kita daripada terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer.Bernoktahlah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu. Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu-membantu, bergotong-royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereka hidup sebagai manusia. Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika Syarikat dan di Eropah di mana warga-warga menolak pengunaan duit rasmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ia diamalkan untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer. Mereka menjalankan perniagaan tukar-menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas daripada belenggu sistem ekonomi kapitalis.Satu perkara yang wajib kita semua sedari.
Pada tahun tahun 1930-an, apabila ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula. Dalam sistem ekonomi kapitalis, perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka. Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat, kemudian musnahkan. Buat lagi, dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak.Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis.
Dalam perang, kemusnhan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom diletupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi. Industri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Negara ini, atau lebih tepat Wall Street, sarang kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang. Pada ketika ini, di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah.
Justeru, kemungkian perang besar akan bemula tidak boleh diketepikan. Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis, maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang. Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia dibuat. Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India. Apa yang berlaku di Mumbai baru-baru ini adalah sebahagian daripada perancangan perang yang lebih luas.Bernoktahlah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri.
Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional? Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai pengguna dan konsumer untuk membeli barangan yang kini telah menyempit bilik kita sendiri?
Jawapannya – sila buka kembali almari kain baju dan lihat apa yang ada di dalamnya. Jawapannya di hadapan mata

baca lagi......

Khamis, 22 Januari 2009

Hamas rai Pengunduran Israel


GAZA 21 Jan. - Pengisytiharan Hamas sebagai pemenang dalam menentang serangan pencerobohan habis-habisan tentera rejim zionis Israel Selasa lalu disambut dan dirai oleh ribuan penyokongnya dengan bendera Islam berwarna hijau berkibar megah di lautan kemusnahan Gaza.

Dengan penuh kebencian para pejuang Islam menzahirkan cemuhan ke atas rejim zionis melalui sepanduk besar dalam bahasa Hebrew berbunyi - ‘Kekalahan yang memalukan Yahudi Israel’, ‘Gaza hanya perlu membaling seketul batu untuk menyingkirkan negeri Yahudi’.

Pemimpin Hamas, Ismail Radwan ketika berucap dari tingkat atas dataran Gaza dengan membelakangkan bangunan parlimen yang musnah teruk pada perhimpunan raksasa itu berkata: “Hamas sekarang lebih berkuasa dan digeruni.”

Hamas bagaimanapun tidak menyatakan sebarang rancangan pelan pembangunan semula Gaza yang habis ranap ekoran serangan pencerobohan lebih tiga minggu tentera rejim zionis Israel dan menyebabkan kerugian kira-kira AS$2 bilion.


Turut musnah ialah di kawasan sempadan Gaza antara Mesir dan Israel yang hanya akan dibuka semula jika para pejuang melepaskan kawalan mereka.

Beberapa meter daripada kawasan Hamas berhimpun, pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon meninjau ibu pejabat PBB di Gaza dan memeriksa kerosakan serta kemusnahan akibat pengeboman serta bedilan dalam serangan pencerobohan tentera rejim Israel minggu lalu. Kedai membaiki kereta dan tiga buah gudang penyimpanan tepung, minyak dan stok bekalan makanan untuk keperluan penduduk di situ habis musnah.

Lima hari selepas tamat serangan, semua bekalan beras, kekacang dan ubat-ubatan masih terbakar dan asap putih meluap ke udara, hanya beberapa meter sahaja dari tempat Ki-moon bercakap kepada pemberita dengan pesawat peninjau tanpa juruterbang Zionis terbang berhampiran.

Pemimpin tertinggi dunia itu ‘benar-benar marah dan kecewa’ dengan serangan ke atas gudang dan dua bangunan sekolah PBB dengan mengarah agar siasatan penuh dilakukan. Rejim zionis Israel bagaimanapun mendakwa serangan dibuat untuk membalas tembakan para pejuang di kawasan terlibat dan berjanji untuk membuat siasatannya sendiri.

Hasil lawatan tersebut Ki-Moon memberitahu bahawa ratusan tong bekalan makanan dan ubat-ubatan habis musnah dalam serangan Khamis lalu. “Ia betul-betul tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak boleh diterima,” katanya sambil menggelengkan kepalanya.
Ketika melawat bandar Sdetor di sempadan Israel yang menjadi sasaran serangan roket Hamas kemudiannya, dia hanya melahirkan simpati kepada penduduk setempat dengan berkata; “Hari-hari hidup anda ditemani bunyi dan letupan roket di udara. Tidak ada manusia yang boleh hidup dalam negeri seperti ini.”
“Saya mengharap undang-undang hak asasi kemanusiaan dapat melindungi kehidupan orang-orang awam agar ia lebih diyakini dan dihormati,” kata Ki-Moon.
Secara peribadi, Ki-Moon bersungguh-sungguh untuk berusaha menamatkan peperangan yang membunuh lebih 1,300 orang rakyat Palestin termasuk 900 orang awan dan 168 polis awam, menurut Pusat Hak Asasi Kemanusiaan Palestin (PCHR).

Di Gaza sahaja, menurut laporan itu, kira-kira 156 pejuang terbunuh termasuk 48 pejuang Hamas, 34 dari kumpulan Jihad Islam dan yang lain adalah kumpulan sokongan Fatah di bawah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Moawiya Hassanain berkata, beliau yakin Hamas tidak melaporkan semua pejuangnya yang terkorban.

Pemimpin Hamas tidak pernah memberi kenyataan mengenai angkatan pejuangnya yang terkorban kerana tidak mahu melemahkan semangat mereka. Hamas mempunyai kira-kira 20,000 orang pejuang.

Cuma pada beberapa kes tertentu diisytiharkan oleh Hamas seperti pelancaran lebih 2,500 roket ke kawasan Israel sebagai serangan balas sepanjang dua minggu. - AP

baca lagi......

Perjuangan UMNO adalah Perniagaan



Cerita dari hati nurani seorang Umno mengapa BN kalah dan dimalukan !
Dengan berbekalkan idea yang karut, macamana anda, penyokong BN hendak meyakinkan penduduk Paloh khususnya? Adakah mereka hendak mempercayai cakap anda yang datang berkempen dimana sebahgian besar berkelulusan Darjah 6 dan SPM dan Ketua Cawangan UMNO Paloh yang juga berkelulusan SPM? Ataupun mereka nak mempercayai Ketua Cawangan PAS iaitu bekas guru yang bertanggungjawab mendidik ribuan anak-anak Paloh? Ketua Cawangan PAS yang mempunyai anak-anak kesemuanya lulusan universiti?

Kita kena fahami isu di Terengganu sebelum datang berkempen. Orang Terengganu perlukan kemajuan. Tapi bukannya dengan cara yang dibawa oleh pemimpin BN. Kita tidak perlukan bangunan yang bernilai ratusan juta ringgit. Kita perlukan sesuatu projek yang mana kita juga boleh bekerja, menyumbang bakti, mengutip hasil bersama untuk jangkamasa yang lama.Apa guna projek ratusan juta ringgit apabila kontraknya diberi kepada kontraktor lua terengganu? Berapa kerat manusia yang dapat faedah? Kontraktor dapat 10% untung, pas tu pekerja yang di ambil adalah Mat Indon..manakala supplier pula adalah tokeh2 Cina. Apa yang org kampung di Terengganu dapat bila bangunan siap? Meleleh je air liur.


Sebab tu kalau tak faham isu , jangan datang berkempen. Silap saya adalah terlambat pulang ke kampung untuk memperjelaskan isu pembaziran wang royalti. Kalau tak, i'm sure PAS will win with much larger majority. Hidup Terengganu!! Majoriti PR yg datang ke KT terdiri dari golongan terpelajar dan profesional ! Lihat dengan mata,jangan pandang telor saja !!


Melawan arus : Baca komenter dulu baru baca isu ! Wakakaka..!!!PRK P036 selesai. BN kalah. Majoriti besar.


Post mortem. Salah itu. Salah ini. Salah dia. salah mereka. Inilah senario selepas pilihanraya. Sepertimana bolasepak malaysia - sebelum perlawanan semua pihak akan menunjukkan keyakinan. Apabila telah kalah, masing-masing menuding jari - menyalahkan orang lain. Jika tiada sesiapa yang nak disalahkan maka mereka akan salahkan gelanggang, cuaca dan sebagainya.


Itulah kita.Selesai sahaja PRK P036 seperti biasa, banyak pihak memberikan komen dan antaranya;1. Salah pilih calon2. Salah pengarah jentera pilihanraya3. Salah strategi kempen4. Salah petugas / jentera pilihanraya5. Salah pengundi tidak menghargai calon dan lain-lain lagi.


Beberapa hari berada di KualaTerengganu menjelang pilihanraya tersebut saya melihat bahawa sebenarnya UMNO/BN tidak menjiwai dan menghayati perjuangan secara jujur. Saya tidak mahu mengulas perkara diatas kerana telah ramai yang membincangkannya dan memang benar semua pihak akan bersetuju bahawa kesalahan bermula sejak awal lagi iaitu sejak pemilihan calon.


Jentera PAS walau dari mana pun mereka datang untuk membantu kempen, tanpa belanja atau belanja besar dari parti namun jiwa mereka bersungguh-sungguh berkerja untuk parti. Mereka dapat menjiwai semangat perjuangan parti dan mereka lakukan itu dengan ikhlas. Mereka tidur dirumah-rumah kenalan atau di masjid-masjid dan surau-surau, tetapi mereka lakukan ini dengan ihklas. Jentera BN? Berapa mereka dibayar untuk ini? Mereka lakukan ini mungkin tidak dengan sepenuh hati kerana semangat mereka tiada untuk parti.


Mereka telah terbiasa dengan falsafah: perjuangan (dalam UMNO) adalah satu perniagaan. Kerana ini yang telah diajarkan kepada mereka di cawangan-cawangan dan di bahagian-bahagian dimana mereka terlibat. Lalu, tiada RM tiada kesetiaan.


Bagaimanapun akhirnya kita masing-masing gembira pulang membawa sesuatu habuan meskipun calon BN dikalahkan.Pemimpin-pemimpin yang datang ke KT juga melakukan tugasnya secara 'sambil minum air menyelam'. Bahkan kita mendapat tahu seorang calon jawatan dalam pemuda tidak ghairah menjalankan tugasnya kecuali menunggu para perwakilan yang akan menemuinya di bilik hotel dimana dia menginap untuk membuat satu 'tembakan' tepat kepada perwakilan berkenaan. Beliaulah orangnya yang setelah keputusan tidak berpihak kepada BN memberikan ulasan kekalahan itu tidak boleh disalahkan kepada calon sahaja.


Ada juga terdapat petugas-petugas yang tidak tahu bagaimana melakukan kerja K10 dan tidak pernah melakukannya sebelum ini, jadi bagaimana hendak mendapat hasil tuaian yg baik jika tidak menanamnya dengan benih yang baik juga? Bagaimana pemilihan dibuat? Kenapa UMNO Bahagian-bahagian tidak prihatin?Pekrja-pekerja PAS lebih menghayati tugas mereka.


Mereka mampu me-minimumkan setiap kos yang dibelanjakan. Saya melihat selesai pilihanraya mereka mengumpul dengan cermat bendera dan mana-mana poster yang boleh digunakan semula nanti. Manakala pihak BN hanya mengumpulkannya disuatu tempat dan membiarkan untuk dibuang.


Ini masalah sikap. Masalah menghayati perjuangan dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya. Mereka (PAS) nampak lebih menghayati perjuangan parti mereka dengan mereka menjiwai perjuangannya. Inilah semangat yang UMNO ada sewaktu ianya mula ditubuhkan tetapi kemankah hilangnya semangat ini?Saya berpendapat bahawa masalah utama UMNO adalah masalah sikap. Sikap pemimpin-pemimpin kita dan masalah sikap ahli-ahli UMNO sendiri. Segalanya telah berubah dan harus kembali ke asal untuk tetap mampu bertahan dimasa-masa akan datang.

baca lagi......