Isnin, 20 Oktober 2008

'turunkan harga barang, bukan turunkan 'orang' !



albanjari / politik banjar
Krisis ekonomi semakin hebat melanda dunia. Suka atau tidak semua orang akan dan sedang merasai derita keperitan akibat kegawatan ini. Dengan keadaaan inflasi yang semakin meruncing dan di dalam keghairahan kita menonton sayembara dan drama politik muktahir., apa yang mampu rakyat terbawah dapat lakukan .


Lebih menakutkan bila kadar inflasi semakin tinggi dalam pertumbuhan ekonomi yang rendah. Ini akan membawa kepada ekonomi menguncup tetapi inflasi pula akan melonjak. Pemerintah seperti selalunya mendakwa segalanya masih terkawal dan tempias kegawatan ekonomi di Amerika tidak akan sampai ke negara ini. tapi benarkah ?


Pembangkang pula akan terus menuduh kerajaan lemah, rasuah dan tidak mampu menguruskan negara dengan baik. Malah pakar ekonomi pula akan berhujah dengan pelbagai teori. Keyakinan terhadap ekonomi negara semakin meruncing dalam keadaan kenaikan kos pengeluaran dan harga pengguna.


Yang pasti rakyat terus menderita dek kerana kos hidup yang semakin tinggi melangit.Sedangkan pemimpin pula lebih sibuk berbicara tentang jawatan yang mahu terus kekal berkuasa atau mahu merampas kuasa. Tidak ada pilihan bagi rakyat selain dari terus berusaha sebaik yang mungkin untuk mengekalkan produktiviti dan mata pencarian serta berjimat cermat.


Dalam masa yang sama rakyat juga mengharapkan agar segera muncul pemimpin baru yang boleh menyelamatkan mereka dari terus dilanda derita. Tidak kira dari parti mana dan siapa orangnya, yang penting pemimpin yang dinobatkan itu mampu sekurang-kurangnya meringankan beban mereka.Apa yang berlaku ini akan membawa rakyat kembali kepada kepimpinan politik.


Tidak dapat tidak rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mampu menguruskan krisis ekonomi dan menjana kenyakinan pelabur serta pengguna. Kemampuan menguruskan ekonomi dan negara dengan baik bukana hanya dapat melegakan rakyat tetapi juga dapat menyakinkan pemodal.Kerajaan dan kepimpinan yang ada pada hari ini sangat memalukan rakyat.


Kepimpinan yang ada pada hari ini menjadi bahan sindiran dan kutukan kerana kegalagalan mereka menguruskan negara dgn baik tetapi masih mengaggap mereka kuat dan releven.


Hari demi hari imej negara dipentas antarabangsa semaikin buruk. Ini semua disebabkan oleh kepimpinan yang lemah lalu gagal mempertahankan imej dan integriti negara. Kelemahan kepimpinan yang ada hari ini tidak hanya dipersendakan tetapi turut dijadikan alasan oleh pemodal tempatan untuk membawa keluar modal atau membekukan pelaburan.


Sekali lagi rakyat akan terus menderita.Dalam keadaan politik dan ekonomi yang tidak menentu ini,orang melayu yang paling terancam kerana kuasa ekonomi mereka lemah berbanding kaum-kaum lain. Kaum-kaum lain masih mengharapkan agar Malaysia terus stabil dan maju dibawah kuasa majoriti melayu.


Soalnya dalam suasana yang penuh dengan pelbagai cabaran, siapakah yang akan menangani ancaman besar yang sedang dihadapi oleh negara ini ?