Berita 'X-fail' pada 2008
Dec 30, 08 12:42pm
Pelbagai perkara penting berlaku sepanjang tahun 2008 yang dikategorikan sebagai "X-files" yang mewarnai kehidupan rakyat negara ini. Berikutan disajikan sepuluh berita terpenting sepanjang tahun ini.Adakah kehidupan masyarakat India semakin baik?Ekoran kejayaan perhimpunan 30,000 orang di Kuala Lumpur November tahun lalu, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mengharungi tahun ini dengan semangat yang tinggi walaupun lima pemimpin utamanya ditahan di bawah ISA manakala pengerusinya kini hidup dalam buangan di luar negara.Kebangkitan masyarakat India dan strategi Makkal Sakthi mereka, telah memberi kesan besar terhadap keputusan pilihanraya umum Mac lalu - di mana mereka beramai-ramai menolak BN. Bagaimanapun, Hindraf kini telah diharamkan, dan kini para penyokongnya terus dengan perjuangan mereka mendapat pembebasan pemimpin mereka.MIC menjadi hampir tidak relevan lagi - Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu tewas di kerusi Parlimen Sungai Siput yang dimenanginya sejak tahun 1974. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya dalam kabinet. Beliau kini jelas sedang berusaha untuk mengukuhkan semula pengaruhnya ke atas masyarakat India dengan melancarkan langkah penjanamaan semula parti ketiga terbesar dalam BN itu.Bagaimanapun, dengan keadaan kehidupan masyarakat India yang tidak banyak berubah, maka timbul persoalan sama ada MIC boleh benar-benar mendakwa yang ia mewakili mereka dalam kerajaan.
Skandal dalan BN Malaysiakini melaporkan Julai lalu bahawa dua pegawai kanan anak syarikat kerajaan, Pempena Sdn Bhd, terbabit dalam penyelewengan yang mengalihkan peruntukan jutaan ringgit dana untuk pembangunan pelancongan, kepada pihak lain.
Dalam reaksinya, Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman berkatak juruaudit dalaman akan menyiasat dakwaan tersebut.Beliau juga mendedahkan di Parlimen bahawa "beberapa pelabuaran dalam syarikat berkenaan meragukan". Satu laporan yang dikeluarkan dua minggu kemudiannya, mendedahkan bahawa syarikat berkenaan telahmembuat pelaburan yang meragukan yang terpaksa dilupuskan.Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut tentang portal e-pelancongan yang membabitkan RM10 juta.Kerajaan juga mengumumkan pembelian 12 unit helikopter Cougar EC-725 dari Eurocopter untuk menggantikan helikopter Nuri, pada kos RM1.6 bilion.Pengerusi Mentari Services Sdn Bhd, Kapten (B) Zahar Hashim, bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, mendedahkan "penyelewengan" berlaku dalam urusniaga tersebut dan wujudnya pilihan yang lebih menjimatkan.Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menyiasat perkara itu. Walaupun menolak berlaku sebarang penyelewengan, PAC berkata, tiada pemeriksaan dilakukan ke atas helikopter yang dicadang hendak dibeli itu. Ahli parlimen pembangkang mendesak supaya didedahkan laporan penuh mengenai siasatan tersebut.Sehingga ini, kerajaan telah menangguhkan pembelian helikopter sebut sehingga keadaan ekonomi negara mengizinkan. Bagaimanapun, persoalan yang dibangkitkan oleh Zahar masih belum terjawab.Pihak istana bersuara...
Pihak istana turut memainkan peranan penting selepas pilihanraya umum Mac lalu, berhubung pelantikan menteri besar di tiga buah negeri - Perlis, Perak dan Terengganu. Manakala dalam isu fatwa membabitkan senaman yoga, Sultan Selangor, Perak dan Negeri Sembilan menitahkan supaya sebarang keputusan fatwa yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum, dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja terlebih dahulu memandangkan hal-ehwal agama Islam berada di bawah bidang kuasa Raja.Manakala anak-anak Raja juga turut bersuara berhubung isu-isu penting semasa. Misalnya, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra menyentuh soal perpaduan dan istimewa orang Melayu ketika berucap di sebuah forum di Kuala Lumpur pada 12 April. Ekoran itu, Presiden MCA, Datuk Ong Ka Ting membantah kenyataan tersebut. Begitu juga dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, sebelum menyedari kemudiannya bahawa kenyataan itu telah dilaporkan di luar kontak.Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah turut dijemput berucap di beberapa persidangan, termasuk persidangan tahunan hakim-hakim Malaysia pada 19 April. Pandangannya urustadbir yang baik, perpaduan rakyat dan mengenai bidang kehakiman mendapat pandangan dan perhatian yang tinggi.Bagaimanapun, gesaan supaya dipulihkan imuniti kepada raja-raja berhubung prosiding sivil dan jenayah, tidak begitu mendapat sambutan dari pihak awam. Imuniti tersebut ditarik pada tahun 1993
Selasa, 30 Disember 2008
Berita 'X-fail' pada 2008
Sabtu, 13 Disember 2008
TERROR DI MUMBAI ADALAH OPERASI BENDERA PALSU PERISIKAN INDIA?
Pada Sabtu 29 November 2008, telah disiarkan satu tulisan di blog kudang Kepang mengenai peristiwa keganasan berdarah Mumbai, India, pada malam 26 November 2008, yang menyebabkan 164 orang terbunuh dan lebih 300 lagi cedera parah.
Di akhir tulisan itu penulis persoalkan sama ada keganasan di Mumbai adalah synthetic terror atau keganasan yang dilaksanakan secara operasi bendera palsu - atau secara baling batu sembunyi tangan - semata-mata untuk membolehkan sesuatu kuasa besar tertentu membuka lawang keempat Peperangan Antikeganasan (PAG) di benua Asia, khususnya di rantau Asia Selatan yang merangkumi India dan Pakistan.
Penulis mempersoalkan demikian kerana seluruh episod PAG - mulai Oktober 2001 di Afghanistan (AsiaTengah), mulai Januari 2002 di Asia Tenggara, dan mulai Mac 2003 di Iraq (Asia Barat) - adalah siri peperangan nuklear yang tidak direstui oleh PBB, semberono, pre-emtif dan berasaskan pembohongan serta kepalsuan.
Pembohongan dan kepalsuan ini sengaja dirancang, direka dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi perkakas propaganda – media cetak, media elektronk dan media digital – yang dikuasai oleh puak zionis.
Propaganda yang bertubi-tubi ini digunakan sebagai topeng kepada operasi bendera palsu yang dilaksanakan atau ditaja oleh kuasa-kuasa tertentu dunia.
Propaganda ini juga kini menyebabkan sebilangan komuniti dunia terkeliru lantas meyakini bahawa PAG memang benar-benar angkara teroris Islam antarabangsa.
Hakikatnya, PAG adalah angkara beberapa badan perisikan antarabangsa, termasuklah CIA (Amerika Syarikat), MI6 (Britain) dan Mossad (Israel).
PAG di Afghanistan kononnya untuk menghancurkan al-Qaeda yang dituduh tanpa bukti sebagai pihak bertanggungjawab meruntuhkan WTC di New York dan Ibupejabat Pentagon di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.
Hingga ke hari ini, al-Qaeda masih belum dimusnahkan, Osama ben Laden masih belum ditawan. Tetapi, Afghanistan dibom, musnah ranah, ramai rakyatnya terkorban, yang hidup pula diancam radiasi nuklear, AS serta sekutunya juga terus hadir di negara berkenaan.
PAG di Iraq kononnya untuk memusnahkan Saddam Hussein yang didakwa sebagai membina senjata pemusnah (WMD) yang mengancam komuniti dunia.
Hakikatnya, WMD langsung tidak ditemui di Iraq. Tetapi, negara itu dijajah, dimusnah, jadi kacau-bilau dan Saddam Hussein pula sudah dihukuman gantung sampai mati.
Sebuah agensi perisikan Australia dan agensi perisikan daripada sebuah negara ASEAN yang amat intim dengan puak zionis pula dipercayai terbabit dalam siri keganasan secara operasi baling batu sembunyi tangan di Asia Tenggara.
Menerusi operasi ini, termasuklah siri pengeboman di Indonesia, pihak yang fitnahkan sebagai pengangkaranya adalah Jemaah Islamiah (JI) di Indonesia, Barisan Bertindak Kebangsaan Moro (MNLF) di selatan Filipina dan Organisasi Pembebasan Pattani (PULO) di selatan Thailand.
Di Mumbai baru-baru ini, sekumpulan teroris Islam yang kononnya dikenali sebagai Deccan Mujahidin dan Lashkar-e-Taiba yang didakwa berpangkalan di Pakistan, telah difitnahkan sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan keganasan berkenaan.
Fitnah ini dipercayai disengajakan untuk membolehkan sebuah kuasa besar tertentu memerangi Pakistan atas alasan kononnya negara Islam itu melindungi teroris Islam antarabangsa.
Laporan terbaru oleh Associated Press (AP) Sabtu lalu mendedahkan hakikat ini. Agensi berita itu dipetik sebagai melaporkan bahawa seorang agen bernama Mukhtar Ahmed, yang bekerja bagi pihak Polis India di Kashmir, telah ditangkap.
Mukhtar didapati sebagai pihak yang membekalkan sim card telefon bimbit kepada Lashkar-e-Taiba yang dituduh terbabit dengan keganasan di Mumbai.
Penangkapan ini membuktikan bahawa agensi perisikan India yang sudah menyusupi Lashkar-e-Taiba adalah pihak yang menguasai pelaksanaan keganasan di Mumbai.
Kurt Nimmo daripada Prison Planet.com menulis bahawa tindakan perisikan India melaksanakan sesuatu operasi baling batu sembunyi tangan untuk difitnahkan kepada Pakistan serta beberapa organisasi yang kononnya teroris Islam antarabangsa, adalah perkara biasa.
Tulisan Nimmo disiarkan oleh portal berita http://www.thetruthseeker.co.uk/. Bacalah sendiri untuk mengikuti kisah selanjutnya.
Penulis menghuraikan perkara di atas secara ringkas kerana baru-baru ini negara kita juga cuba dikaitkan dengan keganasan yang terjadi di Mumbai.
Kita semua tahu itu adalah fitnah. Sesudah tragedi 11 September pun Malaysia difitnahkan sebagai salah satu lokasi yang digunakan oleh segelintir pihak yang kononnya meruntuhkan WTC di AS.
Kita wajar berwaspada. Kita juga mesti bertegas mematahkan fitnah seperti ini. Ini kerana fitnah, pembohongan dan kepalsuan adalah ciri-ciri utama operasi bendera palsu atau operasi baling batu sembunyi tangan.
Oleh itu, janganlah mudah kita terpedaya atau dipengaruhi oleh mana-mana propaganda pro-zionis yang berusaha memfitnahkah umat Islam sebagai teroris dan negara-negara Islam sebagai pelindung serta penaja teroris. Ketegasan kerajaan kita dalam hal ini amat disanjung tinggi. – Ruhanie Ahmad
Sabtu, 1 November 2008
Awas Najib! Pak Lah sedang keluarkan sampah dari bawah karpet.
Jumaat, 31 Oktober 2008
Ke mana Najib larikan RM5 bilion?
Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neoliberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neoliberal ini sedang nazak.
Secara bengong, hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata Malaysia “terselamat.”Dasar Ekonomi Bengong (DEB) ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai.
Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi Najib ini.Dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib telah menandatangani perjanjian membeli Eurocopter. Helikopter ini berharga RM2 bilion. Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia ditipu 1 bilion ringgit?Jawabnya - tidak.
Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najibk. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti kita semua kerana yang membeli helikopter ini kerajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu kita semua.
Cara “menipu” ini samalah seperti cara Najib membeli jet pejuang Sukhoi (Rusia) dan kapal selam Scorpene (Perancis). Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual-beli.
Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurocopter ini.Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama?
Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi menteri kewangan, Najib telah “melarikan 5 bilion ringgit” duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja.
Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang dalam dana KWSP. Duit KWSP ini untuk kegunaan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.
Menurut DEB Najib, duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn Bhd. Penyaluran duit KWSP ini bertujuan menaikkan harga nilai saham syarikat-syarikat yang dianggap “jatuh nilai”.Persoalan timbul - nilai saham ini rendah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini.
Memasukkan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu, kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlingkup juga.Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit, maka nilai sahamnya naik. Apabila nilainya naik, maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat.
Apabila saham banyak terjual, maka nilai saham ini akan jatuh kembali.Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di bursa saham Kuala Lumpur. Lima bilion ringgit ini akan dicekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara.
Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. Lima bilion ringgit ini adalah duit kita semua yang diperjudikan di Bursa Malaysia oleh Najib.
Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petroleum telah jatuh. Ketika artikel ini ditulis, harga setong minyak mentah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut, Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya, dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka tidak berbaloi Petronas mengeluarkan minyak.Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga jatuh. Pada ketika ini harga setan minyak sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan mendapat setan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit.
Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan – lebih tinggi daripada pendapatan.Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat meminta agar Belanjawan 2009 disemak kembali. Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar setong dan harga sawit hampir 3,000 ringgit setan.
Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil petroleum dan minyak sawit. Jika harga dua bahan eksport utama negara kita jatuh, ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib dikaji semula.
Najib yang menjalankan DEB (Dasar Ekonomi Bengong) telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib ialah “melarikan duit KWSP.”Selama lebih 30 tahun sistem ekonomi kapitalis neoliberal diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neoliberal bermakna “apa yang boleh jual akan dijual, apa yang boleh beli dibeli”. Sistem ini mengetepikan peranan daulah. Kerajaan tidak dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, janakuasa elektrik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai.
Menurut falsafah neoliberal, jika kerajaan campur tangan, maka sistem ekonomi akan cacat.Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut mengamalkan sistem kapitalis neoliberal. Hasilnya – lembaga elektrik dijual pada kroni, lembaga agihan air dijual pada kroni, jalan raya dijual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka anak-beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.
Untuk menipu rakyat, maka gerombolan United Malays National Organisation mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Apabila ada kritikan muncul, maka gerombolan ini akan berselindung bawah Perlembagaan Persekutuan dan hak keistimewaan Melayu. Jika kritikan datang daripada bukan Melayu, maka mereka akan mengatakan bahawa bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keistimewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam mereka dengan tindakan undang-undang.Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak – selepas melakukan rompakan, mereka berselindung di masjid, kuil atau gereja. Beginilah taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.DEB Najib ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan bukan Melayu.
Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembahyang di mana. Apabila ekonomi kuncup, yang terpukul tenat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga hilang pekerjaan dan mata pencarian.
Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neoliberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup, maka semua ekonomi kapitalis neoliberal dalam dunia ini juga akan turut menguncup.
Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara daripada bencana kemelesatan ekonomi. DEB Najib wajib digantikan secepat mungkin. Malah Najib sendiri wajib dihumbankan dalam tong sampah sejarah.
Langkah awal ialah konsep kembali ke bumi. Pertanian wajib dijadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menghasilkan tanaman makanan. Jika ekonomi meleset, orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup.
Jika kita dapat mengekspot makanan, maka anggaplah ini sebagai bonus.Kembali ke bumi bertujuan membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah diporak-perandakan oleh dasar kapitalis neoliberal.Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksimum atau dasa “apa boleh jual, jual; apa boleh beli, beli”. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk mengasingkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara berlandaskan neoliberal.
Dasar ini sedang terbogel dan terbukti gagal. Dasar kapitalis neoliberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasaskan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.
Isnin, 20 Oktober 2008
PELUANG NAJIB JADI PM HANYA 45 PERATUS?
PELUANG NAJIB JADI PM HANYA 45 PERATUS?
Ketua Perusuh adalah seorang blogger sosio-politik Malaysia yang tajam mata penanya. Hari ini beliau menyatakan bahawa setakat ini, peluang Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri adalah kira-kira 45 peratus sahaja.
'turunkan harga barang, bukan turunkan 'orang' !
Krisis ekonomi semakin hebat melanda dunia. Suka atau tidak semua orang akan dan sedang merasai derita keperitan akibat kegawatan ini. Dengan keadaaan inflasi yang semakin meruncing dan di dalam keghairahan kita menonton sayembara dan drama politik muktahir., apa yang mampu rakyat terbawah dapat lakukan .
Sabtu, 20 September 2008
Bagaimana Polis-BPR Mereka cipta Fitnah dan Tuduhan palsu? - Part 1
Polis di Bukit aman bertindak amat jahat dan kejam. mereka sangggup memberi alasan Bodoh untuk dan dangkal bagi memuaskan serakah pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa. dan jangan lupa awal tahun ini semasa pilihanraya Polis , SPR dan jabatan peguam Negara mereka cipta berita palsu bersama utusan yang mana tangkapan telah dibuat terhadap kumpulan yang cuba membuat huru hara semasa hari pengundian dengan membawa maksuk " dakwat hitam kekal", dan akhirnya berita ini disahkan tidak wujud, tiada tangkapan? bagaimana Ketua Polis, spr dan Jab Peguam negara boleh membuat sidang media? padehal laporan polis pun tidak wujud! inilah bukti mereka bersedia pada bila bila masa mereka cipta tuduhan palsu!!
dibawah artikel pendedahan KONSPIraSI BPR!!
Berita terbaru suara Keadilan mengesahkan artikel saya pagi semalam bahawa penangkapan 2 Exco Keadilan adalah rancangan jahat bukan sahaja dari BPR Perak malah diatur dari ibu Pejabat Putrajaya bersama pemimpin Umno, sehinggakan Ketua Pengarah BPR yang muka Panjang dan akalnya pendek naik angin dalam sidang media hari ini,bila BPR dikaitkan dalam Konspirasi. cepat betul BPR rasa pedasnya. dan pendedahan saya semalam bukanlah yang pertama, tetapi pernah dalam satu artikel lain tahun lepas saya menulis artikel bertajuk
artikel ini disiarkan di Tranungkite pada 4.11.2007. Ok !! hari ini kita akan dedahkan satu persatu siapa disebalik permainan ini dan kita kenali personaliti mereka. Apakah benar personaliti Umno ada kaitan memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah pada tahun lepas? modus Operandinya sama. dan sehingga kini kes tersebut masih senyap seribu bahasa.
ada yang mengatakan mungkinkah BPR sejahat Polis. jawapan saya mudah, ia lebih jahat dan hina kerana pernah dalam suatu ketika pegawai BPR menahan anak dan isteri seorang anggota Polis sebagai ugutan dalam kes Dato ramli Yusuf, tindakan mereka betul betul mengaibkan. mereka juga pernah menahan seorang peguam yang mewakili Dato Ramli Yusuf pada hari esoknya adalah hari orang menyambut hari raya. dan lebih hina lagi bagaimana BPR Perak berkomplot dengan pemimpin UMNO dan tauke kelab malam memerangkap Hakim Tinggi Mahkamah Syariah Ipoh. menjalan kerja jahat dari Putrajaya. mereka beroperasi dari Putrajaya ala operasi Unit Cawangan Khas Bukit Aman. mereka akan menjalankan agenda pemimpin Umno walaupun mereka tiada langsung bukti dan mereka hanya mereka reka bukti seperti mana yang dilakukan tuduhan liwat keatas Dato Seri Anwar.
Pengarah BPR Perak adalah wanita pertama menjawat jawatan Pengarah BPR Negeri, Namanya Shamsiah Bt Abu Bakar.dia dilantik sebagai Pengarah BPR Perak pada 2 Febuari 2007.Ibunya bernama Rahmah Mat Akit merupakan bekas ketua Wanita Umno Ulu kenas(Kuala Kangsar) yang memang sentiasa mengundi Rafidah setiap kali Pilihanraya. malah secara berterus terang dalam temu bualnya dengan Mingguan Malaysia pada 11 Febuari 2007, Shamsiah mengatakan Rafidah Aziz adalah Idolanya.mungkin pegawai BPR boleh mencari surat khabar pada tarikh berikut untuk mengetahui siapa sebenarnya Bos mereka. antara petikannya dalam temubual dengan wartawan Mingguan Malaysia dia mengatakan seperti berikut " Saya bila tengok Rafidah berkempen dan bercakap saya selalu kata aku nak jadi macam dia. Saya tengok beliau berani kerana menyuarakan perkara benar dan tidak nampak kredibilitinya boleh dipersoalkan. Beliau adalah contoh terbaik bagi wanita.- MINGGUAN MALAYSIA 11FEB 2007".
Dalam kes penahanan EXCO Perak ini keterlibatan Shamsiah nampak jelas apabila mengeluarkan kenyataan Palsu dan Fitnah berkenaan tangkapan dan satu kenyataan yang berbau Fitnah. Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain. sedangkan Menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel.
Hakim tersebut adalah Hassan Basri Syafie, Hakim tersebut adalah Hakim yang telah memutuskan dalam penghakimannya supaya Hamzah Zainuddin Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat membayar bekas isteri pertamanya Nooraini sebanyak RM 11.2juta hasil perkongsian hidupnya setelah bercerai. Hakim tersebut telah lama menjalankan tugas dengan baik. malah dikalangan pegawai Jabatan Agama sudah lama mengenali personaliti Hakim tersebut sebagai tegas dan Bersih. selain Hakim Tinggi tersebut seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam juga diperangkap dengan cara yang sama, semuanya ada kaitan dendam pemimpin Umno dan mereka menjadi proksi tauke tauke kelab malam disekitar Ipoh. untuk lebih lanjut cerita soal serbuan termasuk melibatkan 2 adun Perak anda boleh membaca artikel yang ditulis pada 4.11.2007. kini hakim tersebut dikuarantin di bagunan SUK. Shamsiah dikatakan terlibat dalam Konspirasi melibatkan Hakim ini bersama pemimpin Umno, Kesilapan Shamsiah kerana mengulang Konspirasi yang sama seperti Konpirasi liwat2 , bila dia diulang maka nampaklah banyak cacat celanya. mungkin bila saya tulis keterlibatan Pengarah BPR Perak pada November 2007 ramai yang tidak percaya tetapi bila kes berulang ia menampakkan siapa dalangnya. Hamzah Zainudin memang menyimpan dendam kepada Hakim ini kerana memerintahkannya untuk membayar bekas isterinya sebanyak 11.2juta, jadi cuba anda nilai berapa pula hartanya sekarang.
Setelah Hakim tersebut ditangkap, beberapa minggu selepas itu, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah menolak penghakiman Hassan Basri diatas tuntutan 11.2juta. jadi siapa yang untung atas penangkapan Hakim Mahkamah Syariah Ipoh? tidakkah Hamzah Zainuddin? sudah tentu penghakiman Hassan Basri ditolak kerana pada ketika itu kredebiliti Hakim tersebut telah berjaya dipertikaikan diatas komplotnya bersama BPR. mudah betul, Komplotnya seakan sama dirasuah oleh seorang yang tidak dikenali. mudah betul penyiasatan BPR Perak duit sebanyak RM 4ribu dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Hakim tersebut atas sebab itu Hakim Mahkamah Syariah itu ditangkap dan dihina. mungkin anda boleh bezakan bagaimana pula layanan BPR(Baruan Pengamal rasuah) kepada Peguam mabuk VK Lingam, Eric Chia dan Bekas ketua Hakim Tun Ahmad Fairus, sehingga kini mereka tidak disentuh sedikitpun oleh BPR, sedangkan jelas bukti Video menunjukkan wujud salahguna kuasa dan aktiviiti Rasuah dikalangan mereka.
Hamzah pada tahun 1980 hanya kontraktor biasa. Hamzah pernah menjadi Ketua Umno Ipoh Barat dan kini Ahli Parlimen Larut dan menjawat jawatan dalam kabinet Paklah sebagai timbalan Menteri Perumahan.Dia juga bekas pengerusi Felcra Berhad iaitu satu agensi kerajaan dimana Hamzah banyak menggadaikan tanah tanah Flecra dan menekan peneroka. dia banyak menggunakan Felcra sebagai badan untuk mengayakan dirinya. malah dia terlibat dengan Annuar Musa dalam kes kehilangan 40juta wang rakyat miskin di Kelantan.
Pada 12.3.2004 Lim Kit Siang dalam sidang medianya pernah mengeluarkan satu kenyataan agar BPR membuat siasatan terhadap Hamzah kerana harta luar biasa yang dimilikinya,tetapi seperti biasa BPR tak mampu lakukan apa apa. dan kini BPR adalah rakan seperjuangan Hamzah dan Rafidah Aziz. Hamzah merupakan salah seorang saksi sewaktu perbicaraan Anwar yang dilibatkan dengan dakwaan cuba menggoda isteri barunya (isteri no. 2).
Sebenarnya ,’suara’ Anwar dalam rakaman tersebut adalah suara ‘Yusof Chong’ pelawak terkenal yang pandai meniru suara orang-orang terkenal seperti Samy Vellu, Lim Keng Yaik, Mohammad Rahmat, Ling Leong Sik, dan ramai lagi. Beliau suatu ketika dulu mempunyai siaran rancangan diTV dimana beliau telah mempamerkan kepakarannya meniru suara orang terkenal dalam negara terutamanya para pemimpin politik.kebetulan semalam Malaysiakini menyiarkan artikel yang sama berkenaan skandal isteri keduanya. apakah ada kaitan Hamzah dengan penangkapan 2 Exco ketika pilihanraya kecil permatang pauh yang berjalan ketika ini. malah dia dan tajol rosli, bersama Ezam berusaha untuk mengembalikan Perak kepada Umno sebelum 31Ogos2008.kini Hamzah juga sedaya upaya mahu menghalang Anwar untuk menang di Permatang Pauh, segala pengalaman Jahat dan Fitnah diera Dr Mahathir dulu cuba diulang kembali agar Anwar gagal di Permatang Pauh.
Hamzah telah meninggalkan isteri pertamanya, Nooraini, seorang yang bersopan santun seperti mana wanita kampong yang biasa untuk berkahwin dengan isteri barunya yang kelihatan lebih bergaya, seseorang yang kononnya telah dapat menggoda Anwar. Antara kejayaan Hamzah ialah menjadi saudagar pengedar dadah yang diharamkan oleh Jabatan Vetirinar untuk ternakan babi dan ayam.Dan inilah cara bagaimana dia beroperasi.Hamzah menubuhkan sebuah syarikat diberi nama Medik & Kimia 2000 Sdn Bhd. Syarikat ini bertindak sebagai pengimpot tunggal secara resmi bagi Rhone Poulenc, sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan kerajaan Perancis.Pengurus Besar Rhone Poulenc, James AW, mempunyai kepentingan dalam Medik dan Kimia 2000 dan bertindak sebagai ‘rakan tidur’
Medik & Kimia 2000 kemudiannya mengimport dadah untuk ladang terrnakan babi dan ayam dari perancis.
Tetapi mengapa Rhone Poulenc perlu melantik Medik and Kimia 2000 sebagai pengimpot tunggalnya? Kenapa Rhone Poulenc tidak mampu mengimpot sendiri bahan-bahan tersebut?Kerana dadah tersebut tidak diluluskan oleh Jabatan Veterinar. jadi Hamzah ada lesen Besar untuk lepas dari pemeriksaan kerana dia adalah ahli Umno. ahli Umno ada lesen untuk buat apa sahaja tanpa halangan termasuk meletupkan seorang model dengan bom C4.mereka tak perlu disiasat, tak perlu ditahan , cukuplah dengan bersumpah ala Saiful. maka terlepaslah mereka atas segala rasuah komisen 500juta dan membunuh orang.
Tajol Rosli antara orang yang merestui segala Konspirasi dari pemimpin UMNO termasuk ketua pemudanya yang baik dengan Khairy. jadi soal arahan dari Putrajaya boleh dibereskan dengan mudah. kerana Khairy memegang kuasa disebalik PM Andullah Badawi. Tajol Rosli bukan jenis orang yang pandai buat kerja kerja macam tu, kerana jahat Tajol Rosli hanya mengayakan sanak keluarganya di Pengakalan Hulu, hinggakan tanah yang sudah dianugerahkan Sultan untuk sekolah agama, diserahkan kepada tauke Balak yang juga kroni tajol, begitu juga halnya dengan runtuhnya bagunan RM 4 juta ditasik Banding, entah kenapa Pengarah BPR senyap sunyi sehingga tiada seorangpun dipertanggung jawabkan. Shamsiah.. Shamsiah.., semua cerita Rasuah Tajol kita akan dedahkan dalam artikel yang lain.Shamsiah juga sering kelihatan bertemu dengan pemimpin Umno di sekitar Ipoh. itu semua kita tunggu untuk didedahkan. yang penting kini jelaslah BPR menjadi (Badan Barua UMNO= Barua Pengamal Rasuah). mereka akan lakukan apa sahaja demi jawatan dan pangkat. termasuklah ketua pengarahnya yang mukanya Panjang tetapi akal pendek.mereka mengeluarkan kenyatan seperti mereka ketua cawangan Umno. mereka mencipta bukti, mereka cipta Fitnah untuk memenuhi hasrat tauke mereka di Putrajaya, kalau BPR Perak boleh jadi barua Tauke kelab malam, inikan Tauke mereka di Putrajaya.
Lawan Tetap Lawan
Reformis muda
Ahad, 14 September 2008
Iktibar dari semangat Badar
Hari ini kita menempuh hari berpuasa yang ke 14. Operasi ibadah menahan diri dari makan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa terus kita kerjakan dengan tekun disamping mempertingkatkan amal ibadah kita bagi mengejar ganjaran yang melimpah-ruah dibulan yang penuh barakah ini.
Buku "Fiqh al Harakah dari Sirah Nabawiyyah" karangan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang yang telah beliau usahakan puluhan tahun dahulu terus menjadi teman bacaan saya walaupun telah dibaca berulangkali sebelum ini. Selain beberapa peristiwa besar yang berlaku dizaman Rasulullah saw, sempena Ramadhan ini sudah pasti persitiwa Peperangan Badar akan terus disebut-sebut dan dihayati oleh mereka yang beriman.
Peperangan besar yang pertama yang melibatkan umat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah saw ini berlaku pada tanggal 17 Ramadhan 2 Hijrah bersamaan 17 Mac 624 masehi.Bayangkan para sahabat yang hadir dalam peperangan tersebut melontarkan diri ke barisan hadapan dalam keadaan menempuh bulan puasa.
(Menurut Tuan Guru: perintah mewajibkan puasa Ramadhan diturunkan pada bulan Syakban tahun kedua hijrah).Berkemungkinan disaat ini (kalau boleh kita bayangkan) 14 Ramadhan sudah pastilah para sahabat ketika itu sedang sibuk menyediakan diri bagi menghadapi bala tentera musuh yang lebih besar dan siap dengan kelengkapan, peralatan dan kenderaan tunggangan.
Mereka bergerak dalam satu saf dari Medinah menuju ke Badar dengan bilangan antara 313 ke 317 orang sedangkan sebagaimana yang kita ketahui bilangan tentera musyrikan Mekah jauh lebih besar dari mereka.
Menurut Tuan Guru:Jumlah anggota tentera musyrikin ialah 1,300 orang dengan 100 ekor kuda (tentera Islam cuma 2 ekor kuda), 600 baju rantai dan unta yang banyak yang tidak diketahui bilangannya. Setiap hari mereka menyembelih antara 9 atau 10 ekor unta.
Saya sayu membayangkan bagaimana bersemangatnya tiap-tiap ahli Badar ketika itu. Pastilah mereka telah dibentuk dengan begitu baik dan sempurna oleh Rasulullah saw sehingga mereka bersedia sahaja memikul amanah besar ini tanpa memikirkan risiko dan implikasi, hanya semata-mata yakin dan berbekalkan keimanan kental pada Allah dan Rasul Nya.
Perhatikanlah apabila Rasulullah saw bertanyakan pandangan para sahabat ketika itu, ternyata masing-masing taat dan patuh serta yakin penuh terhadap kepimpinan Rasulullah saw. Tiada sedikti pun syak atau ragu-ragu yang terdetik dari benak mereka masing-masing.
Tuan Guru merakamkan betapa Miqdad bin al Aswaad r.a telah berkata kepada Rasulullah saw:Wahai Rasulullah teruskanlah apa yang telah ditunjukkan kepadamu oleh Allah, kami bersama, demi Allah. Kami tidak berkata kepadamu sebagaimana Bani Israel berkata kepada Nabi Musa: Pergilah kamu bersama tuhanmu, berperanglah kamu berdua (Musa dan Harun), mai mahu tinggal disini sahaja, tetapi kami berkata: Pergilah kamu bersama Tuahnmu, kami pasti akan berperang bersama kamu, maka demi Tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran, kalau engkau berjalan dengan kami ke Birk al Ghamad (satu tempat yang jauh di Yaman) nescaya kami pergi bersamamu sehingga sampai walau apa pun terjadi.
Begitulah pengikut yang berdisiplin, yang mantap dan tegas yang telah dilahirkan oleh Rasulullah saw. Begitulah sumber kekuatan Islam ketika itu yakni bersandarkan kepada pendukung Islam yang seumpama itu lantas menunjukkan kepada kita pilihan yang ada hanyalah samada kita berusaha menjadi seperti mereka atau kita menjadi hina sebagaimana Bani Israel.Dari pernyataan seperti inilah Rasullah telah disuntik dengan keyakinan yang terus membakar semangat Baginda yang dipimpin pula oleh Allah swt. Pastilah mana pemimpin pun sekiranya inilah jenis pengikut yang berada disisinya, ia akan menjadi kuat dan kuatlah iltizam dan semangat juangnya.
Inilah contoh hidup yang telah ditunjukkan oleh Baginda kepada kita, yang perlu kita turuti selagimana kita kekal mewarisi perjuangannya.Lihatlah bagaimana kenyataan seorang lagi sahabat sebagaimana yang dinukilakn oleh Tuan Guru. Saad bin Muadh r.a telah menyatakan pula kepada Rasulullah saw:Demi sesungguhnya kami telah beriman kepadamu, percaya kepadamu, kami bersaksi bahawa apa-apa yang kamu datangkan kepada kami itulah yang benar dan kami berikan atas dasar itu janji-janji dan ikatan kesetiaan. Kami bersedia mendengar dan taat kepadamu.Maka teruskanlah wahai Rasulullah kepada apa sahaja yang engkau kehendaki. Maka demi Tuhan yang membangkitkan kamudengan kebenaran, kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami laut yang luas lalu engkau mengharunginya, nescaya kami akan mengharunginya bersamamu, tiada seorang pun diantara kami yang akan mundur ke belakang dan tidaklah kami merasai benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan bersamamu besok (dalam Perang Badar).
Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sabar di medan perang, benar mengotakan apa yang kami katakan sekiranya bertempur dengan musuh dan mudah-mudahan Allah membuktikan kepadamua dari kami, apa yang memuaskan hati kamu dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan.Marilah kita teruskan perjuangan, mudah-mudahan Allah memberkati kita.
Demikianlah kesungguhan para sahabat yang akhirnya menyaksikan betapa bilangan mereka yang kecil namun berdisiplin dan taat pada Allah dan Rasul akhirnya berjaya menunjukkan ketumbukan tentera yang lengkap dan tersusun diketuai Abu Jahal yang akhirnya mati terkorban di Medan Badar.Ayuhlah kita ambil iktibar darinya, mudah-mudahan kita semua beroleh barakah dan terus berada di bawah naungan Nya.
Isnin, 1 September 2008
Pejuang kemerdekaan yang sebenar
Pejuang kemerdekaan yang sebenar dipinggirkan dalam lipatan Sejarah
Merdeka, merdeka,merdeka. Bersyukur ke hadzrat Allah SWT kerana negara Malaysia kini sebuah negara yang merdeka ,bebas dari cengkaman penjajah dan menikmati faedah pembangunan .Dalam kita berbangga dan menikmati hasil pembangunan, kita seharusnya jangan lupa kapada pejuang kemerdekaan kita yang telah banyak berkorban demi mahu melihat negara ini bebas dan merdeka.
Maksud saya bukan mengingati kapada mereka yang dikatakan memerdekakan negara ini saperti yang tercatat didalam buku-buku sejarah saperti yang diajarkan di sekolah-sekolah hari ini .
Apa yang tercatat di buku-buku sejarah sekolah adalah cerita-cerita dari perspektif kerajaan UMNO yang sememangnya mahu menonjolkan peranan yang mereka mainkan sahaja ,sementara memperkecilkan peranan pihak-pihak lain yang tidak sehaluan dengan mereka .
Untuk pengetahuan anak-anakku dan cucu-cucuku dan siapa sahaja yang membaca halaman ini, sebenarnya semangat kemerdekaan di negara kita ini telah wujud jauh lebih lama dari tahun-tahun sewaktu UMNO pimpinan Dato Onn Jaafar dan Tengku Abdul Rahman ditubuhkan .
Umno ditubuhkan dengan direstui pihak penjajah British pada tahun 1946 , sedangkan api kemerdekaan telah lama dikobar-kobarkan oleh pejuang kemerdekaan saperti :
Datuk Maharajalela,
Datuk Sagor,
Tok Bahaman,
Mat Lela,
Mat Kilau,
Tok Janggut dan lain-lain.
Dalam tahun 1930an disambung pula oleh pejuang-pejuang seperti :
Ibrahim Yaakub,
Ishak Hj.Muhammad( Pak Sako),
Dr.Burhanuddin Hilmi,
Prof.Zulkifli Muhammad dan lain-lain .
Mereka inilah yang telah menubuhkan Partai politik yang pertama iaitu Kesatuan Melayu Muda ( KMM )pada Mei 1937 di Kampong Baru,Kuala Lumpur sehingga ianya diharamkan oleh pihak penjajah Jepun pada tahun 1942 kerana ia menjadi ancaman kapada mereka .
Kemudian pada 17 Oktober 1942 ditubuhkan pula Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Ipoh .
PKMM terdiri dari gabungan pertubuhan-pertubuhan :-
1. Angkat Pemuda Insaf ( API ) yang dipimpin Ahmad Boestamam.
2.Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ) yang dipimpin Shamsiah Fakeh.
3.Barisan Tani Malaya (BATAS) yang dipimpin oleh Musa Ahmad.
4.Jabatan Kerja Melayu (JKM) yang dipimpin Alimin dan Abdullah CD.
5.Hizbul Muslimin yang dipimpin Us.Abu Bakar al Baqir dan Dr.Burhanuddin al Hilmi.
6.Gerakan Angkatan Muda (GERAM) yang dipimpin A.Aziz Ishak.
7.Kesatuan Buruh seMalaya pimpinan Abdullah CD.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union pimpinan Abdullah CD.
9.Kesatuan Opera Melayu
10.Persatuan Pemandu Teksi
11.Majlis Agama Tertinggi se Malaya (MATA) pimpinan Abu Bakat al Baqir.
Apabila penjajah British kembali menjajah negara ini mereka telah menganjurkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1948 yang boleh bekerjasama dengan mereka . PKMM adalah sebuah partai politik yang enggan bekerjasama dengan pihak penjajah dan kewujudannya menjadi ancaman kapada mereka .
Pada 18 Jun 1948 PKMM diharamkan oleh penjajah . Bekas ahli PKMM tiada jalan lain selain menyertai UMNO, sebahagian yang lain pula menyertai Partai PETA( Pembela Tanah Air ) yang ditubuhkan selepas PKMM diharamkan dan sebilangan kecil bergabung dengan pihak Komunis di hutan untuk memulakan perjuangan gerila .
Saya cukup menyanjung pengorbanan mereka yang yang saya nyatakan saperti diatas kerana pengorbanan mereka adalah sangat ikhlas dan jujur .Mithalnya Ishak Hj.Muhamad seorang pelajar lepasan Malay College MCKK, Kuala Kangsar yang kemudiannya menjadi seorang Majistret , boleh hidup senang jika terus bekerja dengan penjajah , tetapi memilih untuk bekerja sebagai wartawan dimana beliau boleh menggunakan mata penanya untuk membakar semangat orang Melayu pada masa itu .
Begitu juga dengan Ahmad Boestamam yang sanggup merengkok dalam penjara penjajah berpuluh tahun lamanya kerana enggan bekerjasama dengan mereka .
Pada masa itu kebanyakkan orang Melayu cenderung dengan pemaham Presiden Soekarno untuk menubuhkan Empayar Melayu yang dipanggil Melayu Raya meliputi Indonesia, Malaya, Singapura,Sabah,Sarawak ,Brunei Filipina dan Pattani ( Selatan Thailand ).
Takutkan ianya akan menjadi ancaman, pihak penjajah mengharamkan PKMM dan menaja penubuhan UMNO yang setuju/patuh dengan mereka - itulah cara ' pecah dan perintah ' ( divide and rule ) .
Beberapa pejuang negara ini terpaksa lari ke Indonesia kerana mereka dikehendaki tangkap oleh penjajah Inggeris .Mithalnya Ibrahim Hj.Yaakub yang menyertai TNI ( Tentera Nasional Indonesia ) hingga menjadi seorang General .Beliau meninggal dunia di Indonesia .
Mereka ibarat lilin yang membakar diri dan terpinggir dalam lipatan sejarah serta tidak diketahui oleh generasi baru .Harapan saya satu hari nanti sejarah ini akan diperbetulkan , kerana tiada siapa boleh membohongi sejarah .
Jumaat, 29 Ogos 2008
Intipati bajet 2009 'kerajaan prihatin'
Intipati bajet 2009 'kerajaan prihatin'
Aug 29, 08 4:22pm
Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka). Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar. Bertemakan
Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.
Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.
Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun. Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.
Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
Sabtu, 9 Ogos 2008
Malaysiaku Yang Sentiasa Ganjil
Malaysiaku Yang Sentiasa Ganjil
Dilulus terbit pada Saturday, August 09 @ 17:43:09 MYT
oleh SongkokPutih Oleh muhammadhanif
"Hari ini berlaku pula satu keganjilan di negaraku Malaysia yang tercinta. Benar-benar ganjil apabila Pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah dan menyerahkan sapina hampir serentak dengan pengumuman SPR mengenai tarikh penamaan calon dan pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Ya, mungkin ia hanyalah satu kebetulan sahaja. Masakan tidak, dalam dunia hari ini terlalu banyak kebetulan yang berlaku. Secara kebetulan apabila Anwar mengumumkan ’pertukaran kerajaan’ yang bakal berlaku pada 16 September nanti, tiba-tiba sahaja wujud laporan polis oleh pemuda bernama Saiful ini terhadap Anwar yang kononnya telah melakukan perbuatan liwat ke atasnya. Secara kebetulan pula, polis bertindak pantas dengan aduan ini berbeza dengan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian bernama Bala. Sungguh pantas, berbeza sekali dengan siasatan terhadap aduan rasuah yang dibuat oleh Ezam Mohd Nor yang telah berkotak-kotak banyaknya. Terlalu lembap proses penyiasatannya sehingga Ezam sendiri pun telah bersama-sama dengan UMNO semula.
Di dalam kes Anwar, ia cepat dan pantas. Kalau boleh barangkali sebelum 26 Ogos, Anwar boleh disabitkan dengan kesalahan. Kalau perlu, lakukan perbicaraan siang dan malam agar Anwar tidak sempat turun ke Permatang Pauh.
Sungguh banyak kebetulan yang berlaku di Malaysiaku ini. Kebetulan pula Saiful yang mendakwa diliwat itu pernah berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak untuk memohon biasiswa. Secara kebetulan, Saiful berkesempatan bertemu dengan pegawai khas Najib untuk urusan itu sekalipun dia sendiri telah gagal dalam pengajiannya. Kebetulan pula, sekali lagi selepas diliwat berkali-kali, Saiful berjumpa pula Najb untuk meluahkan pengalaman pahitnya itu.
Khabarnya beberapa hari sebelum membuat laporan polis. Khabarnya juga, liwat terakhir berlaku dua hari sebelum laporan polis dibuat. Adakah Saiful yang berjumpa Najib dalam keadaan tertekan itu sempat pula selepasnya ke pejabat Anwar untuk diliwat? Tambahan pula, kenapa Saiful ini berjumpa dengan Najib? Tidak tahukah Saiful bahawa Najib hanyalah seorang ahli politik yang tentunya tidak dapat berbuat apa-apa, kenapa tidak terus berjumpa dengan pihak polis? Ish.. pening dah.
Kebetulan pula, laporan polis yang biasanya dapat dibeli oleh sesiapa sahaja tiba-tiba sahaja berlaku sebaliknya di dalam kes Saiful ini. Kenapa sukar sekali mahu dapatkan laporan polis ini? Bertambah pening lagi apabila pihak polis memberikan tempoh masa 24 jam untuk Anwar hadir memberikan keterangan di balai polis, namun akhirnya memungkiri janji dengan menangkap Anwar satu jam sebelum tempoh itu berakhir. Alasannya, pihak polis sudah merasakan Anwar tidak akan hadir ke balai kerana haluan keretanya telah diubah. Aduuh, sejak bila polis pula menjadi tukang ramal? Hebat benar sehingga mampu bertindak berasaskan kepada ramalan tukang nujum.
Pening.. sungguh pening. Malaysiaku yang ganjil.
Dipetik dari http://ahmadfadhli.wordpress.com
Rabu, 6 Ogos 2008
10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR
"Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan."
10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR
.
Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.
.
1. Laporan Pengadu enggan diserahkan
Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.
2. Anwar ditangkap sebelum tempoh
Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.
3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan
Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.
4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.
DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.
5. Laporan Pusrawi
Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.
6. Bukti alibi Anwar memadai
Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.
7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara
UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.
8. Laporan HKL
Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.
9. Isu motif dan tujuan
Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.
10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN
Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.
Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.
Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.
Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat.
Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.
Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.
posted by others blogger
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah
Sabtu, 19 Julai 2008
SeloKa TolongLAH ! UndurLAH....
Jumaat, 18 Julai 2008
Sindrom ramai yang 'gabra'
menantu tadi gabra..lalu si mak mentua suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan.
"MA ROBBUKA...." ""terkejut bini dan mak mertua dia..tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.."OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'"" sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia..
Sabtu, 12 Julai 2008
MUBAHALAH
MUBAHALAH - Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Soalan; Apakah dia mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?
Jawapan;Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua.
Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.
Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).
Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran,
antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; ‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59).
Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas).
Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”.
Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).
Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).
Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah.
Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)
Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah.
Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat).
Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat).
(Tafsir al-Qasimi).Wallahu a’lam.
Rujukan;1. Tafsir Ibnu Kathir2. Tafsir Imam al-Qurtubi3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah az-Zuhaili).
Khamis, 10 Julai 2008
Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Thu Jul 10, 08 4:35:35 pm MYT
Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).
Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.
Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?
Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa �Ajam kecuali dengan taqwa."
Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.
Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.
Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.
Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.
Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.
Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.
Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.
Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.
Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.
Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.
Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.
Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.
Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.
Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!
Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.