Sabtu, 19 Julai 2008
SeloKa TolongLAH ! UndurLAH....
Jumaat, 18 Julai 2008
Sindrom ramai yang 'gabra'
menantu tadi gabra..lalu si mak mentua suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan.
"MA ROBBUKA...." ""terkejut bini dan mak mertua dia..tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.."OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'"" sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia..
Sabtu, 12 Julai 2008
MUBAHALAH
MUBAHALAH - Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Soalan; Apakah dia mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?
Jawapan;Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua.
Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.
Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).
Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran,
antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; ‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59).
Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas).
Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”.
Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).
Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).
Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah.
Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)
Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah.
Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat).
Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat).
(Tafsir al-Qasimi).Wallahu a’lam.
Rujukan;1. Tafsir Ibnu Kathir2. Tafsir Imam al-Qurtubi3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah az-Zuhaili).
Khamis, 10 Julai 2008
Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Thu Jul 10, 08 4:35:35 pm MYT
Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).
Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.
Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?
Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa �Ajam kecuali dengan taqwa."
Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.
Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.
Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.
Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.
Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.
Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.
Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.
Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.
Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.
Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.
Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.
Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.
Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.
Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!
Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.
Rabu, 9 Julai 2008
Liwat ka Lewat...?
baca lagi......
Tahun Meliwat Malaysia 2008
Saya ingatkan susah mahu berjumpa dengan 'Nombor 2' Malaysia ini (walaupun sesetengah pihak mengaku 'Nombor 2' sebenarnya Jeanne Abdullah) sebab ramai diantara rakyat yang menderita suami mereka ditahan dibawah ISA dalam keadaan anak nazak (kini sudah meninggal), yang hidup mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang dek harga minyak yang melambung, yang terpaksa mencari kerja lain gara-gara kilang permainan kereta 'remote-control' terpaksa ditutup dan jutaan lagi masalah yang dirasakan penting dan melibatkan kehidupan rakyat seharian tetapi tidak dapat berjumpa dengan Dato' Seri kerana 'sibuk'.
Malah di Parlimen juga Dato' Seri susah dilihat oleh mata-mata rakyat mahupun lensa kamera.
Mungkin kami silap, kerana jika Dato' Seri Najib boleh berjumpa dengan mangsa liwat atas dasar kemanusiaan beliau mungkin boleh juga berjumpa dengan kami yang sesak hidup kini? Tetapi kami bingung apabila beliau dan rakan-rakan seangkatan beliau mengangkat tangan untuk meluluskan usul menyokong kenaikan harga minyak di Parlimen. Menyokong kesengsaraan rakyat.
Apakah beliau begitu terkesan dan terguris perasaan kemanusiaan beliau apabila seorang budak diliwat oleh lawan politik Dato' Seri dan sekeras batu apabila melihat wajah tahanan ISA yang menatapi wajah puteri sulungnya yang sudah tidak bernyawa? Yang mana satukah lebih menyentuh perasaan Dato' Seri?
Tepuk dada tanya selera. Kalau nak jadi hero moraliti, jangan pilih kasih. kalau ikhlas nak tolong rakyat, tolong jangan memilih. Kepada Saiful, jangan bebankan diri saudara dengan angan-angan populariti kerana jalan ini akan mengakibatkan impian saudara berkecai seperti berkecainya tulang belulang akibat terkena C4.
http://puterabatu.blogspot.com/